Wednesday, December 12, 2018

:: Asas Bahasa Thai - Perbualan Bahagian 1 ::





Assalamualaikum/Hi uolls!
Ingat lagi tak last time ai ada tulis pasal asas Nombor/kiraan dalam bahasa Thai?

Link : Klik SINI

Kali ni ai nak ajar sikit asas perbualan/ucapan dalam bahasa Thai.
Sedia? Jom!


Hi/Selamat Sejahtera : Sawadee 
** kat sini korang kena tambah Kha/Krab ( disebut KAP).
Kha = untuk WANITA
KAP = untuk LELAKI

Selamat pagi : Arun Sawad/Sawadee Than Cheu (ni yg ai belajar mula2 dulu)
Selamat malam : Ratree Sawad
Selamat Tinggal : La Korn

**semua di atas memang ada moleknya kalau uolls tambah Kha/Karp.
Ingat sebutlah dengan tona yang lemah lembut. 

Next....

Apa khabar? : Sabai dii mai?
Khabar baik : Sabai Dii

Terima kasih : Khob Khun (macam biasa tambahlah Kha/kap)
Awak tinggal di mana? : Khun ju thi nai?
Awak dari mana? : Khun ma chak nai?

So far..amacam senang tak? Jom ai ajar yang senang dan pendek serta mudah ingat.


Saya : Phom,Kra'phom,Chan,Di'chan 
Awak : Ther/ Khun 
adik perempuan : Norng Saw (disebut Nong)
Dia : Khao
Nama : Cheu (biasanya akan disebut Chee-eu, u tak berapa dengar sebab ada lenggok)
Encik : Khun/Naai 
Kita : Rao

Ya : Chai (boleh jugak cakap Kha (untuk perempuan) , Kap (untuk lelaki)
Boleh : dai
Tidak : Mai
Tidak Boleh : Mai dai (biasa korang dengan May Dai...heheh)
Tak nak : Mai Aw

Mari : Ma
Makan : Kin
Minum : Deum

Kalau uolls selalu cakap atau practise memang cepat lancar tau!
Seterusnya kita belajar yang panjang sikit.

Bolehkan awak cakap Bahasa Thai? :
Khun Phut Phasa Thai dai mai?

Haaaa..nampak tak gabungan tu kat sini?

Khun : Awak
Phut Phasa Thai : Cakap bahasa Thai
Dai Mai : Boleh tak?

** mai/dai biasanya akan di letak kat hujung ayat untuk menandakan ianya adalah sejenis soalan.

Cuba korang translate ni dalam bahasa Thai.

Bolehkan awak cakap Bahasa Inggeris?















































jawapan :
Khun phut phasa Angrit dai mai?



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...senang je kan?


So, amacam pelajaran hari ni?
Agak-agak suka tak?
Senang tak?
DAI!!!

Hahaha.....



watermark

Friday, December 7, 2018

:: Converse x Hello Kitty volume 2 ::










Bakal sampai kat Malaysia hujung December 2018 dan bakal mengeringkan poket, menggegar tabung dan menjolok account bank!




The sequel katanya.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
why converse why?

Jom cuci mata!










watermark

Wednesday, December 5, 2018

:: Asas Bahasa Thai - Nombor ::


Assalamualaikum/Hi,

Kali ni ai nak tulis perkara yang berbeza sikit.
Dah dapat beberapa ilmu ni nak la ajar korang sikit-sikit Bahasa Thai. 
Memandangkan ramai orang Malaysia suka pergi Thai...jom ai mulakan dengan belajar nombor.


satu = neng 
dua = song 
tiga = saam 
empat = si
lima = ha 
enam = houk 
tujuh = chet
lapan = ped 
sembilan = kaw 
sepuluh = sip


Bila sampai nombor sebelas (11) kita akan cakap ini :

Sebelas = sip et

**bukan sip neng ye!

nombor 12 ke 19 mudah ..korang just gabung "sip" dengan nombor "sa" yang lain.

dua belas = sip song
tiga belas = sip saam
empat belas = sip si
lima belas = sip ha
enam belas = sip houk
tujuh belas = sip chet
lapan belas = sip ped
sembilan belas = sip kaw

Haaaaa.... dua puluh (20) pulak..apa dia?
apa???? Song sip?!

Bukan.....logiknya macam nak sebut song (2) sip (puluh). tapi TIDAK!

Jawapan:

dua puluh = yee sip

dan selepas itu.

dua puluh satu = yee sip et
dua puluh dua = yee sip song
dua puluh tiga = yee sip sam
dua puluh empat = yee sip si
dua puluh lima = yee sip ha
dua puluh enam = yee sip houk
dua puluh tujuh = yee sip chet
dua puluh lapan = yee sip ped
dua puluh sembilan = yee sip kaw

so far amacam?? OK tak?

tiga puluh = sam sip

lepas tu sambung je..

tiga puluh satu = sam sip et
tiga puluh dua = sam sip song

tak susah kan?

empat puluh = si sip
lima puluh = ha sip
enam puluh = houk sip
tujuh puluh = chet sip
lapan puluh = ped sip
sembilan puluh = kaw sip

dan seterusnya gabungan dia sama dengan yang sebelum nih.

sembilan puluh sembilan = kaw sip kaw


Haaaaa.....

seratus = neng roi

ROI itu RATUS

dua ratus = song roi
tiga ratus = sam roi

dan seterusnya la.

Contoh kalau nak sebut :
lima ratus lima puluh lima = ha roi ha sip ha

Comel dan senang..tak gitu?

Korang ada nak pakai or nak sebut nombor ribu-ribu tak?

gini sebutnya

1000 = neng pan
9999 = kaw pan kaw roi kaw sip kaw


konsep dia macam ribu,ratus,puluh,sa
kat sekolah ada belajar dulu  kan?
Macam tu la lebih kurang...

orang kata nak cakap bahasa lain ni kita kena sentiasa cakap..berlatih baru mahir.

So.....ai wish you all chohk dii ka!




watermark

Top Post