Thursday, November 23, 2017

:: I am Against Eating Cats and Dogs! ::


Assalamualaikum & Hi,
Ai nak mintak tolong uolls semua untuk sign petition ni.
Petition berkenaan dengan   "Saya Menentang Makan Daging Kucing dan Anjing!"



KLIK SINI  untuk sign petition.
PENCINTA HAIWAN MALAYSIA KATAKAN TIDAK KEPADA MEMAKAN KUCING DAN ANJING!
Warga Malaysia TIDAK menganggap kucing dan anjing sebagai haiwan ternakan.
Pembunuhan haiwan kesayangan sebagai bahan makanan adalah menjijikkan kerana ia boleh menyebabkan penyebaran penyakit dan penyembelihan haiwan tersebut dilakukan secara yang kejam yang mana ia melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2016 dan jumlah penalti adalah RM 25,000 ke RM 100,000.  
Taiwan adalah satu-satunya negara Asia yang mengharamkan pemakanan kucing dan anjing.
Kami yang menanda-tangani petisyen ini amat mengambil berat dan ingin menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinari (DVS) untuk mengambil tindakan and untuk menggubalkan undang-undang yang mengharamkan pemakanan kucing dan anjing!




watermark

Tuesday, November 21, 2017

:: Review KFC Chizza ::




Semalam ternampak post dalam FB yang KFC akan keluar menu baru 21/11/2017, dek kerna KFC ni dekat dengan opis. Ai pun pergi la KFC semata-mata nak merasa enak ke tidak CHIZZA ni.

Well, ai bagi 3.5/5 star.


Dari segi rasa daging ayam - BIASA & tak berapa lembut
Topping & gravy : sama macam hawaiian pizza (ada nenas segala)
Cheese topping : Hmmm....so-so maybe sebab terlampau lama masak or api agak kuat.

Siapa suka makan pizza tapi jenis suka ratah topping, menu ni memang sesuai untuk korang.

Set A : Chizza+fries+soft drink RM11.90++
Set B : Chizza+fries+ayam seketul+soft drink RM15.90++
Ala cart : Chizza RM7.90++




Begitulah review ai kali ni..yang pasti ai tetap suka CHEWWY CHEESE..sedappppppppppppppppppppppppppppppppp!!!!!







Monday, November 20, 2017

:: Review - Justice League ::


Akhirnya berkesempatan jugak nonton Justice League ni. Padahal plannya hari Khamis lepas.




Ai macam biasa bawak anak-anak ai pergi tengok sekali, memang akan bawak Mimi sebab dia akan cakap paling jujur sekali, lagipun dia memang dah kenal hampir semua character DC.

So, jom ai mulakan.

Permulaan cerita oklah sebab boleh  buat si Bidadari diam kat seat dia, maksudnya starting cerita dapat buat dia duduk diam dan fokus pada screen sampai dia tersebut "terkejut cha.." masa part Batman letopkan 'jembalang'.

Movie ni berkenaan Batman mencari TEAM untuk defeat orang jahat, sebab dia sendiri tak boleh nak kalahkan orang jahat tu sendiri. Dia berjaya buat Wonder Woman join team dia. Dalam hati Batman dia macam salahkan diri dia sebab Superman mati sebab dia. Dia cuba yakinkan Aquaman, tapi Aquaman macam menolak sebenarnya. Part dia merisik The Flash tak berapa nak susah sebab 'budak-budak' macam The Flash memang jenis excited memanjang.




Kemudian, seperti biasa cerita-cerita DC agak slow sikit...intro kan dulu alkesah mana,sebab musabbab dia "mother box", "stephhenwolf", puak amazon, puak atlantis, cyborg,  intro the flash sikit..bla bla bla.





Yang tak buat cerita jadi boring pada pengamatan ai adalah sisi LAWAK "The Flash". Tak de action yang extreme.





Part Superman hidup balik semula pun tak menerujakan ai. Hahahahaha.




Jadinya apa yang boleh ai cakap cerita ni wajar jugak dibagi pujian. Sebab bila tanya Mimi best ke idok..katanya "BEST!" tapi nada dia tak seseronok masa dia tengok THOR RAGNAROK.

So, sesiapa nak pegi tengok bolehlah berbuat demikian - berbaloi jugak bayar ticket.

Overall ai bagi 7/10 stars!


watermark

Thursday, November 16, 2017

:: Happy Meal Hello Kitty - USA version ::



sembang-sembang dengan sorang kenalan dekat US ..dia terkejut bila bagitahu kat Malaysia hanya keluar 4 dari 8 toys kat US. Tapi derang keluar lewat berbanding Malaysia, collection ni baru je keluar 7/11/2017 haritu..tapi serius best!





watermark

Monday, November 13, 2017

:: Senarai/Finalis Anugerah Juara Lagu ke-32 ::



Daripada 30 senarai lagu yang bertanding, hanya 12 lagu finalis lagu sahaja yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32). 


Berikut adalah senarai 12 Finalis lagu AJL 32.

1. Faizal Tahir – Sejati
2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi
3. Hael Husaini – Jampi
4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet – Amboi
6. Syamel – Lebih Sempurna
7. Hazama – Aku Yang Sebenar
8. Salma – Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita – Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta
11. Khai Bahar – Bayang
12. Ara Johari – Warkah Untukku

watermark

Top Post