Monday, February 29, 2016

:: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah MeleTop Era 2016 ::

DRAMA MELETOP
M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP
Johan

HOS MELETOP
Dato AC Mizal

PELAKON MELETOP
Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP
Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP
Siapa Diriku – Ayda Jebat

PENYANYI MELETOP
Ayda Jebat

GRUP/ DUO MELETOP
Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP
Johan

PROGRAM RADIO MELETOP
JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP
Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP

Zizan Razak

FESYEN MELETOP

Dato’ AC Mizal

ARTIS BARU MELETOP
Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP
Dato’ Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP
Johan dan Ozlyn

Top Top MeleTOP (Lelaki)
Johan

Top Top MeleTOP (Wanita)
Ayda Jebat


watermark

Friday, February 26, 2016

:: Resepi Roti Arab Syahoney ::



1 cawan tepung Atta (tepung gandum pun boleh)
½ susu segar
1 sudu kecil mauripan
½ cawan air panas
Minyak
secubit garam

Caranya:

1. Panaskan minyak  guna api sederhana. Minyak harus banyak sebab nanti doh kena kasi tenggelam waktu goreng.

2. Tepung atta digaul dengan garam sehingga rata.

3. Masukkan air sikit-sikit dalam tepung dan uli sehingga adunan licin dan tidak melekat pada tangan ataupun bekas.

4. Kemudian terus buat doh kecil-kecil dan gelek nipis jangan nipis sangat pulak sedang2 aje ye.

5. Panaskan minyak tapi jangan sampai berasap- minyak kena banyak supaya doh kita leh di "mandikan". Ingat api sederhana je.

6. Ingat ye...adunan harus di masak satu per satu, tak lama pun kejap je sebab adunan tadi nipis. Ok now, masukkan sekeping doh bila dah kembang terbalik2kan dah curah2 minyak ke atasnya supaya ia leh kembang kembung lazat ye/.

7. Angkat/tos bila doh dah kembang berwarna coklat keemasan BUKAN hangus. Hehehehehe

8. Roti arab ni sedap di makan dengan kari ikan tenggiri tau..tapi ikut uolls la suka cicah ngan apa.



watermark

Thursday, February 25, 2016

:: Memori Camping Port Dickson ::


Godek-godek file gambar lama terjumpa koleksi gambar masa p camping kat PD ngan adik-adik ai tahun 2009..punya la lama...




ingat lagi malam tu beriya buat BBQ padahal yang peginya 4 orang je. Siap leh bagi kat jiran-jiran seKAMPING lagi malam tu sebab terlampau over budget masak. Hahahaha



Last skali malam tu hujan ribut. Perghhhh first time rasa camping dalam ribut tepi laut sebab nya ribut dalam hutan dan biasa. Lain wooooo dia punya angin sampai terbang khemah! Hahahahahaha


Genap la gambar nih Feb 2009-Feb 2016

#zamanbujang



watermark

Tuesday, February 23, 2016

:: Breastpump Review ::


Sedikit review dari ai sepanjang pengalaman menyusukan anak dari tahun 2012-2016 (on going)


 Let's go!!


Avent Manual Breastpump :




Ini adalah breastpump pertama yang ai guna. Trimas kepada mereka yang memberi hadiah untuk ai...suka sangat manual BP Avent ni..selesa. Akan tetapi kekurangannya pada ai adalah bila mengepam ia kadang-kadang 'tiris'. Dah cuba guna dan tak guna breast shield pun sama juga.

Ai pakai BP ni sekitar tahun 2012 sahaja sebabnya opis ai ada 'makhluk' yang tak faham konsep ibu terpaksa memerah dan menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ai berjaya susukan Mimi sampai 2 tahun 7 bulan.



Pureen Manual Breastpump 1

Haaaaa.....menarik ceritanya cenggane ai boleh terpakai BP yang ini. Remember KISAH INI ? Disebabkan kelahiran yang tak dijangka dan ai pun tak prepare apa. Semasa dalam NICU ai terpaksa MARMET aje pada mulanya bukan susah marmet tu, senang memang senang tapi penat tengkuk nih sebab dok tunduk aje. Last skali sepupu Incik Pinky pinjamkan pump nih. Malangnya ai rasa pump ni kurang membantu selain dari ai rasa macam tak confident bila guna pump nih. So ai guna 2 kali nampak macam tak berjaya lastly marmet la.



Pureen Manual Breastpump 2

BP Pureen yang ke dua ai cuba sewaktu dalam NICU/Pantang. Kisahnya ai kan tak leh keluar ke mana-mana dok terperuk dalam hospital time tu makanya bila Incik Pinky datang melawat ai kat spital, ai suruh la Incik Pinky carikan BP Pureen dan dia beli la BP ni harganya lebih kurang RM60 tak salah. Review ai? RUGI! sebabnya?? Baru pakai 2 kali dah patah pemegangnya. Sungguh tak tahan kualiti plastik BP Pureen yang nih! Sementara menunggu BP lain..MARMET la kembali.



Pureen Manual Breastpump 3

BP Pureen manual (nampak tak betapa ai suka BP manual? Sama macam ai suka bawak kereta manual la..hahaha). Bukan apa manual ni senang di bawa ke mana-mana.
So..Ini BP ai seterusnya selepas BP yang di atas ROSAK!
BP ni seorang kawan hadiahkan kat ai sebab dia risau ai duduk dalam hospital lama sangat. Gigih di kirimkan BP ni kat rumah member ai kat Penang nun. BP ni ok selesa tanpa breast shieldnya (ai tak suka pakai shield tu...). Saiznya agak tembam berbanding BP yang lain sebab storage bottle nya bam-bam ye. Akan tetapi masalah yang sama macam ai alami dengan BP avent ai berlaku. Tapi tak pe la asalkan ada hasil walaupun tak berapa nak meriah. Alhamdulillah. Sekiranya korang pasal BP n masa mencuci adalah di nasihatkan berlemah lembut takut ada part yang patah sebab ada bahagian yang plastinya kurus kering halus melidi. Hehehehe




Auntumz Marvel Electric Breast Pump

Breastpump yang sangat berjasa pada ai. Sekembalinya ai ke muka bumi opis, ai pun mencari la BP yang ai rasa sesuai nak bawak lepas ai rasa macam letih pulak pakai manual (faktor usia nih..hehehe). Lastly ternampak ada seseorang nak jual BP ni. Ai pun belilah. Well, BP yang bagus selain dari bunyi yang agak kuat berbanding BP snow bear atau auntumz bliss atau malish mahupun lacte.
Tapi serius sepanjang ai pakai BP ni tak pernah terbazir setitik pun kat luar/tiris. Corongnya selesa ngam-ngam aje. Suction paling kuat pun still best. Ada massage function. 
Sekali lagi malang atau ai ni terlampau ganas. Jodoh ai ngan marvel ni tak lama bila mana motornya terbakar hangit uolls! T_T so sad. Maka kembali la ai marmet dan juga manual pump.
PESANAN! Bila mencuci part auntumz marvel ni mahupun auntumz ultimate (sebab sama) sila DISASSEMBLE semua part even yang kecik2 sebab kekotoran paling hebat menyorok dan melekat kat bahagian cap hos angin tu...serius macam servis filter aircond tau kalau korang termiss cuci nanti.


p palang s : ai tengah mencari main unit marvel sekiranya ada sesapa nak let go murah2..sebab suka la pump ni kecik n ringan n good suction cuma hingaq je...heheheh kalau ada yg nak letgo email ai ek s0undl4cks@gmail.com




Spectra 3

Hasil pinjaman seorang sahabat baik ai Puan GG. Walaupun agak berat tapi ku carry jua demi cita-cita mengepam/menoreh untuk anak tercinta. Suction agak menyakitkan. Tapi oklah. So far sejak dah 2 minggu ai pakai ni ai rasa ai kena beli "filter angin" a.k.a backflow filter sebabnya ai nampak ada titis air/wap air dalam tube takut termasuk dalam motor...mampoih!!! Dari segi mencuci tak susah langsung sebab tak ada part tersembunyi macam auntumz marvel.




Walaupun susu ai dikelahiran kali ni tak berapa meriah seperti dulu-dulu tapi tetap cukup bagi bidadari minum...so itu sahaja buat masa ni sebab belum ada plan nak tambah BP even hari-hari dok usha harga terbaik. 
Nanti kalau ai menambah BP ai update post ni ok.
Bai!!!




watermark

Monday, February 22, 2016

:: 6 Tahun Sudah berlalu ::


Diam tak diam dah 6 tahun berlalu sejak pertemuan pertama kami di 


Bila ai menebus janji - belanja ais krim starwberry di Puncak Cameron Highlands.



Selamat ulang tahun perkenalan/perjumpaan wahai Incik Pinky..Hehehehehehe


watermark

Friday, February 19, 2016

:: Infaq Kilat untuk Aisha di Tokyo ::

Seriously i really know how it feels when we have to go through an emergency labor far far far away from family and where you came from....

jom la kita bantu tak banyak sikit pun tak pe.
Semoga Mak dan anak sihat hendaknya.....





p palang s : teringat kisah melahirkan Bidadari KLIK SINI
watermark

:: Dadih Hello Kitty ::



Bila dah tak de kije sangat....saja buat suka-suka..hehehe






watermark

Thursday, February 18, 2016

:: Bunga Raya Pink ::




Ni pokok bunga raya dekat rumah....asalnya memang sentiasa berbunga putih tapi tetiba ada pulak keluar yang warna PINK....satu pokok 2 warna bunga...SUKA!!




watermark

Friday, February 12, 2016

:: InfoGrafik - Cara Betul Menggunakan Baby Carrier/Baby Wrap::

Ai pun baru mula belajar ber 'baby wearing' sebab ai rasa ia adalah cara paling senang dan tak susah seperti membawa stroller.

Serius senang! Sebab tak perlu nak berangkut, melipat segala...pakai, belit-belit, masukkan anak...SIAP!

so hari ni ai nak SHARE tips and TICKS untuk baby wearing...jom la mommies!











sneak peak sikit bila ai berBABY Wearing...hehehe



tido hokey sebab selesa sangat!




watermark

Thursday, February 11, 2016

Wednesday, February 10, 2016

:: D'GARDEN COFFEE & YOGURT ::

Assalamualaikum & Hai,
Sebenarnya dan berbulan nak tulis review ni tapi tak tertulis-tulis sebab banyak pulak hal lain tetiba.

Kali ni ai nak review D'GARDEN COFFEE & YOGURT. Cawangan asal dibuka di Taman Tasik Taiping dan sebuah cawangan lagi ada di Nilai.

Pelbagai menu sebenarnya terdapat di D'GARDEN COFFEE & YOGURT dari iced coffee dan iced yogurt sehinggalah ke wonder cheese!





My personal fav from DGCY adalah Mocha Chocolate.

Kebetulan baru-baru ni rezeki memihak kepada ai yang mana DGCY telah melancarkan perisa baharu dan ai terpilih untuk memberi nama rasmi kepada produk terbaru mereka iaitu La'zzinda Yogurt. Warna warni yang meyummehkan...hehehehe [Tak sangka nak menang weyh!]






Pendapat peribadi saya DGCY ni ada kelebihannya dari segi lokasi dan juga waktu perniagaan yang kadang kala di buka sehingga lewat malam.

Facebook :
Instagram : https://www.instagram.com/dgardencoffee/
Waktu Perniagaan : Selasa-Ahad (1130am-10pm)

"We brew with love, we serve with smile... "


watermark

Friday, February 5, 2016

Thursday, February 4, 2016

Top Post