Tuesday, October 6, 2015

:: Bersalin Dalam Bilik Air - Sebuah kisah benar ::

Tajuk bukan gimik drama atau novel, ia adalah sebuah pengalaman SEBENAR penulis.
Mana nak mula ye? Hurm.....

26/09/2015

Cerita bermula asalnya ai n my lil' family balik beraya di Taiping. Sambut raya macam biasa tak ada tanda-tanda nak jadi atau nak terjadi suprise.

My parents pun kebetulan nak beraya kat  utara tahun ni..Cuma derang gerak hari Sabtu dari KL.
Hari Jumaat, lepas solat jumaat ai ngan family mertua ke rumah pak ngah Incik Pinky ada kenduri korban...kat sana tetibe ai nampak pokok ni...tak tau pokok apa. tapi berbuah lebat nampak mcm lazat je. Incik Pinky p petikkan sebab ai paksa dia p amek jugak sbb ai teringin sgt tgk buah tu. oh...sedap mcm epal hijau! Lepas kenduri kami balik Sungai Bakap, Incik Pinky nak tido umah cuzn dia....hati ai berbelah bagi. Ai mcm nak balik Taiping tapi Incik Pinky berkeras jugak nak tido Sg Bakap so ikut je la.


Subuh ai dikejutkan dgn bunyi sayup takbir raya.
Tetibe rasa nak membuang...so p la membuat urusan. Mata dah segar. Dan-dan  lepas tu perut ni rasa mcm sakit-sakit manja. Untuk makluman, ai dah 34 minggu. sekali sekala'mengeras' dalam 10 saat. Tak kerap. Lagipun baru 34weeks, mungkin braxton hicks aje.

Dalam kul 0830 ai terasa nak muntah pulak. P muntah. Mimi ngah syok main kat laman. Incik Pinky ngah pomen keta dia. Ai pulak dok melayan sakit perut manja kat ruang tamu. Lastly ai nak ilangkan fokus ai nak p mandi. Mcm biasa la proses nak mandi.  Buang apa yg patut....tapi kali ni jadi lain. Bila ai bangun, ai dah tak leh berdiri tegak!!!


Ai pun melututla berpaut kat kolah....TUM!!!! hamek... AIR KETUBAN PECAH!
Right away ai nampak kaki kecik pucat terjojol keluar sambil tergedik-gedik bergerak. Mengucap ai dalam hati. Pintu bilik air berkunci, dalam rumah tak ada siapa.

Ai tarik nafas dalam-dalam...ingat segala ilmu yang ada tentang melahirkan. Tarik nafas...tahan....teran. Nampak bontot kecik...tarik nafas..tahan...teran...Allah....terasa bahu tersangkut...tengok bawah...kaki kecik tu  bergerak-gerak pucat kebiruan...tarik nafas dalam-dalam..tahan...teran sekuatnya! pop! bahu keluar....kali ni terasa mcm ada batu bulat 'disitu'. kaki kecik  tu seakan menendang kali ni....ok zikir dalam hati...tarik nafas paling dalam...pesan pada diri 'sekali je....sekali je' ...tahan..teran!!!!!! POP!
maka lahirlah seorang lagi hamba Allah...zuriat ai yang kedua.

cepat-cepat ai angkat n peluk dia...kami sama kesejukan. tapi tak pe anak lagi penting. ai peluk dia erat-erat sgt. nampak dia mcm memcuri nafas. 'eh.nak kena bua cpr ke?' detik hati. Ai tampar-tampar muka dia..cuit dagu dia. Alhamdulillah..menangis.

Tetiba ai dgr ada org datang dapur...ai pun laung 'Zana....zana!! telefon ambulance'
'kenapa hunny?'
'baby dah keluar ni'
'apa????!!!'
'baby dah keluar!'

dan-dan tu dgr zana berlari sambil laung nama incik pinky. leh dengar kekecohan kat luar umah.
kejap je tetiba dgr incik pinky panggil 'hunny!! hunny!!!' nampak kepala dia mengintai dr alang bilik air.
'ya Allah.....apa dah jadi?' haa....antara kelemahan lakiku -kalut+panik
ai pun mengesot ke pintu..mujur selak tak tinggi. tak sempat incik pinky nak pecahkan pintu. incik pinky datang -blur.

ai ckp kat dia ai nak tuala..nak selimut.
lepas tu ai terasa sesuatu terkeluar...alhamdulillah. complete uri keluar,cumanya ai tak ada ilmu nak potong tali pusat.

sementara tunggu ambulance ai dakap je baby...kecik..halus...bersih. maintain cool yg penting.
dalam 20 minit baru ambulance sampai. nurse sampai je terus ambik baby. penting ok! ai serah je.
incik pinky dukung ai letak atas strecther. sebelum masuk ambulance nurse bg ai injection.
panjang tak citer kali ni? belum habis tau....panjang lagi ni.

so begitulah cerita ai bersalin kali ni. agak adventure. dah la bukan kat tempat sendiri..jauh dari semua. nanti ai sambung lg.


p palang s : ai tak galakkan pemberanakkan kat rumah ye...if ..if only doktor cakap ok or ada sesapa bidan perawat membantu..tak pe la kot.. :)

15 comments:

  1. Ya Allah..hunny..
    Alhamdulillah..
    Allah mudahkan awak bersalin,
    Kuat semangat walaupun sorang2 dalam bilik air, tak sempat ditemani suami..

    Semoga hunny n baby selamat dan sihat,
    Selamat berpantang..
    Semoga Allah sentiasa jaga awak semua.
    Amin

    ReplyDelete
  2. ya Allah..alhamdulillah selamat bersalin walaupun bersendirian..

    ReplyDelete
  3. ya Allah..semput sy baca..baby klua kaki dulu ke sis?sambung la lagi xsbr..huhu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah,alhamdullilah allah permudahkan proses bersalin cuma lain dari yang lain..girl ke boy?

    ReplyDelete
  5. Tahniah,alhamdullilah allah permudahkan proses bersalin cuma lain dari yang lain..girl ke boy?

    ReplyDelete
  6. hunnyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..

    i nak menjerit baca cerita u ni..

    ALLAHUAKBAR...

    nasib baik u pandai meneran semuaa...


    ALLAH...

    besar kuasa ALLAH S.W.T...

    hunny...
    i speechless...

    ReplyDelete
  7. fuhhh.. adventure sungguh cte u yunk.. xsbr nk tgu cte seterusnya.. :)
    pape pn tahniah dn selamat berpantang.. :)

    ReplyDelete
  8. dear kuat nye u.. semoga selamat semua... semoga allah permudahkan segalanya..

    ya allah baby keluar kaki dulu??? tak sabar nak tau sambungan cerita....

    take a rest.. jaga diri & bABY elok-elok dulu taw..

    ReplyDelete
  9. Ok. Nak terpengsan kejap ^^ Alhamdulillah semuanya selamat ye dear. Huhu...mencabar sungguh. Kalau kita xtahu la...

    ReplyDelete
  10. Fuhhh..terkjut memula baca..ingat mimpi ke apa td..alhdulillah..semoga u n bb sihat...

    ReplyDelete
  11. fuhh...yang penting segalanya dipermudahkan....alhamdulillah....tak sabar nak tunggu sambungan cerita....

    ReplyDelete
  12. trimas semua.......................tak tersempat nak balas satu2

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar....bila baca ni rsa mcm mudahnya awk bsalin...sng plak kaki baby blh keluar..Tuhan permudahkan xde ape2 komplikasi...mmg sgt2 menakjubkan cara awk bersalinkan bidadari ni..Alhamdulillah..sebaya la anak kita..anak sy 24/9 lahirnya hehe..

    ReplyDelete
  14. OMG nak nanges...... kalau iol rasanya panik dari awai sampai akhir dah....... alhamdulillah semua went well.......

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...semuanya selamat mila. trimas ye

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post