Wednesday, December 5, 2018

:: Asas Bahasa Thai - Nombor ::


Assalamualaikum/Hi,

Kali ni ai nak tulis perkara yang berbeza sikit.
Dah dapat beberapa ilmu ni nak la ajar korang sikit-sikit Bahasa Thai. 
Memandangkan ramai orang Malaysia suka pergi Thai...jom ai mulakan dengan belajar nombor.


satu = neng 
dua = song 
tiga = saam 
empat = si
lima = ha 
enam = houk 
tujuh = chet
lapan = ped 
sembilan = kaw 
sepuluh = sip


Bila sampai nombor sebelas (11) kita akan cakap ini :

Sebelas = sip et

**bukan sip neng ye!

nombor 12 ke 19 mudah ..korang just gabung "sip" dengan nombor "sa" yang lain.

dua belas = sip song
tiga belas = sip saam
empat belas = sip si
lima belas = sip ha
enam belas = sip houk
tujuh belas = sip chet
lapan belas = sip ped
sembilan belas = sip kaw

Haaaaa.... dua puluh (20) pulak..apa dia?
apa???? Song sip?!

Bukan.....logiknya macam nak sebut song (2) sip (puluh). tapi TIDAK!

Jawapan:

dua puluh = yee sip

dan selepas itu.

dua puluh satu = yee sip et
dua puluh dua = yee sip song
dua puluh tiga = yee sip sam
dua puluh empat = yee sip si
dua puluh lima = yee sip ha
dua puluh enam = yee sip houk
dua puluh tujuh = yee sip chet
dua puluh lapan = yee sip ped
dua puluh sembilan = yee sip kaw

so far amacam?? OK tak?

tiga puluh = sam sip

lepas tu sambung je..

tiga puluh satu = sam sip et
tiga puluh dua = sam sip song

tak susah kan?

empat puluh = si sip
lima puluh = ha sip
enam puluh = houk sip
tujuh puluh = chet sip
lapan puluh = ped sip
sembilan puluh = kaw sip

dan seterusnya gabungan dia sama dengan yang sebelum nih.

sembilan puluh sembilan = kaw sip kaw


Haaaaa.....

seratus = neng roi

ROI itu RATUS

dua ratus = song roi
tiga ratus = sam roi

dan seterusnya la.

Contoh kalau nak sebut :
lima ratus lima puluh lima = ha roi ha sip ha

Comel dan senang..tak gitu?

Korang ada nak pakai or nak sebut nombor ribu-ribu tak?

gini sebutnya

1000 = neng pan
9999 = kaw pan kaw roi kaw sip kaw


konsep dia macam ribu,ratus,puluh,sa
kat sekolah ada belajar dulu  kan?
Macam tu la lebih kurang...

orang kata nak cakap bahasa lain ni kita kena sentiasa cakap..berlatih baru mahir.

So.....ai wish you all chohk dii ka!




watermark

2 comments:

Azhafizah MN said...

baca entry ni tak pasal-pasal boleh belajar mengira dalam thai.^__^

Hunny Kitty said...

itulah tujuannya Cik Azhafizah hehehe

Top Post