Setahun ai perap review nih! Hahahahaha
Ni sebenarnya sebuah pending review yang lama sebab tak perasan sebenarnya entry tak publish lagi. Padahal review ai kat trip advisor lama dah publish..macam malas pun ada nak taip pepanjang. So ai kongsi la sikit-sikit mana yang patut ok.
Serius ai cakap, kalau uolls pegi Koh Samui, uolls better stay kat Lamai berbanding Chaweng. Lamai ni tenang sangat berbanding Chaweng dan yang penting pantainya bersih berbanding Chaweng yg dah macam dekat PD je rasanya.
Ok back to cerita Hotel Coconut Beach Lamai nih. Asalnya tapak hotel ni adalah kebun kelapa. Akhirnya dijadikan hotel. Hotelnya bagus. Reception sangat friendly. Kawasan sekitar hotel pun bersih sangat. Bilik luas dan harganya sangatlah murah!!!
Cara nak ke hotel ni senang je, mana-mana tuk-tuk/taxi or kereta sewa kalau sebut Coconut Beach Lamai mesti tau punya. Room service memang ada. WiFi ada jugak tapi kalau dalam bilik connection agak poor berbanding korang duduk kat area lobi. Bilik ada TV, safety box and mini fridge.
//ni view dari bilik kitaorang//
Bilik yang ai stay sepatutnya katil queen sebijik je. Tapi disebabkan derang tersalah sikit bagi bilik yang ai book kat orang lain. Derang upgrade bilik ai tanpa ai perlu tambah apa2 lagi dah. Heh...best tak? Range harga hotel pun dari RM200-RM400 je semalam.
Nak ke pantai jalan kaki je, nak p urut ada tu dekat pantai. Keluar dari lobi pergi ke arah swimming pool, jalan sikit je kat situlah pantai and cafe serta tempat urut.
//serius best lepak2 tepi pantai nih//
//Ni la mak cik urut tu, pandai speaking//
Ok..lupa nak cerita. Bilik air/tandas tak ada hos paip ye. So sebagai orang Malaysia kita terpaksalah mencari alternatif cara lain untuk memudahkan 'urusan' sisa kumbahan. :P
Makanan halal? Korang kena pegi pasar malam. Ada mak cik Islam jual makanan. Selebihnya mendamaikan. Ada apa-apa soalan? Tanya je...yang penting Koh Samui susah nak jumpa orang Malaysia.
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!