Bersiaran terus dari Melaka International Bowling Center, MITC, Melaka.
Saturday, April 22, 2017
Thursday, April 20, 2017
:: Misteri - Pontianak Muncul Dalam Gambar ::
Gambar ni gambar asal yang ai cover je muka adik ipar ai sikit sebab peribadi.
Lagipun dia sendiri tak percaya bila dia tengok gambar ni.
Soalan pada korang : APA KORANG NAMPAK??
Ceritanya, dia ni memang suka selfie tak kira di mana. Masa ni dia dalam kereta.
Selepas di close up.
APA KORANG NAMPAK?
Mungkin lain orang lain pandagan atau nampaknya tapi apa yang ai nampak adalah 'sesuatu'.
Hehehehehe....
Renung-renungkan..................
Wednesday, April 19, 2017
:: Bahaya Skizofrenia ::
Terkadang terasa jiwa direnggut sampai lesu, tak terdaya berdaya.
Namun...kembalilah pada Yang Maha Esa.
DIA punya jawapannya.
-Syahoney-
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Tanda-tanda premorbid (pra-sakit) pre-skizofrenia antara lain:
1. Tidak mampu mengekspresikan emosi (bersikap acuh tak acuh, jarang tersenyum, dan raut wajah yang tidak gembira)
2. Terjadi penyimpangan komunikasi. Pesakit sukar berbicara secara terarah dan cenderung menyimpang dari perbualan dan sering ulang perkara yang sama.
3. Mengalami gangguan tumpuan (tidak mampu memberi tumpuan, mengekalkan, atau memindahkan atensi)
4. Mengalami gangguan perilaku (bersikap tertutup, pemalu, tidak disiplin, tidak suka bersosial, tidak rasa senang, terganggu tanpa alasan yang jelas)
Friday, April 14, 2017
:: To The Moon & Back ::
The phrase "to the moon and back" basically means more than anything or more than anything else.
Capture by : Syahoney
Thursday, April 13, 2017
:: Review - Fast & Furious 8 ::
Hai semua!
Bertemu kita lagi. Kali ni ai nak buat review filem pulak. Filem apa?
Tentulah FAST & FURIOS 8.
Ai punya prediction masa tengok poster dan tagline. Macam...hurmmmmm "Lari konsep lagi la nih. F&F sepatutnya tentang street race..."
So, kebetulan ai ada kelapangan nak pergi tonton FF8. Dan my last verdict is A+ a.k.a 4 flat!
Tak mengecewakan langsung!
Bermula dari minut pertama i'm glued to my seat!
Jalan cerita tak menghampakan.
Terpaksa jugak cerita sebab cerita dia kali ni best than yang sebelum nih.
Bermula dengan Toretto dihampiri perempuan cantik yang misteri kat Cuba. Dia bagi phone kat Toretto yang mana dia tak leh SAY NO to the assignment. Makanya dia "berpaling tadah" pada "family" dia.
Bermulalah cerita dia "lari" dari kelompok family dia dan buat kerja untuk si Ciper (sebutan dia Sypher) dalam misi rampas "God's Eye" rampas nuklear dari Rusia bla bla bla.
Kenapa dia buat cenggitu? Sebab "family" jugak (rasanya better korang pergi tengok sendiri).
Kat dalam movie ni lah korang akan tengok semua yang JAHAT dalam previous movie akan jadi GOOD GUY. Dah la jadi good guy, jadi good-sweet guy lak tu! Siapa? SHAW family akan bergabung dengan FAST family.
Dan dihujung cerita. Good guy win dan orang jahat iaitu Ciper terlepas.Si Ciper ni memang GILA habis..sangat GILA! Makanya pasti ada FF9.
So....itu je kot yang ai sanggup cerita, kalau cerita semua tak syok lak nanti.
dapatlah roadtax sticker
tumbler cute ni (tapi adik ai yang dapat...kitaorang p tengok lain2 cinema!)
yang ni ai dapat! Hahahaha
Sekian.
Wednesday, April 12, 2017
Tuesday, April 11, 2017
:: WASHOUT - Basuh baju sambil makan! ::
Assalamualaikum & Hi uolls,
Meh ikut ai, kali ni ai nak kenalkan uolls dengan satu tempat baru yang 2-3 menjak ni dok lalu kat timeline ai kat FB nun.
Ai dok cerita kat Incik Pinky ada satu tempat makan baru dekat area rumah tapi tak pernah nampak pulak dari highway Taman Samudera. Nak di jadikan cerita ada satu malam ni kitaorang nak bawak Mimi pegi klinik, lepas dari tu plan nak cuci selimut segala la. Dok fikir kat area Batu Caves a.k.a Giant tu mana ada laundry. Hurm.......dok teringat kedai makan yang dok lalu kat FB tu, still tak dapat nak tangkap kedai dia kat mana. So, Incik Pinky pun cakap la..jom je la kita usha kat lot kedai kat tepi Giant tu.
Sebaik sahaja dia masuk kanan...terus terjerit. "HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..sini rupanya kedai makan laundry tu...!!!"
Incik Pinky blur-blur. Terus cakap kat dia. Ni la dia kedai makan yang ada laundry. Jom try makan sambil cuci-cuci kat sini. Dia pun cakap ON!
Ok..kedainya nama WASHOUT. Senang je nak cari, kalau korang tahu mana GIANT Batu Caves, korang mesti jumpa kedai ni. KEdai ni terletak dalam deretan lot perniagaan yang ada CIC,Bahrulmazi,Domino's yang sebelah Giant tu.
Kami pun masuk, kedai tak ramai orang malam tu senang je nak dapat meja. Dalam hati teringin nak makan yang sedulang penuh macam dalam FB tu tapi ..datangnya 2 adult 2 kids. So, order je COUPLE set yang mana tetap jugak banyak tu.
Sementara tunggu order sampai, p buat apa yang patut kat laundry yang letaknya betul2 kat bahagian belakang kedai. Selesa juga sebab kalau tak nak makan nak berLaundry je memang ada kerusi meja segala.
Bila makan sampai, ai agak seronok tengok presentation yang sedap mata memandang. Rasa pulak? Memang tak menghampakan! Yang ai tahu Bidadari sangat suka coleslow dia sebab dia makan sampai habis tak berhenti!
Chicken grill, lamb chop = SUPERB!
Steak = boleh la tapi agak liat
Blackpepper sauce = Marvellous!
Bun = gebu gebest!
Air Milo = Hoi!! Air milo korang memang kaw likat pekat sampai ai terpaksa order tambah lagi!
Kebersihan = tip top!
Layanan = Mesra senyuman sepanjang masa
Harga = kena gaya
Sepanjang pemerhatian ai, ai tahu pemilik kedai adalah orang yang 'berseni'. Mural lukis sendiri, conteng sana-sini. Ai suka!.
Meja kerusi fully dari kayu most of it dan mungkin kayu-kayu terbuang, meja sekolah yang dah tak pakai, pintu bilik pintu rumah yang di buat meja. (heheheheh ai suka konsep ni)
Yang penting ai akan repeat lagi datang bawak tentera ai sebab nak makan monster dulang tu punya pasal!
See you again WASHOUT!
I'll be back! Muahahahahahaha
Boleh la korang follow IG,FB WASHOUT ni ye~
Monday, April 10, 2017
:: Goo.N diaper - Comel dan tahan lasak! ::
Goo.N Baby diaper adalah satu nama yang meningkat naik di dalam pasaran Malaysia.
Ia mula menambat hati kebanyakkan ibu bapa dan menjadi pilihan untuk anak-anak mereka.
Dengan harga yang berpatutan serta kualiti ditahap maksima, Goo.N memastikan tahap keselesaan anak anda di paras yang optima.
Ai sendiri dah cuba diaper pants Goo.N ni. Secara jujurnya saya suka akan coraknya yang mana bila ai buka sahaja bungkusan anak ai teruk menjerit suka "mama....!! Doraemon! Wahhhhhhh" - means that 1st impression, diaper ni dah memenagi hati anak-anak tu sendiri.
Bukan dia yang pakai pun tapi dia yang xcited lebih sebab ada gambar Doraeamon.
Goo.N diaper+wet tissue and super cute tissue box
Sebagai seorang traveller yang agak tegar dan setiap kali travel memang ai akan bawak anak-anak. Sudah tentu ai nak sesuatu yang mudahkan ai dan jimatkan masa ai waktu menyalin diaper anak. Sebab uolls tahu la kadang-kadang tukar diaper anak ni macam berperang dan ada sesetengah tandas awam yang 'kurang' mesra.
Ai berpeluang bawa diaper Goo.N ni pada short vacation ai ke Melaka hujung minggu baru ni. Yang bestnya. Ia sangat mudah dibawa dan..memang senang nak dikendali sebab tak payah nak suruh anak baring untuk pakaikan diaper ni dan..dia pun tak lari macam selalu sebab dia cakap dia nak pakai diaper cantik. Dalam kereta pun leh tukar diaper dengan mudah bila tiba masanya. Ni nak cerita sikit, Masa tu kat kedai makan, kids...you will never know bila diaorang nak "membuang" what so ever. Bawak dia p tandas, settle apa yang patut..sarung. Siap!
Ok, now...kita beralih pada cerita lepas dah pakai diaper ni. Anak ai adalah seorang yang sangat kuat minum air. Kalau boleh timbang sekali pemakaian dalam 2 jam tak tahu nak kira berapa kilo beratnya. Yes..sekerap itu kadang-kadang ai kena tukar diaper dia.
Ai test diaper Goo.N waktu malam, nyatanya ia tak menghampakan dari segi ketahanan. Cuma, bila ia terlampau berat, ia senang terlucut atau pinggang anak ai yang kurang besar - itu ai tak pasti.
Baby wipes juga sangat bagus. Mana taknya bukan anak je boleh pakai, mak pun boleh guna untuk remove makeup. Heheheehe.
Overall, ai dah start jatuh cinta ngan Goo.N ni. Sebab mudahkan travel ai bawak anak yang masih berDiaper. Dan juga kerana menjadi tahan lasak dalam pemakaiannya. Tapi....boleh tak nak request buat corak Hello Kitty pulak?
Final verdict : 4.7/5
Thank you Goo.N
Monday, April 3, 2017
:: TRAVELOKA - Senang je nak melancong ::
Hai semua!
Korang
kalau melancong style macamana? Terjah je ke? Atur satu per satu jadual
melancong korang?
Kalau macam
ai, ai ai akan buat research terlebih dahulu dah kemudian pilih cara perjalanan
yang paling sesuai serta tempat tinggal yang selesa – maklumla dah tak bujang
lagi.
Tak kira la
dengan menggunakan jalan darat, udara atau air. Mimi, anak ai yang nombor 1 tu
dari umur 4 bulan dah ikut mama pergi travel!
Pasal
penginapan atau tiket flight? Jangan risau, bila kita BIJAK memilih dan membuat
keputusan dan pilihan, kita 'MENANG'!
Eh, korang
tahu tak sekarang ni ada satu app/site yang boleh bagi korang pilihan dengan
harga yang BERBALOI...baloi baloi baloi!!
Pernah
dengar tak?
Kalau korang tak de PC nak layari website TRAVELOKA nih.
Jangan susah hati, dunia di hujung jari....install je apps TRAVELOKA!
Apps
TRAVELOKA ni sangat mesra pengguna selain dari interfacenya yang ceria.
Senang
cerita tak susah la nak guna. Macam ai, pengguna android.
Pergi PLAYSTORE dan
taip : Traveloka .
Haa.....apps/site
ni memang serius bagi tawaran harga rendah.
Serius ai cakap, memang senang sangatlah perjalanan korang kalau korang install app TRAVELOKA ni kat phone korang.
Dari tiket flight, hotel ke taxi driver sekalipun semua korang boleh arrange kat sini!
Yang
BESTnya , di mana sahaja dalam dunia ni korang berada TRAVELOKA ni boleh
membantu perjalanan percutian korang! Boleh la bercuti dengan hati yang tenang
bila semuanya boleh diuruskan dihujung jari! Masakan tidak sebab pilihan hotel
sangat banyak. Pilihan penerbangan domestic dan antarabangsa ada, jimat masa
korang tak payah nak keluar masuk lain-lain app/website.
Ok,
sekarang jom kita intai sikit apa yang ada dalam Taverloka ni dan jom follow ai
kita explore Traveloka app ni!
Lepas
korang dah install app TRAVELOKA ni, sila LAUNCH app :
Ia akan
minta korang untuk log atau register menggunakan nombor telefon atau email atau
google account atau account Facebook! Nak senang? KLIK je Facebook
(hehehehehe).
Lepas dah
register, korang akan nampak page ni yang mana korang leh edit maklumat tentang
diri korang. Dekat page ini jugak ada menu seperti pusat bantuan a.k.a HELP, serta maklumat promosi yang sedang berlangsung
pun ada kat page ni!
Klik pada
"Tempahan Saya" untuk tengok apa yang korang dah pernah tempah. Tak
kira la flight ticket or hotel.
Kalau
account baru klik pada DAFTAR/Register.
Nampak tak
menu "Penerbangan" dan "Hotel" tu?
Haaa...kat
situ la korang kena tekan kalau korang nak buat sebarang tempahan flight atau
hotel.
Senang je
kan? KLIK KLIK KLIK….Travel!
So far ai
sangat suka dengan interface Traveloka nih.
Jom...kita
cari hotel yang berkenan dihati. Klik pada “Hotel” ikut la kalau nak hotel
antarabangsa klik pada hotel antarabangsa.
Terkejut sekejap tengok harga yang agak murah
dekat sini.
Ada antara tempat yang ai pernah stay harga murah
dari sebelum nih. Lepas ni kalau nak tempeh hotel boleh la melalui Traveloka
nih. Yang penting Traveloka ni menawarkan harga diskaun kalau time promosi.
Dan....kalau korang klik pada PRMOSI korang boleh
nampak beberapa "SALE" yang dijalankan oleh pihak TRAVELOKA! Cuba
tengok kat bawah nih...harga diskaun sampai RM35! Siapa nak bagi?
So jangan la korang tangguh-tangguh lagi. Install
TRAVELOKA kat phone korang sekarang tau.
Bukan setakat nak cari HOTEL, dekat TRAVELOKA ni korang boleh cari tiket kapal terbang murah pun!
Sama jugak kalau korang nak
tempah flight ticket melalui Traveloka ni, pilih pada penerbangan dan masukkan
destinasi serta tarikh pilihan korang. Traveloka ni akan filter seluruh
syarikat penerbangan yang ada dan berikan senarai penerbangan bermula dari
harga yang paling rendah!
P palang s
: Ai baru je check hotel kat Cameron Highlands. Terkedu kejap tengok harga
hotel yang ai selalu stay kalau pergi sana murah dari selalu dekat RM50 tu
murahnya!
Ni yang mula nak shopping flight tiket dengan
hotel nih.
Tak sabar
dah nak pergi bercuti!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...