Monday, August 10, 2015

:: Mimi bercerai Susu ::

Selama ni ai baca je pengalaman mak-mak yang bercerai susu dengan anak. Tak sangka perasaan yang ditanggung sememangnya amat berat dan menyedihkan. Bila doktor suruh berhentikan Mimi susu badan, memang berat hati. Rasa macam kesian dekat dia. Dah la jenis tak nak minum susu formula. Serabut fikir nak buat cenggana. Haih!!!

Bermula ngan kaedah melumur garam - tak jadi. Letak minyak kapak - tak jadi. Dan akhirnya kaedah ignore sahaja permintaan dia time dia nak susu..itu menjadi tapi kena buat diversion. Bagi dia tengok video cerita kartun fav dia. Berminggu jugak mencuba akhirnya berjaya. Tapi still dia tak minum susu dah sampai skang cuma kadang-kadang dia minum la susu HL ke Yakult ke ikut mood dia.

Memang mula-mula dia tak leh nak tido malam sebab dah terbiasa tidur melekat kat mama dia nih. Tapi Alhamdulillah bila dah start masuk minggu 12 or 14 macam tu terangkan kat dia..dia nak ada adik. Tunjuk kat dia baby. Dia suka dan dia macam faham je. Tapi datang pulak tabiat dia yang lain..tak semena-mena selak baju mama dia, cium perut bertubi-tubi. Pernah sekali dia buat kat public kalut mama dia turunkan baju..apa daa Mimi nih!

Pendek je cerita cerai susu Mimi, tak leh nak cerita panjang. Sedih rasa hatiku ini. Sekian.



watermark

4 comments:

  1. anak pertama bercerai susu selepasa dapat adik twin... yg twin bercerai susu sebab salah sorang asyik keluar masuk wad...terasa gak..tp tak teruk sangat..sebab masuk tu kepala lebih pikir kesihatan anak2..tp kalau x... mau mak dia yg meraung lebih..sedih nak putuskan susu kan..rindu

    ReplyDelete
  2. kan..
    walaupun i blum time lagi nak cerai susu dengan safiyya..
    tapi kadang2 bila malas nak layan dia nak mengempeng tu..rase kesian pulak tolak kehendak dia tuu.....

    tak dapat bayangkan kalau betul2 kene berhentikan dia susu badan ni..

    *kadang kadang malas nak layan dia nak mengempeng sebab selang 10minit nak mengempeng jek..acik tak tahan...kihkih

    ReplyDelete
  3. Alahai siannya.. Takpe lama2 dia mengerti. Takyah bagi susu 123 ke ape pon takyah. Nak bgi, bagi fresh milk lagi bagus

    ReplyDelete
  4. adeh..yoorin alami benda yg sama..irine nak 2 tahun dah... tapi skrg ni rasa x tahan sebab dia nenen xnak lepas..huhu... rimas rasa....tapi nak putus susu rasa kesian pulak

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post