Thursday, April 14, 2016
:: Batasan Seorang Isteri Dengan Kawan Lelaki ::
Bingkasan ini adalah untuk peringatan bersama. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat, Yes, i'm not perfect and i'm trying my level best to be one. I'm surrounded by people that i love and yet sometimes i come across sort of things yang ai sendiri takut melihat dan mendengarnya. Semoga Allah mendengar doa-doa ai..semoga kita semua dirahmatiNya
Inilah Batasan Isteri Berinteraksi dengan Kawan Lelaki yang perlu diperhatikan:
1. Tidak bertabarruj
”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (QS. Al-Ahzab: 33)
Jangan kerana kita ada BFF lelaki, kita jadi lalai dan malah melakukan tabarruj. Sebagai wanita kita tetap perlu menutup aurat, tidak mengenakan pakaian yang ketat, tidak menggunakan pakaian menjolok mata, dan juga tidak berdandan berlebihan.
2. Tidak mendayu-dayukan suara
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.” (Al-Ahzab: 32)
Suara mendayu, mendesah, dan yang boleh menyebabkan "rangsangan" atau berahi bagi orang yang memiliki "penyakit" di hatinya. Maka ketika sedang berbicara, baik bercakap dalam nada yang sepatutnya dan sentiasa beringat dalam lontaran atau intonasi suara. Senang kata la jangan cakap secara menggedik atau manja-manja sedar atau tanpa sedar.
3. Selalu minta izin suami bila nak keluar rumah.
Ramai yang mulai lupa, bahawasanya meminta izin suami untuk keluar rumah atau menjemput masuk tetamu ke dalam rumah adalah penting, meskipun untuk kawan sendiri yang sudah sering berkunjung.
"Tidak halal bagi seorang wanita untuk mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya, tanpa persetujan suaminya." (H.R. Bukhari)
4. Tidak berkhalwat, baik di dunia nyata maupun dunia maya
Haaa..ni sangat bahaya, kadang-kadang ada orang TAK SEDAR kita melakukannya. KAlau boleh hindarkanlah perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke arah khalwat, contohnya : Naik motor berduaan, berchatting dalam whatsapp/wechat dan segala mak nenek jenis interaksi zaman sekarang secara berduaan, dan hal yang menyebabkan timbulnya fitnah.
5. Tidak bercerita mengenai masalah rumah tangga
Bercerita mengenai masalah rumah tangga pada pihak ketiga yang berlainan jantina sama sekali bukan benda yang bagus. Never ever!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...
cerita nya senang je, segala rahsia dan cerita, lontar je kpada pasangan memasing baru tak de sesi luahan perasaan terhadap org lain.. pastu nanti mula laa bibit percintaan dgn mengaku dya ni lebih faham kawan nih laa.. patut ada give n take dlm perhubungan.. wajib mendengar dan didengar..:)
ReplyDeletetu la...risau jugak
ReplyDelete