Tuesday, March 12, 2019

:: Review : Royal Hill Satun, Pak Bara ::

Pak Bara ni adalah salah satu tempat di selatan Thai. Dan ia adalah hub untuk lompat ke Koh Lipe. Jarang sekali ai tengok orang datang Pak Bara duduk setempat 3-4 hari. Tapi ai suka stay kat Pak Bara sebab tenang!

So hari ni ai nak cerita sikit tentang hotel kegemaran ai. Setiap kali datang Pak Bara MESTI stay dekat sini.

HOTEL ROYAL HILL SATUN.






Taraf : 4 bintang
Harga : Bermula RM180-255 (ikut low season/high season)
Kemudahan : Kolam renang, kareoke, gym, hotel transportation
Kelebihan : Mesra muslim, ada bilik pemandangan laut, bilik luas, pekerja yang semunya mesra pelanggan
Kekurangan : tak berapa sesuai untuk orang tua yg sakit lutut, hotel memang ada lif tapi kalau sebenarnya kena b uat sikit aktiviti mendaki tangga kalau nak ke bilik especially kalau bilik high floor.

Ai suka stay dekat RHS ni sebab ia memang menepati ciri2 hotel kegemaran ai di samping harga yg affordable dengan service yang teramatlah baik.





Hotel bersih, pemandangan cantik. Tak pernahlah kalau mintak apa2 tak diendah. Yang penting anak-anak ai yang suka mandi swimming pool tu dapat mandi swimming pool.





Tempatnya juga sangat dekat dengan Taman Negara Mu Ko Phetra (entry Mu Kho Petra KLIK SINI), dekat dengan Five Colors Beach. Jalan kaki je kat bawah hotel.



(bumbung yang korang nampak tu pintu masuk Mu Kho Petra)


(lepak-lepak kat 5 colors beach)

Pak Bara view point & pasar malam pun tak jauh dari hotel.



Yang bercahaya tu la kawasan view point/pasar malam. Memang boleh nampak dari bilik hotel je.



Sarapan pagi memang disediakan sekali dengan pakej bilik. Makanan memang banyak pilihan. Boleh duduk dari pagi sampai waktu habis makan.
Bilik pulak memang lengkap dengan arah kiblat.











Kalau ikut saiz bilik yang besar tu selain dari kami 4 beranak yg muat katil king. Rasanya tolak tambah boleh muat lagi 4 katil single! Cuma kalau nak tambah katil dalam RM50 satu katil lipat tu.










Maka begitulah ceritanya. hahahhahaa..selamat beristirehat!





watermark

Thursday, March 7, 2019

:: Review Filem - Captain Marvel ::

Assalamualaikum & Hi semua.

Ceritanya kali ni cerita tentang filem paling lastest dan yang  boleh kata dinanti-nantikan jugak la - Captain Marvel.




Kalau korang pengikut setia Stan Lee punya movie memang korang akan kena tengok citer ni sebabnya kalau tak nanti akan lost kronologi ke arah Avengers END GAME.

Watak-watak penting dalam Captain Marvel adalah.

1. Captain Marvel
2. Nick Fury
3. Goose (kucing Captain Marvel)
4. Yon Rogg
5. Ronan (walaupun tak selalu muncul tapi dia penting dalam kronologi Avengers)



SPOILER ALERT!

Cerita ni sangat clear cut & mudah difahami. Tak perlu kaji dalam-dalam pun siapa Captain Marvel tu (Pada siapa yang tak tahu siapa CM la).

Jalan cerita sangat mudah difahami. Cuma kalau sesiapa yang kipas susah mati Black Widow dia akan kata..Black Widow hebat lagi! HAHAHAHAHAHA

Filem ni menceritakan macamana Captain Marvel leh jadi Captain Marvel (ada seakan-akan Star Lord. Kena kidnap ngan alien..lalalalala lepas tu tau-tau jadi super hero).

Special effects biasa-biasa.
Soundtrack mirip Guardian of Galaxy

Dari sini jugak la korang akan tengok dari mana mulanya SHIELD. Dari mana datangnya nama AVENGERS dan macamana Nick Fury matanya boleh CACAT sebelah (mesti korang gelak besar).


Mula dari kaum KREE (kononnya inilah kaum CM) yang konon nak selamatkan keadaan dari kaum Skrulls. Tapi lain yang jadi. So, lepas tau hal sebenar Captain Marvel ni nak memperbetulkan keadaan la. Dari situ la dia kenal ngan Nick Fury.Masa ni CM baru tahu dia manusia biasa je yang kena culik ngan alien dan di wipe off kan memorinya.






Lastly keadaan dapat diselamatkan dari orang jahat yang sebenar termasuklah si Ronan yang nak hancurkan bumi (tapi tak dapat sebab dia lari bila CM selamatkan bumi).

Lepas selamatkan bumi, CM pun cakap dia tak nak la duduk bumi. Dia bagi Nick Fury pager. dia cakap "FOR EMERGENCY ONLY".

Lepas dari tu korang pun tau apa jadi, kalau korang ingat lagi apa jadi kat INFINITY WAR la.

PERINGATAN : ada 2 post credit. Selagi tak habis credit jangan keluar panggung.

Nak tahu tak apa jadi kat credit yang first? Sebab detik ni terlampau penting ni untuk END GAME. Cerita sikit la ek. Ceritanya adalah semua....SEMUA ahli Avengers TAK TAHU/TAK KENAL siapa Captain Marvel.Selebihnya tengok la sendiri.

Dari lima bintang? ai bagi 3.9!
hahahhaha kejam tak?






watermark

Thursday, February 28, 2019

:: World Rare Disease Day 2019 ::


28 February.
Adalah tarikh khas untuk sambutan "Rare Disease Day"
Lebih kurang 7000 rare disease ada kat atas muka bumi ni.

Dan ai salah sorang yang mempunyai rare disease/disorder iaitu NEUROFIBROMATOSIS.
Cure : masih belum ada
Ia adalah satu kondisi genetik. ATAU mutasi ke atas kromoson semasa dalam kamdungan.




Rare Disease Day takes place on the last day of February each year. The main objective of Rare Disease Day is to raise awareness amongst the general public and decision-makers about rare diseases and their impact on patients' lives.

The campaign targets primarily the general public and also seeks to raise awareness amongst policy makers, public authorities, industry representatives, researchers, health professionals and anyone who has a genuine interest in rare diseases.

Why?
Building awareness of rare diseases is so important because 1 in 20 people will live with a rare disease at some poinRare Disease Dayt in their life. Despite this, there is no cure for the majority of rare diseases and many go undiagnosed. Rare Disease Day improves knowledge amongst the general public of rare diseases while encouraging researchers and decision makers to address the needs of those living with rare diseases.




Show My "RARE"
Ini adalah sedikit gambaran apa yang sedang berlaku pada ai.
Yang butir-butir kecil yang korang nampak tu di panggil NEUROFIBROMA, nampak macam daging lebih atau kutil sebenarnya TIDAK. Ia boleh membesar dan bertambah/bercambah.

TIADA RAWATAN hanyalah kaedah laser yang mana ia akan menyebabkan ianya bertambah lebih banyak dan cepat.

Disorder ini juga akan menyebabkan tumbuh benjolan-benjolan keras yang juga akan membesar. Kata doktor selagi ia tidak sakit atau menghalang pergerakan derang tak boleh berbuat apa-apa kerana ia berkenaan dengan SARAF.

Ya, data tentang NEUROFIBROMATOSIS juga sangat kurang di Malaysia kerana masih ramai TIDAK BERANI tampil kehadapan kerana menganggap ini adalah penyakit MISTERI atau penyakit yang boleh berjangkit.

Ketahuilah ini adalah PENYAKIT GENETIK a.k.a penyakit KETURUNAN dalam bahasa mudahnya. Ia juga boleh berlaku secara spontan semasa bayi dalam kandungan akibat MUTASI keatas Kromosom.

Yes, I'm a MUTANT.



Di Malaysia kalau korang  nak tahu pasal RARE DISEASE ni boleh KLIK SINI untuk info dan cerita.

Antara RARE disease/ Penyakit Jarang Jumpa yang lain :

- Autisme
- Talesimia
-Haemophilia
- Cerebral Palsy


watermark

Wednesday, February 27, 2019

Top Post