1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium , potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram , edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan persalinan prematur.
2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing - yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.
3. Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.
4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.
5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
**trimas pok cik gugel!
kene mnm air kelapa plak lah pas ni hehe. thanks for the info :)
ReplyDeleteHunny, i takut nak minum air kelapa sebab ada yang kata tak boleh minum masa pregnant tapi early trimester la. My sis minum masa nak bersalin, anak dia lahir bersih je. Sekarang ni dah boleh kot kalau nak minum? Hehehe. Dah lama teringin nak minum coconut shake ni..
ReplyDeleteair kelapa muda mg bagus.. kat blog saya pun de tulis petua guna air kepala muda... slam kenal n dah follow u
ReplyDelete