Monday, May 13, 2019

:: Review Filem - Detective Pikachu ::

Assalamualaikum/Hi semua,
Okay rasanya lama tak review movie even dah tengok Avengers End Game 4 kali pun tak menulis sebab tak sampai hati.

So, hari ni ai nak cerita sikit pasal detective Pikachu.
Ai memang suka tengok pokemon-pokemon ni and even ai masih stick to Pokemon Go game tu..masih lagi aktif!

So, bila movie ni keluar ai dengan segera ajak anak-anak ai teman p tengok.
Ceritanya menarik dan sangat direct to the point aje tak susah sangat la nak guess apa yang berlaku dalam misteri Detective Pika nih.

Ceritanya adalah bertempat di satu region yang mana Pokemon ni benar2 wujud dan hidup aman dengan manusia. Setiap orang mesti ada teman Pokemon sendiri. Maka satu hari ni seorang detektif yang famous mati dalam satu kemalangan yang mana hanya Pokemon dia je yg selamat. Tapi tak logik la sepatutnya kalau tuan mati seharusnya pokemon partner dia mati jugak.

Haaa..ni antara misteri yang perlu dirungkai oleh anak mantan detektif tu. Yang buat cerita ni jadi best bila Pikachu (partner detektif yang mati) berkenalan dengan anak detektif tu. Boleh pulak dia faham ayat-ayat pikachu (pika-pika-pika).

Derang pun lastly terjebaklah dalam pengembaraan merungkai misteri kenapa bapak dia mati. Dah kebetulan terjumpa dengan Mewtwo yang power giler tu! Masa ni la jumpa professor yang create teknologi baru untuk manusia dan pokemon.

Selebihnya better korang pergi tengok yang best ai paling suka part Mr Mime menganjing Pikachu dengan anak detektif tu. Hahahahaha~ Mr Mime! (antara my fav pokemon..ai tak minat sangat pikachu)

So....dari 5 bintang?
Ai bagi 3.8. Ada elemen kelakar, sedih yang buat Mimi menangis. Tapi epik battle? Hmmm.....tak de.
Kalau dia buat sepanjang pengembaraan ada battle...perghhhhhhhhhhhhh mesti best!





watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post