Thursday, November 28, 2013

:: Aqil korban PnD "pneumokokal" ::


Aqil korban PnDKenangan Erina dan suami, Amir Fozy Osman bersama anak sulung, Aqil yang meninggal dunia akibat pneumokokal, Mei lalu.
Kehilangan permata hati berusia setahun dua bulan, Aqil Hamzah Amir Fozy pada Mei lalu, akibat penyakit pneumokokal (PnD) masih terkesan dalam lipatan ingatan, Erina Asmawi Abu Bakar, 29.

Kejadian menimpa Aqil menjadi titik tolak untuk Erina berkongsi pengalaman bersama orang ramai, khususnya ibu bapa terhadap kepentingan pengambil vaksin PnD, bagi menyelamatkan nyawa bayi. 

“Saya pernah terbaca mengenai bahaya pneumokokal (PnD), tetapi apabila saya bertanya kepada seorang jururawat di sebuah klinik, dia menyatakan vaksin itu tidak penting, sebaliknya hanya pilihan. 


Bukan suntikan wajib

“Ia bukan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) menyebabkan saya fikir ia juga tidak begitu mustahak.

Disebabkan vaksin ini didapati di klinik dan hospital swasta saya berpendapat, ia satu cara institusi perubatan ‘untuk buat duit’, apatah lagi kos untuk tiga dos vaksin mencecah ratusan ringgit,” kata Erina memperjelaskan kenapa beliau tidak mengambil vaksin tambahan PnD, untuk Aqil Hamzah walaupun mengetahui ancaman PnD terhadap bayi, khususnya berusia lima tahun ke bawah.

Erina berkongsi pengalaman, ketika ditemui pada kempen ‘YA kepada Perlindungan daripada PnD’ di Petaling Jaya, baru-baru ini. 
Beliau berkhidmat di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), terbabit dengan kempen itu sejak lima bulan lalu. Kempen itu adalah inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO), Parenting2u, Pakatan Strategik Pencegahan Penyakit Pneumokokal Asia (ASAP) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA).

**sumber : BH

KLIK SINI untuk sesuatu yang menarik dari MILO

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post