Thursday, May 24, 2018

:: Terima Kasih Harian Metro/HM Viral ::






Terima kasih Harian Metro sebab bagi peluang muncul dalam kolum setempat/HM Viral/MetroTV/Harian Metro youtube/twitter dan semua-semua la....sampai berkali-kali charge handphone semalam










:: Tarikh luput barang kelengkapan ::


BARANG DALAM RUMAH YANG KITA TIDAK TAHU, SEBENARNYA ADA TARIKH LUPUT


Mungkin ramai diantara kita yang selama tak tahu barang rumah pun ada tarikh luput....yang selama ni ai memang aware adalah car seat.

Antaranya adalah:

1. Bantal -

Luput Antara 2-3 Tahun Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,  bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar 
Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru. Ai kalau dapat selipar..akan pakai sampai tapak haus biasanya 3 bulan dah haus dah sebab ai mmg peminat tegar selipar, terutama selipar yang jual kat Giant. Hahahha

3. Span Mandi
Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala 
Luput Antara 1-3 Tahun Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya

5. Berus Gigi
Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang  baru.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting.

6.Hydrogen Peroxide
Adalah fist aid antiseptic.
Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh1 tahun.

7. Sikat Rambut 
Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi
Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara.   Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi
Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat
Luput Antara 6-10 Tahun Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra
Luput Antara 1-2 Tahun Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan
Luput Sebaik Struktur Berubah

13. Rempah-ratus
Luput Antara 1-3 Tahun Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun.  Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung
Luput Dalam Masa 6-12 Bulan Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)

15. Pemadam Kebakaran
Luput Dalam Masa 15 Bulan Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.


16. Penyambung Elektrik
Luput Antara 1-2 Tahun

17. Penyembur Pembasmi Kuman
Luput Dalam Masa 3 Bulan. Sama la ngan eye drop or contact lense rinse kalau dah bukak akan terluput dalam masa 3 bulan.

18. Pencegah Nyamuk
 Luput Dalam Masa 2 Tahun

19. Power Soket
Luput Dalam Masa 4-5 Tahun Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas.  Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Friday, April 6, 2018

:: Puma x Hello Kitty ::


Kasut kesayangan yang paling disayang.  
Ingat lagi kisahnya...bila launched je kat media Malaysia yang Puma Suede Hello Kitty dah sampai Malaysia, kalau korang nak tahu malam tu jugak kebanyakkan stock memang dah habis.

Mujur rezeki ada, dapat jugak sepasang.
Memula macam nak simpan je tak nak pakai sebab sayang, korang tengok je la tapak yang comel tu.
Lastly, ramai pakar kasut cakap "jangan simpan! pakai....kalau tak kasut rosak lagi menyesal"

Maka....pakai jugaklah akhirnya......



Thursday, April 5, 2018

:: Apa yang Best di Legoland Malaysia ::



Ini cerita Legoland.


Dah lama berjanji dengan anak-anak nak bawak derang pergi Legoland. So, cuti sekolah baru ni bawak la budak berdua tu.

Pada sesiapa yang tak pernah ke Legoland, perjalanan dari Kuala Lumpur ataupun negeri lain dari arah utara memang tak susah. Yang penting sampai tol Skudai terus je ke Puteri Harbour atau Nusajaya.

Sesampainya korang kat Legoland nanti, kawasan parking memang teramat luas. Boleh parking kat kawasan yang sepatutnya. Caj parking RM10/per entry.



Pengalaman 2 kali ke Legoland, memang tak ramai orang sangat pun beratur kat kaunter ticket. Samada derang beli online atau harga tiket tu sendiri memberi impak.

Harga tiket bagi penegang MyCard (Malaysian) lain ye dari Non-Malaysian. Bezanya banyak jugak.

Masa kitaorang pergi baru ni kami amik Combo Tiket (Theme Park+Water Park).

1 Combo tiket MyCard = RM180
1 Combo tiket FULL paying = RM240 (beli yang nu sebab nak dapatkan tiket kanak-kanak percuma : voucher KFC)
1 Water Park tiket (untuk Bidadari, dia bawah 3 tahun masuk theme park FREE)






Apa yang datang bersama tiket combo ni?

TIADA MAKANAN PERCUMA (HAHAHAHAHAHA)
Theme park, kanak-kanak  bawah 3 tahun FREE.
Waterpark : tiket under 3 tu bayar sebab dapat swimming diaper 2 helai nanti.


Peringatan :

NO OUTSIDE FOOD ALLOWED!
Masa kat check in gate nanti memang kena inspection tau!

So, kami pun check in la, melalui gate utama. Memang tak bawak makanan apa pun. Stroller tu pun tak bawak sebab ingatkan NOT ALLOWED! Ok tu silap kami.
Akhirnya, terpaksa SEWA stroller dalam Legoland.

Harga : RM75 (double)
Deposit : RM50 (dikembalikan kemudian nanti)
Waktu check out stroller : 1830



Kami diberi peta kawasan LEGOLAND sewaktu masa beli tiket.

Peringatan :
1) Minum banyak air kalau pergi musim panas
2) Bawak stroller sendiri kalau ada anak kecik
3) Makan kenyang-kenyang sebelum masuk untuk mengelakkan pengaliran duit yang maha dasyat beli makanan.
4) Pakai kasut, baju, tudung, topi yang sesuai sebab LEGOLAND ni amatlah besar - peta tu decieving sangat!



Masuk-masuk je budak-budak ni kemain seronok sangat! Tengok hiasan lego merata tempat, sama excited dengan mama dia. Ai siap mintak Incik Pinky mark tempat yang dah kami masuk (dalam peta) supaya kitaorang tak berpusing-pusing kat tempat yang sama.



Oh ye, kami check in waktu tu jam 10am.

Peringatan :
Tak semua mainan anak korang boleh main!





Dan sebenarnya..................
RUGI bawak anak umur 6 tahun ke bawah. Kalau ada anak yang tinggi kurang 110cm pun RUGI.

Jadi, ai tergolong dalam golongan mereka yang RUGI itu. Sebab dak Mimi ni tak berapa nak tinggi umur pun hampir 6 tahun tapi tak berapa nak 6 tahun. Lupa dah kat stop mana tah siap mintak myKid lagi.

1st game derang adalah game yang naik kapal terbang tapi mestilah ditemani oleh orang dewasa. So, lepasla main game tu. Seronok la jugak bagi kita yang dah besar ni sebab tengok anak-anak happy.




Kemudian lepas main kat kapal terbang tu kami bawak Mimi & Bidadari p driving school. Sekali lagi, ukuran tinggi di kira. Kalau tak cukup tinggi nanti kaki tak sampai pedal minyak, kalau tak sampai minyak keta tak leh jalan, so............yang mana pendek memang tak leh masuk driving school.




untuk bawah 6 tahun 'jalan raya' nya lain, atas 7 tahun 'jalan raya' nya lagi best sebab besar dan mencabar sikit.

Akhirnya..Mimi dapat lesen!




Disebabkan cuaca panas, bekal air pun tak de. Kitaorang singgah la kat restoran pertama yang kitaorang nampak. Restoran ni besar dan selesa siap ada tempat untuk anak-anak main Lego.

Total spending dalam restoran ni :

RM3 - Air mineral
RM5 - Coke












Next,  bermulalah exploring sekitar kawasan Legoland theme park tu. Dalam banyak-banyak "land" kat dalam theme park tu ai paling suka NINJAGO sebab 3D game dia best!

Game Ninjago : Ala istana jepun. Masuk boleh tengok sejarah dan salasilah character dalam Ninjago. Lepas tu korang akan sampai tempat GAME.
Sila pakai 3D spec yang disediakan. Ikut arahan guardian kat situ.













So far itulah GAME kami anak  beranak paling enjoy sekali. Sebab dapat kumpul points.

Kemudian kitaorang pergi Lost Kingdom Adventure. Yang ni pun best sebab game dia interactive yang boleh buat anak-anak seronok.






1430 macam tu kitaorang tak habis pusing lagi theme park tak sampai separuh pun lagi!
Ai cakap kat Incik Pinky kena susun balik strategi lawatan.

So, kitaorang pun take a break untuk lunch sebab dah macam lapar sangat.






Menu Lunch :

Chicken Grill Combo (Ada air, fries & tembikai 3 potong)
Nugget+Fries
French Fries
Air Milo x 2
Air Coke x 1


= Total RM85

Lepas lunch cepat-cepat kitaorang jalan nak habiskan baki Theme Park yang belum explore sebab target nak masuk water park kul 1600





Ini cinema derang...movie pendek akan ditayangkan ikut jadual waktu yang korang boleh tengok warna kuning tu. Yang menariknya movie ni 4D siap efek angin dengan air sekali. Sampai Bidadari kata "Mama...! tak nak la tengok cerita ni habis basah kita!"



Kitaorang pergi Starwars section sebab ai insist sangat nak masuk sana. Habis urusan kat Starwars section terus masuk water park.









Haaa....kat waterpark ni korang ada pilihan samada nak sewa locker atau tak.

Harga locker :

Besar : RM40
Kecik : RM20

kalau korang tak nak sewa pandai-pandai la korang simpan dan jaga barang.


Entrance masuk Waterpark.



inilah tempat ai paling enjoy lepak sebab mainan lain kat waterpark ni budak-budak ni tak leh nak main. So...............ceritanya main kat sini je la..tapi best jugak.

Keadaan dalam water park agak crowded sebab orang duduk berteduh bersepah-sepah. Tambah lagi orang yang tak sewa locker.

Peringatan :

Kalau bawak anak kecik dan yang bawah 5 tahun serta kurang 110cm = RUGI!

Sebab :
Macam biasa tak semua mainan anak-anak boleh main. Untuk mak bapak tak de masalah. Pandai-pandai la gilir-gilir main apa yang ada.


Sudahnya kitaorang memang betul-betul keluar dari Legoland park ni pukul 1800! Walaupun kalau ikutkan tak habispun explore & main semua mainan. Yang penting JANJI DITEPATI!



Mimi pun happy!






watermark

Wednesday, March 14, 2018

:: Neurofibromatosis - A Genetic condition ::

Bila kau rasa kau susah, tapi sebenarnya ada orang yang lagi susah dari kau.
Bila kau rasa batuk,demam,selsema kau dah tak tertanggung sakitnya tapi sebenarnya ada yang lagi teruk tanggung sakit dari kau.
Bila kau sakit dan sakit kau tu memang ada ubatnya dan kau memang ada harapan sembuh, adakah kau tahu kat luar sana ada banyak lagi sakit dan orang yang sakit yang sakitnya masih belum punya ubatnya?

Bersyukurlah sementara masih punya nyawa.
Berusahalah selagi punya kudrat.
Berdoalah agar ada juga ubatnya.

Ikhlas,
NEUROFIBROMATOSIS patient yang masih mengharap agar ada hikmahnya atas semua ini suatu hari nanti.

Next journey,
Genetic clinic so on and so forth.
Still hunting and hungry for the cure.

Top Post