Thursday, September 27, 2018

:: Review Filem - Paskal ::




Filem Paskal ternyata tak mengecewakan. Bermula dari babak pertama walaupun effek pada ai nampak biasa dan macam commom filem berkaitan intelligence/spy/hacking dan segala yg berkaitan tapi jalan cerita serius tak mengecewakan. Mungkin disebabkan oleh inspirasi true event.

Kalau korang nak tengok aksi comando dalam latihan sebelum mereka 'grad' boleh cari video pasal komando malaysia dalam history chanel memang akan ada la beberapa aksi or situasi yg lebih kurang sama.

So....cerita Paskal ni akan membuatkan korang berdebar-debar, sakit hati, marah-marah atau menangis (macam brader sebelah ai).
Setiap pembawaan watak memang kena sebab penghayatan pelakon...not bad.

Disebabkan lama tak tengok cerita bergenre macam Paskal ni memang antara filem wajib tonton.
Arman seorang anggota paskal yg sangat loyal pada sumpah setianya. Lepas grad dalam komando yg mana dia jadi pelajar terbaik dia dilantik untuk jadi askar UN (PBB) along side bff dia Joshua dan rival dia Jeb. Malang betul dah la buat kerja tak bawak senjata. Kerja tempat berisiko last² sebab nak selamatkan orang awam diri sendiri terkena...Joshua pulak jadi korban. Jeb yg jenis cepat marah ni pulak p bunuh orang jahat.

Akhirnya tak lama lepas tu Arman rancang nak quit Paskal sebab dok tengok mak dia sedih je pasal dia. Tapi....masa ni la dia tahu yg si Jeb ni dah join orang jahat kat Sabah nun sampai dia dan family Joshua kena ancam bahaya.
Jeb team up dengan Rudi (ketua lanun) tawan pelantar minyak tempat isteri Joshua kerja. Jeb pulak dah tau semua taktik Paskal membuatkan rescue mission jadi sukar. Pada ai Jeb ni buat ni semua sebab personal issue.

Lastly, memang dia one on one battle dengan Arman. Pastinya hero la menang...dannnnnnnnnnnnnnn  nasib Jeb lepas jatuh dalam laut dibiarkan tergantung macam tu je.
Agak² ada tak Paskal 2?

Watak² sampingan macam Ustat (yg hebat diffuse bom), Gagak (sharp shooter power), Doktor (ulat buku), Yan (pak lawak dan bullet magnet) memang best. Terutama Yan sebab tiap kali dia buat lawak mmg jadi. Pasai apa..? Hangpa p tengok sediri no.

Tapi maafla ai tergelak masa Dato Eizlan muncul jadi Laksamana (was expecting some else). Dan watak Namron ketegasan dia sgt nampak ada tokoh jadi komando.

Berapa rating ai nak bagi?
4.7/5 sebab Jeb tak mati kan? Korang saje buat citer ni tergantung. Selebihnya p tengok sendiri.
Kbai!





watermark

Wednesday, September 19, 2018

:: Rumah Api ::




Belanja gambar dulu sebelum tulis cerita. Gambar tak habis edit lagi...nak cerita pun macam tak syok hehehehe~


watermark

Monday, September 3, 2018

:: Review filem - Munafik 2 ::


Al-kisahnya malas pulak nak menulis dua tiga menjak ni. Tak de mood belaka. Disebabkan ramai dok tak tengok lagi ke? Dah tengok tak seram ke? Leh tido malam ke?
So far, baik Munafik 1 atau Munafik 2 tak berjaya menakutkan ai. Filem-filem ni berjaya buat air mata ai jatuh adalah.




So..let's start.
Sebelum korang terus tengok Munafik 2 ada baiknya korang recap or tengok balik Munafik 1 sebab ada sikit kaitan, takut nanti ada yang lost didalam cerita ni.
Kisahnya masih pasal Ustaz Adam dan perjalanan hidupnya sebagai seorang muslim yang mahu berdakwah tentang Islam.

Munafik 2 berkisar tentang Abuja fab ajaran sesatnya, dia ni jugak adalah seorang yang suka menyihir orang kalau menentang dia. Kalau dia tak sihir dia bunuh terus je.

 Jadi, kisahnya bila Sakinah berusaha untuk ubatkan ayah dia, Imam Malik yang terlantar sakit lepas kena sihir dek Abuja ni. Azhar yang kenalkan Sakinah dengan Ustaz Adam. Maka bermulalah kisah Ustaz Adam mengubat Imam Malik, melarat pulak dia yang sakit, dia kena tentang dengan Abuja and the gang (haih!! Sakit hati betul ngan PA si Abuja tu..). Bak kata bff Ustaz Adam '' kau tau dah berapa ramai yang mati sebab kau Adam????!!!!!"

Dalam filem ni ada beberapa potongan ayat Al-Quran yang memang bagus korang amalkan sebab ai juga amalkan ayat-ayat yang sama. Tak mau la citer banyak-banyak. P la tengok ye.

Di mata ai sebagai seorang mama, seorang isteri dan seorang anak. Agak terkesan sikit dalam jiwa kecik ni haaa...bila watak Sakinah memang buat ai terasa andai sampai waktu Dajjal datang nanti, mampu ke ai orang biasa ni tangkis semua dugaan dari Allah tu? Memang ada la beberapa babak yg buat mata ni berkaca² tahan je air mata.
Seram? Takut? Kat hantu-hantu tu? Memang tak seram pada ai, sorry cerita ni tak seram. Cuma jangan pergi tengok kalau ada masalah latah, lemah semangat, sakit jantung. Mengandung pun tak yah pergi..melampau-lampau sound effect dia.

Watak Abuja & PA Abuja si Omar tu memang ku rasa nak piat-piat je. Hahaha sakit hati dengan apa yang derang buat kat family Sakinah selain dari muka takkabur tu la.

Yang tak berapa nak masuk akal ..derang tak ada phone nak buat laporan. Well..dok jauh dalam hutan sangat kot.

Selebihnya...tak ada apa sangat pun sebab range cerita Munafik ni berkisar tentang jin, sihir dan bukan pasal hantu sangat pun. Pengarah, penulis skrip nak buat korang berfikir dan nak buat penonton insaf..amik yg baik yg buruk jangan la ikut. So..Munafik 3 nanti lebih kurang filem yang menginsafkan jugak la.

Oklah.
Bintang? 3/5
Sebab berjaya buat ai menangis.


watermark

Top Post