Monday, November 30, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 34 to Day 60 ::


Maaf terlambat update kisah bidadari yang seorang ini BUSY telah bermula.
Nak tau apa jadi? Doa-doa kita semua dimakbulkan bila malam hari timbang berat bidadari naik ke 1.71kg. Melompat ai kegembiraan masa tu.

Dengan segeranya ke esokkan pagi ai tuntut janji ngan Doktor Lye. Dan seharian jugaklah ai menunggu segala dokumen siap. Berkali doktor tanya ai...betul ke tak nak buat follow up kat HSJ?

Doktor ni macam tak percaya je yang ai ni BUKAN orang PENANG.

Lega rasa hati bila dapat keluar dari 'kepompong'. Pantang pun berlalu begitu sahaja.
Tapi tak pe la asalkan bidadari sehat. Dan macam biasa surat follow up bebakul-bakul dibekalkan kepada ai. So, tunggu tarikh je la nak bawak bidadari ke HKL pula.





Makanya silih berganti la hari follow up bidadari dengan Kakak Mimi-nya.
Mimi pun masih lagi follow up dengan pead HKL ye la dia pun lahir kecil walaupun cukup bulan.
Terdetik banyak kali dah dalam hati ni nak berhenti kerja. Ye la kang asyik mintak cuti amik time off ulang alik HKL kang..tak memasal lak jadik BAD RECORD....khen?

Apa-apa pun cuti bersalin ai pun dah habis..nak mula kerja dah. Dalam hati risau akan bidadari yang akan dihantar ke baby sitter nanti....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuuuuuuu




watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post