Tuesday, October 17, 2017

:: Tiket Legoland Percuma! ::



Haaaa...jangan tak percaya. 

Memang boleh dapat ticket LEGOLAND percuma!
 Dengan syarat korang beli 1 SNACK PLATE KFC. Setiap satu snack plate korang akan dapat 1 (voucher) ticket (kanak-kanak) PERCUMA.
Bermula 1 oktober 2017 sampai 31 Oktober 2017 (atau stok habis maka habislah).

expired : 30 April 2018

So, sesiapa yang berniat nak bawak anak p Legoland macam ai, leh la rebut peluang ni, tapi jalan la pulak p beli sampai beratus-ratus pinggan snack plate tu pulak nanti.




harga ticket semasa seperti di bawah :

// bayangkan berapa banyak korang leh save dengan satu ticket kanak-kanak tu//


Mimi nampak ticket tu semalam dia siap offer biar dia yang tolong simpankan punya tak sabar la tu nak pergi lagi la tu....


Punya happy tak terluah dek kata-kata Mimi time ni.

:: Majlis Nikah Hazwan x Indah ::


Dah sebulan baru nak up cerita. Hahahaha anyway tahniah kepada pasangan Hazwan & Indah ya!

Pelamin by : Mimie Romyza - Teratai Kencana
Makeup By : Mimie Romyza - Teratai Kencana
Photographer : Syahoney Kitty Shoppe





watermark

Monday, October 16, 2017

:: McDonald's Hello Kitty Teapot Set ::

Haaaaaa... kegilaan yang baru berlaku di Malaysia. Tak sampai setengah hari Happy Meals toys boleh SOLD OUT kat semua outlet!!! Gila???


Memang gila..tapi inilah Malaysia.


Mujur dan kebetulan ai punya recent trip ke negara sebelah. Dah kebetulan McD sana keluarkan set yg berikutnya lebih awal dari Malaysia ai pun amik kesempatan la beli kat sana. Tak yah nak rebut² kat Malaysia dah. Ternyata sana lagi tenang.


(derang tak de keluarkan Tomica ye)

Kat sana sia dapat sticker okay. Cuma yang beza aturan keluaran (Hello Kitty Teko, Badz-maru, Melody, Pompompurin ) setiap minggu akan keluar 2 mainan terus. Kalau kat Malaysia dia buat keluar 2 mainan sekali....MAMPOIH!




So..uolss!! Yang minggu ke 3 punya toys ai dah ada..sapa.yg dah ada jugak? High five!!!!




Sunday, October 15, 2017

:: Baju Nikah Pink ::



Fuh......................lama rasanya tak update blog sejak busy dengan tolong-tolong buat persiapan 2 mempelai sekali sejak hujung Ogos. Ni pun baru macam ada masa sikit nak sentuh keyboard.
Ada review yang tak sempat nak tulis lagi.

Banyak nak cerita ni dari cerita perkahwinan sampai la cerita bawak orang pergi honeymoon tour. Ni baru balik dari merentungkan diri buat kesekian kalinya, kalau jadi roadtrip lagi Jumaat ni makanya bersabarlah wahai blog ku yang tercinta ya.




watermark

Thursday, September 21, 2017

:: Review Kingsman - The Golden Circle ::













Pelakon :

Taron Egerton as Eggsy Unwin / Galahad
Colin Firth as Harry Hart
Julianne Moore as Poppy Adams
Mark Strong as Merlin
Halle Berry as Ginger Ale
Pedro Pascal as Jack Daniels / Whiskey
Channing Tatum as Tequila
Jeff Bridges as Champagne "Champ"
Elton John as a fictionalized version of himself
Bruce Greenwood as President of the United States
Emily Watson as Chief of Staff Fox
Edward Holcroft as Charlie
Hanna Alström as Princess Tilde


Review : 

Seperti Kingsman yang pertama (Kingsman The secret Service). Yang sekualnya juga TIDAK menghampakan. Seawal minit pertama korang akan dapat tengok action yang tak berhenti diselang seli dengan lawak selamba.


Jalan cerita, lebih kurang dengan yang pertama di mana orang jahat (Poppy) "serang" orang awam dengan "wabak dadah" - dadah ni akan buat orang dapat "blue rashes", lepas tu lumpuh lepas lumpuh mati, kalau tak nak mati kena minum antidode. (yang pertama ramai yang jadi "zombie" sebab sim card handphone).


So, sekali lagi Eggsy dalam mission nak selamatkan dunia di mana tiba-tiba dia dapat tahu Bos dia "Harry" rupanya belum mati. Dia sayang gila kat Harry sebab Harry tu dah macam ayah dia dah Harrylah yang recruit dia dulu masuk Kingsman.


Cerita laju tak de konak sana sini, memang menarik sebab dia drive kita nak tahu apa jadi lepas setiap babak. Tak nak bagi spoiler kat korang sebab nanti tak best pulak yang penting ada beberapa nyawa melayang dalam cerita ni. Dan tak sesuai ye bawak budak under age tengok sekali sebab banyak carutan yang tak disensor sebab kalau sensor cerita ni jadi TAK ADA SKRIP pulak nanti.


Overall, cerita memang best!
Nak kasik 5/5 bintang la..tak aci pulak perfect sangat. So 4.8/5 stars from me.

So korang pegi la tengok kalau ada masa ya!


watermark

Top Post