Thursday, January 9, 2014

:: Jumlah Tertinggi Penduduk yang STRESS di Asia Tenggara Adalah Penduduk Kuala Lumpur! ::

Satu penyelidikan pasaran oleh Frost and Sullivan terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur mendedahkan 41% daripada responden menganggap kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan nombor satu, lebih tinggi daripada purata 35% kadar bagi Asia Pasifik dan 29% tahap global.


(Trimas Pok Cik Goog!)






Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.

"Lebih 79% penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala 8% bergantung kepada pengangkutan awam.



"11% lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta," katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di Kuala Lumpur hari ini.


(Trimas Pok Cik Goog!)

Sebagai perbandingan, katanya, purata 54% penduduk di Asia Pasifik menggunakan pengangkutan persendirian, 24% pengangkutan awam, 15% gabungan antara dua cara itu dan 7% bukan kereta.

Sementara itu, purata penduduk global yang menggunakan pengangkutan persendirian ialah 53%, pengangkutan awam (26%), gabungan pengangkutan (13%) dan bukan kereta (8%)," katanya.

Mukhtyar berkata Kuala Lumpur akan menghadapi cabaran kesesakan jalan raya pada masa depan berikutan pemilikan kereta terus bertambah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Malaysia dalam Pelan Pengangkutan Kerajaan, merancang meningkatkan pengangkutan awam dengan menambah tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2020.

"Ini sudah pasti mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Mukhtyar berkata, satu penyelidikan menunjukkan 50% daripada pengguna pengangkutan di Kuala Lumpur lebih suka bertukar kepada kenderaan yang menjimatkan minyak yang menjurus kepada bertambahnya kenderaan mesra alam di Malaysia.

Pada tahun lalu, penjualan kereta hibrid diunjur tumbuh sebanyak 4.2% kepada 16,000 unit berikutan pengecualian cukai dan pelancaran model baharu.

Mukhtyar berkata Frost and Sullivan yakin penjualan kereta hibrid akan terus meningkat pada masa depan.

"Perkembangan ini sudah pasti akan memacu model perniagaan mobiliti baharu seperti kelab perkongsian kereta yang menawarkan kemudahan pengangkutan kereta mesra alam hasil daripada pelaburan yang semakin meningkat untuk sistem pengangkutan awam," katanya. - Bernama, 8 Januari, 2014.


  (tengok gambo pun dah stress! Trimas Pok Cik Goog!)



No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post