Wednesday, February 8, 2017

:: Gino tewas di Bukit Putus ::

Kejadian pagi tadi...seorang kenalan dalam dunia permotoran.
Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu....


Tuesday, February 7, 2017

:: Gigi Susu Tertanggal - Apa Harus Buat? ::



Kata orang "Malang TIDAK Berbau" - memang benar!
Baru-baru ni Bidadari tersembam jatuh dari kerusi fav dia. Cik adik premature yang sorang ni memang lasaknya..YA RABBI! pantang kita kalih pandangan, tau-tau dah panjat meja..tau-tau dah ada atas kabinet kadang-kadang panjat grill tingkap.

Ohhhh yes dia memang suka memanjat.
Malam Khamis lepas waktu ai tengah prep dengan Mimi, memang ai nampak Bidadari duduk elok molek sopan atas kerusi kegemaran dia. Tiab-tiba WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ai dengar Bidadari meraung, ai toleh la tengok dah tersembam ke lantai. Ingatkan tak de apa-apa setakat terjatuh je. Masa ai angkat.. gigil kejap bila tengok darah meleleh-leleh keluar dari mulut dia.

Pecah bibir ni - dalam hati ai.
Sangkaan ai SALAH! Bibir condition TIP TOP!
Ai dap dap darah tu ai tengok GIGI bawah Bidadari yang sebatang tu dah SENGET!!!!!
Mampoih!!!!
Macamana nak buat nih..fikir...fikir!!!
Nak tolak tak berapa berani. Tak tolak gigi senget dah..hurmmmmmmm. Yang penting berentikan darah dulu.
Tak sampai 5 minit darah berenti. Ai tengok gusi Bidadari koyak. Gigi memang confirm lari kedudukan.

Ai whatsapp 2 kawan dentist ai. Sorang cakap bawak p hospital (sebab dia doktor goverment). Sorang lagi cakap jangan buat apa dengan gigi tu pastikan darah berhenti and Bidadari tak muntah esok bawak p klinik or hospital untuk clarification. Tapi ai ni geram nak tolak jugak gigi tu p kedudukan asal. Kata yang Dentist gov tu tolak pelan-pelan. Ai cuba tolak tapi darah keluar. So stop! Mungkin cara ai salah.

Dah la Bidadari ni kuat makan. Kesian kat dia..... T_T




So keesokkan harinya ai pun EL la...bawak p Klinik Sharifah Aminah, bukan tak nak pegi HKL tu tapi mesti agak lambat sebab kata Aiman (MA bahagian Emergency) kena ada surat refer dulu baru leh p dental paed. Ai tak nak lewat-lewat. Pasti ada solution.

Masa kat Sharifah Aminah, nak masuk jumpa dentist leh pulak dak kecik tu tidur. Pepaham la bila baru tertidur 10 minit lepas tu kena kejut jumpa doktor.. kerjasama adalah OUT!

Akan tetapi doktor manage untuk tengok condition gigi & gusi. Katanya gigi ada goyang sikit dia bagi option untuk biarkan or cabut. Ai cakap BIARKAN! Gigi baru tumbuh kesian pulak nak kena cabut dah la gigi baru 4 batang.

Kata doktor lagi, untuk gigi tu kembali ke kedudukan asal adalah sangat tipis. Dan ai mungkin takkan tercabut kalau Bidadari tak main-main gigi tu (tolak-tolak dengan lidah). Setakat ni dah 5 hari tengoknya macam ok je, cuma GIGI tu masih senget (mama is sedih even tu adalah gigi susu).




Kata doktor lagi, kalau nak betulkan gigi tu ke kedudukan asal memang boleh. Ianya patut dilakukan sewal 30minit selepas kejadian. Caranya adalah pegang gigi (dengan kapas) tu dan tolak masuk ke landasan asal sampai darah berhenti. Logiknya supaya landansan tu masih fresh dan tak ada sel termati or darah beku la kat situ & masih ada ruang untuk gigi tu duduk balik tempat dia. Akan tetapi mama agak cuak ketika itu sebab tak de proper trainning. Dan rasanya (menurut kawan dentist yg gov tu) gigi tu pun boleh elok balik tapi kena ikat dengan besi/wayar kat gigi lain (ala-ala braces). Untuk buat pada anak berusia 1 tahun??? Jeng3 la jawapnya....lepas pasang bila dah elok nak bukak lak balik wayar tu? Alamat PERANG la nak oiii.

Kalau kata gigi susu pulak yang tertanggal, gigi tu kena letak dalam FRESH MILK dan sila terus ke emergency untuk treatment segera - InsyaAllah gigi tu leh masuk gusi dengan elok semula. Mungkin kena letak besi/wayar untuk ikat dia pada gigi lain sekejap la.

Tak tau nak kata apa ni tiap kali ternampak gigi tu senget mama rasa nyesal pulak malam tu tak kasi Bidadari bf awal sikit dari selalu. Mama is still sedeh!

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



watermark


Friday, February 3, 2017

:: Seram - Bau Harum Waktu Malam ::


Dah lama tak menulis secara agak panjang. Busy & MALAS!
Kali ni disebabkan lama tak bercerita tentang beberapa perkara, ai nak cerita pasal kejadian yang jadi dalam lebih kurang 2 minggu lepas.

Tempat : Rumah
Pelapor : Deq Wan & Adeq (adik no 4 & 5)

Kisahnya bila satu malam Deq Wan tidur kat ruang tamu rumah sebab "takut" nak tidur dalam bilik (bilik beliau ni eerie sikit secara bermusim). So deq wan pun tidur la kat ruang tamu malam tu sampai ke tengah malam sikit tiba-tiba dia rasa angin datang menyapa ala-ala angin tepi pantai. Bukak mata nampak langsir pintu dapur melambai-lambai dek ditiup angin. Dia pun biarkan aje la. Tutup mata balik semula.
Nak dijadikan cerita.......tak semena-mena bau harum menusuk dalam hidung. Nak kata bau perfume Adeq yang suka balik tengah-tengah malam - BUKAN.

Dia bukak mata sekali lagi, mata melilau tengok sekeliling - tak ada siapa/apa. Dan sekali lagi time tu jugaklah angin pantai tadi datang balik semula...terus dia tarik selimut tidur.


Malam berikutnya.
Adeq - mamat ni memang suka balik rumah lambat. Kadang-kadang tak balik rumah sebab dok melepak dengan member-member kat showroom kereta tak jauh dari rumah. Malam rabu (malam kejadian) dia balik dekat-dekat pukul 3 pagi. Lepas waktu hujan. Macam biasa semua orang dah tidur termasuk Deq Wan yang tidur kat ruang tamu lagi malam tu.

Sampai pintu rumah, bukak grill, bukak lock, bagi Salam - masuk. Adeq terberhenti bila nampak ada sosok tubuh tengah duduk ditengah-tengah ruang tamu. buat tak tau kejap sebab nak kunci pintu. Bila dia toleh balik semula. DAH TAK DE. PELIK. Dia pun buat tak tahu pergi masuk bilik salin baju, singgah bilik air. Disebabkan naluri nak tahu sangat. Dia sekali lagi pegi check ruang tengah tadi. Tak de sesiapa! Waktu jalan balik bilik, bau harum tu pulak ikut dia. Eh~

Jadi siapa punya angkara kali ni bawak balik 'sesuatu' dalam rumah? Budak-budak ni bila nasihat tak nak dengar. PFfffttttt!

Somewhere last week Deq Wan datang bisik "akak tau tak...benda tu ada lagi la dalam rumah kita ni"
Ai pandang dia "mana ko tau?"
Selamba dia jawap "Semalam adik kena lagi..."

Ai #mengeluh




watermark

Top Post