Monday, September 3, 2018

:: Review filem - Munafik 2 ::


Al-kisahnya malas pulak nak menulis dua tiga menjak ni. Tak de mood belaka. Disebabkan ramai dok tak tengok lagi ke? Dah tengok tak seram ke? Leh tido malam ke?
So far, baik Munafik 1 atau Munafik 2 tak berjaya menakutkan ai. Filem-filem ni berjaya buat air mata ai jatuh adalah.




So..let's start.
Sebelum korang terus tengok Munafik 2 ada baiknya korang recap or tengok balik Munafik 1 sebab ada sikit kaitan, takut nanti ada yang lost didalam cerita ni.
Kisahnya masih pasal Ustaz Adam dan perjalanan hidupnya sebagai seorang muslim yang mahu berdakwah tentang Islam.

Munafik 2 berkisar tentang Abuja fab ajaran sesatnya, dia ni jugak adalah seorang yang suka menyihir orang kalau menentang dia. Kalau dia tak sihir dia bunuh terus je.

 Jadi, kisahnya bila Sakinah berusaha untuk ubatkan ayah dia, Imam Malik yang terlantar sakit lepas kena sihir dek Abuja ni. Azhar yang kenalkan Sakinah dengan Ustaz Adam. Maka bermulalah kisah Ustaz Adam mengubat Imam Malik, melarat pulak dia yang sakit, dia kena tentang dengan Abuja and the gang (haih!! Sakit hati betul ngan PA si Abuja tu..). Bak kata bff Ustaz Adam '' kau tau dah berapa ramai yang mati sebab kau Adam????!!!!!"

Dalam filem ni ada beberapa potongan ayat Al-Quran yang memang bagus korang amalkan sebab ai juga amalkan ayat-ayat yang sama. Tak mau la citer banyak-banyak. P la tengok ye.

Di mata ai sebagai seorang mama, seorang isteri dan seorang anak. Agak terkesan sikit dalam jiwa kecik ni haaa...bila watak Sakinah memang buat ai terasa andai sampai waktu Dajjal datang nanti, mampu ke ai orang biasa ni tangkis semua dugaan dari Allah tu? Memang ada la beberapa babak yg buat mata ni berkaca² tahan je air mata.
Seram? Takut? Kat hantu-hantu tu? Memang tak seram pada ai, sorry cerita ni tak seram. Cuma jangan pergi tengok kalau ada masalah latah, lemah semangat, sakit jantung. Mengandung pun tak yah pergi..melampau-lampau sound effect dia.

Watak Abuja & PA Abuja si Omar tu memang ku rasa nak piat-piat je. Hahaha sakit hati dengan apa yang derang buat kat family Sakinah selain dari muka takkabur tu la.

Yang tak berapa nak masuk akal ..derang tak ada phone nak buat laporan. Well..dok jauh dalam hutan sangat kot.

Selebihnya...tak ada apa sangat pun sebab range cerita Munafik ni berkisar tentang jin, sihir dan bukan pasal hantu sangat pun. Pengarah, penulis skrip nak buat korang berfikir dan nak buat penonton insaf..amik yg baik yg buruk jangan la ikut. So..Munafik 3 nanti lebih kurang filem yang menginsafkan jugak la.

Oklah.
Bintang? 3/5
Sebab berjaya buat ai menangis.


watermark

No comments:

Top Post