Thursday, December 21, 2017

Thursday, December 14, 2017

:: Review : Starwars - The Last Jedi ::



Akhirnya, the fangirl kembali jatuh cinta setelah sekian lama memendam rasa yang sekual starwars ni macam nak ke arah 'crap'. Tapi tadi.....oh my, the fangirl jumping joy. Puas hati giler.



Sebolehnya ai tak nak bagi spoiler sebab beberapa fanboy dah warning ai "jangan tulis spoiler!!!!!!".

So, jom kita mula.
Macam korang tahu Rey pergi kat hidden island ni nak cari Luke. Dia pun dah jumpa Luke atas tiket nak mintak tolong tewaskan First order.





Ren a.k.a Ben Solo dah bunuh bapak dia si Han Solo hari tu kan? Makanya bermulalah sesi 'pukau-memukau' sesama mereka-mereka yang mempunyai 'force' tu.

Sementara tu Rebellion cuba cari jalan kemenangan, mintak pertolongan dan cuba untuk survive.
Jalan cerita ok sebab boleh buat my eyes glued on the screen tanpa pandang kiri kanan.

Don't expect too high or action pack yang giler-giler atau saber fight yg PERGHHHHHHHHHHHHHHHH...

Yang penting ai rasa Luke macam scumbag jugak la.




Ada jugak twist sikit dalam cerita nih, jangan percaya semua yang korang tengok nanti. Close yours eyes and reach out!




Hmmmm..ikut hati nak cerita semua nih. Tapi.................korang tengok la sendiri nanti.

Ai bagi 4.9/5 bintang! Heyyyyyyy~



watermark

Monday, December 11, 2017

Tuesday, December 5, 2017

:: Adab bercakap dengan suami orang! ::

Assalamualaikum & Hi!

(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. )

Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.
Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yg biasa si isteri buat....Tapi itu x bermakna,dia boleh dipijak2.

Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.




⛔Adab 1: Jaga lenggok bahasa.
Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.
⛔Adab 2: Jaga penggunaan emoticon.
 tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?
⛔️Adab 3: Usah berlebih-lebih.
Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.
Ada kala berlebih dari segi 'kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela,kemain berbunga macam orang bercinta..panggil SAYANG.... BI..BABI la....
⛔Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak.
Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang 'public figure'. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada...apa kes?dh lama hidup ke?
Saya x salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?
⛔️Adab 5: BIG NO to any kind of physical contact.
Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.
Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan 'Anggap adik / abang' dan sebagainya.
Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.
JAGA ADAB,JAGA KELAKUAN,JAGA BATASAN.
Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud 'dia tulis sebab jadi kat dia', ..jangan gitu sis..saya ni suka share pengalaman saya..umpama saya mencari pahala juga dgn menyebarkan Peringatan bersama.
I've done my part to say this out loud as a wife. It's now up to you to choose how you respond to this posting.
Open up and learn.
p palang s : wahai isteri orang, suami korang tau tak korang call/whatsapp/email/sms/bisik² dengan lelaki lain atau suami orang lain?
#RespectOtherWomen

Top Post