Friday, March 31, 2017

Thursday, March 30, 2017

:: Review - Telekung Chomel ::



Kali ni ai nak review telekung dari TELEKUNG CHOMEL.

Cerita bermula bila ai IG walking sebab nak carik telekung untuk Mimi. Rata-rata harga 'boleh tahan'. Sedang buat pilihan ai terjumpa IG : Telekung Chomel.
Ai pun tengok la koleksi telekung yang ada. Harga? Sangat murah dari yang lain!

Terus ai whatsapp owner Telekung Chomel. Bertanya harga dan stok yang ada.
Bila dah confirm corak semua ai pun terus close deal sebab kalau lambat nescaya HABIS!

Bila telekung tu sampai kat rumah ai suruh adik ai handover pada Mimi, punyalah dia suka sebab dia cakap cantik sangat!


Dari segi kualiti kain? Bagus - standard cotton
Jahitan juga sangat kemas.





Bahagian telekung yang dijahit dengan kain bercorak yg menaikkan seri telekung kanak-kanak



Telekung ni disertakan dengan beg kecil untuk isi telekung.







Close up bahagian kepala.yang dijahit kemas dengan tali getah yang selesa



Close up dari belakang


Apa lagi yang menarik, telekung ni datang dalam pelbagai saiz untuk anak-anak uolls ye.
Kalau berminat nak cari telekung bawah harga RM40 (ni harga sekali dengan postage ye)
Silalah ke Instagram Telekung Chomel!







#makciksuka

p palang s : serius korang kena beli untuk anak2 korang





watermark




Tuesday, March 28, 2017

:: Al-Fatihah buat saudara Rozaini Rozi ::

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Top Post