Tuesday, January 16, 2024

:: Kenali penyakit jarang jumpa NF1 (Neurofibromatosis Type 1)



Malaysia mentakrifkan penyakit jarang jumpa sebagai sebarang penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah (<1 dalam 4,000 orang), serius dan boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.
Penyakit neurobiromatosis type 1 (NF1) atau Von Recklinghausen turut disenaraikan sebagai penyakit jarang jumpa di dalam Malaysian Orphan Medicines Guideline dalam kategori rare neurological and neuromuscular disease.
NF1 adalah penyakit genetik yang menyebabkan bahagian kulit dan tulang menjadi tidak normal di samping menyebabkan ketumbuhan besar atau kecil di bahagian saraf neural yang boleh berlaku di otak, saraf tunjang dan urat saraf kecil atau besar.
Walaupun NF1 lazimnya diwariskan melalui autosomal dominan kepada pesakit, sekitar 50 peratus daripadanya disebabkan mutasi secara spontan yang berlaku pada keluarga yang tiada sejarah mengalami penyakit tersebut.
Individu yang menghidap NF1 mempunyai 50 peratus peluang untuk mewariskan varian penyebab (patogenik) NF1 kepada keturunan seterusnya, yang mana ciri-ciri NF1 mungkin jauh lebih teruk atau kurang dalam penghidap pediatrik berbanding ibu bapa penghidap NF1.

Apakah punca NF1?
NF1 berlaku disebabkan mutasi pada kromosom nombor 17 yang menghasilkan protein yang dikenali sebagai neurofibromin bagi membantu mempelbagaikan serta mengawal perkembangan saraf.
Apabila mutasi terjadi pada kromosom 17, maka penghasilan protein neurofibromin yang tidak berfungsi seterusnya tidak mampu mengawal pertumbuhan dan pembahagian sel dengan sempurna. Kesannya, ketumbuhan seperti neurofibroma boleh membentuk pada saraf di seluruh badan.

Simptom utama NF1
NF1 boleh dijangka pada individu yang memenuhi dua atau lebih ciri klinikal iaitu kehadiran enam atau lebih tompok berwarna kopi susu (cafe au lait) yang rata di sekitar dada, bahagian belakang dan abdomen, dalam pelbagai saiz; pada individu akil baligh. Kehadiran dua atau lebih neurofibromas atau satu plexiform neurofibromas (PN), dua atau lebih Lisch nodules dan pseudoarthrosis yang ditentusahkan oleh pakar perubatan juga antara simptom utama penyakit NF1.

Jenis Neurofibromatosis
Neurofibromatosis merujuk kepada tiga gangguan genetik berkaitan yang dipanggil NF1, NF2 dan Schwannomatosis. NF1 biasanya didiagnosis pada usia kanak-kanak dan adalah yang paling kerap berlaku (96 peratus) manakala NF2 dan Schwannomatosis selalunya dikesan pada usia remaja. NF2 adalah lebih jarang berlaku berbanding NF1 iaitu sekitar 3 peratus dan Schwannomatois, kurang daripada 1 peratus.

Apa yang berlaku sekiranya pesakit itu menghidap NF1?

Hampir separuh penghidap NF1 mempunyai plexiform neurofibromas (PN) yang menyebabkan kesakitan, gangguan neurologi, ketidakupayaan pembelajaran dan ketidakupayaan kekal. Manisfestasi klinikal yang lebih berpotensi menjadi serius seperti skoliosis (tulang belakang bengkok), tulang rapuh, tekanan darah tinggi dan penyakit pulmonari.

Ketumbuhan boleh muncul di pelbagai kawasan sekitar badan, dalam pelbagai saiz dengan komplikasi tertentu seperti epilepsi dan hilang penglihatan. Kebiasaannya, ia adalah jenis tidak berbahaya (benign) tetapi ada sebahagian tumor ini boleh menjadi lebih agresif menjadi sel kanser.



Adakah ujian genetik penting dalam diagnosis NF1?

Jika pesakit memenuhi kriteria simptom utama NF1, ujian penjujukan genetik adalah penting untuk menentusahkan mutasi yang berlaku. Ia boleh dilihat melalui teknik Next Generation Sequencing, yang mana ia dapat mengenal pasti kehilangan gen NF1 yang terletak di kromosom 17 dan juga varian patogenik yang berupaya menzahirkan simptom-simptom tersebut.

Teknik analisis kromosom juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang kehilangan gen itu secara mikro. Jika pesakit menunjukkan hanya satu simptom utama NF1, panel pelbagai gen akan digunakan untuk mengesan beberapa jenis mutasi yang mempunyai korelasi rapat dengan simptom sedia ada pada pesakit.

Ujian genetik adalah penting bagi menentukan jika pewarisan ini secara autosomal dominan, ataupun secara spontan (de novo) dan menentukan jenis varian penyebab yang spesifik.

watermark

Monday, October 23, 2023

:: Senarai Barangan Israel ::



Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. 





Ya....rata-rata dalam kehidupan kita di Malaysia nih, kita memang dah bergantung dengan produk-produk nih. Semuanya berbalik pada kita...pilihan ditangan kita. 




Beauty products je, memang kebanyakkan kita pakai. Tapi kalau ada product tempatan setanding jenama-jenama nih....beralihlah kepada buatan tempatan.

Semoga Allah lindungi kita semua dari cengkaman Israel.
Hasbuballah wal nikmal wakeel.....

#FREEPALESTINE 




watermark

Saturday, November 12, 2022

SOP PRU-15


Assalammualaikum / Hi
Buat yang tertanya2 apakah SOP terkini sewaktu mengundi?
Meh ai share infographic tentang apa yang korang kena buat masa berada di pusat mengundi nanti. Kali ni handphone adalah dilarang sama sekali!  Ingat tu.... 



Selamat mengundi
Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan semua. 


watermark

Thursday, March 17, 2022

:: อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน) lyrics English ::


Thailand : 


และแล้วก็คงต้องเดินแยกทางจากกัน
และแล้วถึงวันที่เราต้องยอมรับมัน
รักของเรามาสุดหนทาง
จะทรมานซักเท่าไร
ฉันก็รู้สุดท้ายแล้วต้องจบไป
ทำได้เพียงแค่จดจำไว้
ช่วงวันและคืนงดงาม
และเก็บบันทึกลึกสุดใจเอาไว้
อย่างน้อยเราเคยรักกัน
อย่างน้อยในความจำ
ความรักของเธอจะฝังในใจของฉันเรื่อยไป
ไม่เสียใจเลยซักวันกับรักที่ให้ไป
ชีวิตจิตใจส่วนนึงยังเป็นของเธอ
เวลาที่มีด้วยกันแม้เพียงไม่นาน
รู้ไหมนั่นคือเวลาที่ดีที่สุด
แม้ไม่ต่างจากหลับฝันไป
แต่มันก็เป็นฝันแสนดี
และไม่รู้จะพบหรือมีอีกไหม
ทำได้เพียงแค่จดจำไว้
ช่วงวันและคืนงดงาม
และเก็บบันทึกลึกสุดใจเอาไว้
อย่างน้อยเราเคยรักกัน
อย่างน้อยในความจำ
ความรักของเธอจะฝังในใจของฉันเรื่อยไป
ไม่เสียใจเลยซักวันกับรักที่ให้ไป
ชีวิตจิตใจส่วนนึงยังเป็นของเธอ
อย่างน้อยเราเคยรักกัน
อย่างน้อยในความจำ
ความรักของเธอจะฝังในใจของฉันเรื่อยไป
ไม่เสียใจเลยซักวันกับรักที่ให้ไป
ชีวิตจิตใจส่วนนึงยังเป็นของเธอ
ชีวิตจิตใจส่วนนึงยังเป็นของเธอ


English : 


อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)

Lah lau kuhong tun deng yang thang cak gan
Lah lau thung wan thi raow tong yon rab man
Rak kong rang ma sut thong chan
Cha thora man sak thaw rai
Chan kao run sut thai lut tong chub pai

Chan mi pheiyng khae cap chan wai
Chun wan laew khun ngod ngam
Lae keb ban thuk lek sud chai heuw wai
Ing noi ru koey rak gan
Ing noi ni khawm chan
Khawm rak khong ther
Ca fang ni cai khong chan reung pai
Mai sie chai ley sak kwan kab rak thi hai pai
Chewit cit chai sum nung yeng pan khong ther

Wella thi mai duay krang mae pheiyng mai nan
Ru mai nan khin wella thud dei thai sud
Mae mi tang cak klab fan pai
Tae man ko pen fan sang di
La meru chap pob pro mi ik mai

Chan mi pheiyng khae cap chan wai
Chun wan laew khun ngod ngam
Lae keb ban thuk lek sud chai heuw wai
Ing noi ru koey rak gan
Ing noi ni khawm chan
Khawm rak khong ther
Ca fang ni cai khong chan reung pai
Mai sie chai ley sak kwan kab rak thi hai pai
Chewit cit chai sum nung yeng pan khong ther

Ing noi ru koey rak gan
Ing noi ni khawm chan
Khawm rak khong ther
Ca fang ni cai khong chan reung pai
Mai sie chai ley sak kwan kab rak thi hai pai
Chewit cit chai sum nung yeng pan khong ther


watermark

Top Post