Tuesday, June 17, 2014

:: Percutian Budget - Memandu Ke Krabi Part 2 ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom kita sambung tentang cerita percutian saya yang lepas ke Krabi. Part 1

Cara : Memandu kereta KL-Krabi.

29/05/2014

Kami bertolak dari KL-Taiping. Singgah di Taiping untuk bermalam kerana kami akan bertolak awal pagi Jumaat.

30/05/2014

0800 : Bertolak dari Taiping ke R&R Gurun. 1 check point untuk peserta konvoi yang di lead oleh Encik Ayie

 kereta leader

1000 : Sampai di R&R Gurun. Berhenti makan & bersembang.

Okay part yang ini PENTING!
Di R&R Gurun terdapat sebuah stesen minyak CALTEX. Di sini terdapat sebuah kaunter khas untuk pendaftaran insurance kereta Thailand dan pendaftaran white card untuk masuk ke Thailand.

Apa yang anda perlukan ialah :
Passport/Border Pass (untuk orang Kedah & Perlis & Perak - border pass laku sampai songkhla je ye..seterusnya still kena pakai passport) & Geran kereta (sebaiknya yang asal).
Berapa RM yang anda perlukan? : RM2 untuk white card + RM15 untuk insurance kereta.


passport yang telah mempunyai white card serta insurance kereta

Faham setakat ini? Ok..good.
Selepas proses ini semua selesai. Teruskan pemanduan kami ke Bukit Kayu Hitam (kami masuk ikut sana). Apa yang anda seeloknya buat sebelum masuk border?

Tukar duit last minute macam saya sebab takut duit tak cukup untuk isi minyak. Dan Isi minyak FULL TANK (RM60 for Kelisa) kat Bukit Kayu Hitam sebab minyak kat Thailand MAHAL.



saya tukar duit last minute di Naluri Aman 
 duit minyak sahaja



Mula-mula sila lepasi imegresen Malaysia. Kat sini tak susah. Bagi passport je.



Seterusnya urusan di Border. Yang ini harus dilakukan dengan pantas dan tangkas ye. Kalau kita ke border pasa musim cuti sekolah/hujung minggu. Keadaan memangla amat pack dan pegawai2nya amat garang waktu ini. Hehehehehe

Apa yang perlu anda buat di sana?

1. Parking kereta anda di tempat parking khas.
2. Kesemua penumpang mesti turun dari kenderaan masing-masing. Tiada alasan 'baby tido'. Kalau tidak urusan tak selesai sampai kesudah tak dapat masuk Thailand.
3. Berjalan ke kaunter "Passport and Border Pass Control". Tak jauh pun jalan dalam 1-2 minit.
4. Sampai sahaja di kaunter "Passport and Border Pass Control". Sila sediakan PASSPORT+White Card anda dan INGAT! Selitkan RM1 di setiap passport yang ada. Ini untuk tujuan 'beli hati' pegawai di kaunter.
5. Sampai turn anda senyum je walaupun depan tak senyum kat anda. Bagi passport anda. Lepas tu pegawai akan suruh anda tengok satu alat di atas meja kaunter. Itu merupakan camera ye...rupanya macam alat scan cap jari kat Malaysia. Jangan letak jari pulak. Itu camera!
6. Lepas selesai urusan passport/border pass. Tuan punya kereta sila beri perhatian penuh.




Untuk TUAN PUNYA KENDERAAN.

Anda dikehendaki pergi ke kaunter berikutnya untuk urusan pelepasan kenderaan anda.
Apa yang diperlukan ketika ini?

1. Geran kereta (kalau boleh yang original. Bukan apa ada seseparuh geran fotokopi tidak jelas ini akan menimbulkan masalah kemudiannya)
2. RM5 (sangat penting ye untuk urusan dikauter - membeli hati juga)

Sila handover geran dan duit RM5 kepada pegawai bertugas. Beliau akan verify maklumat. Kemudian selepas selesai pergi kekaunter sebelah je untuk terima 'sijil' layak masuk Thailand.



INGAT! Jangan hilangkan or misplace any of these documents. Kerana bila kita keluar dari Thailand nanti derang nak tengok dokumen ini.

Settle je semua sila kembali ke kenderaan anda. Ingat semoleknya. Lalulah di laluan yang betul. Tunjuk muka kat pegawai kaunter. Senyum.

dan.........................selamat datang ke DANNOK!!!!!










Ok...rasanya itu sahaja part yang PALING penting dalam pengembaraan berkereta untuk masuk ke Thailand.

Di entry seterusnya saya akan bercerita lebih tentang perjalanan saya pula. Stay TUNE!!!












Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

4 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post