Friday, April 29, 2016

:: 5the year wedding anniversary ::



29 April 2011 (Jumaat) - 29 April 2015 (Jumaat) and counting....


Happy 5th year anniversary to us!








watermark

Thursday, April 28, 2016

:: Bantal Nikah Hello Kitty - Throwback ::

Jom kita #throwback sikit sempena bulan April Cinta ai ini....










Tempah khas dengan Kedai Hadiah Onlineku..



watermark

Wednesday, April 27, 2016

:: Resepi Nutella Cheesecake tanpa bakar::


Bahan-Bahan:

1) Sebekas nutella
2) 1 pack cream cheese
3) Satu kotak whipped cream
4) 1 pack oreo
5) 1/4 butter

Penyediaan :

1) Hancurkan biskut oreo tanpa krim. Kalau tak nak guna oreo boleh pakai biskut marie, cream cracker atau any other digestive biscuit.
2) Cairkan butter. Lepas dah cair campurkan dengan biskut yang dah dihancurkan tadi, nak lagi sedap leh masukkan kacang hancur badam ke gajus ke..yum yum
3) Ketepikan adunan biskut tadi
4) Masukkan nutella bersama cream cheese ke dalam satu bekas dan pukul sampai kembang. Ketepikan.

Nutella


Cream cheese..i suka cream cheese ni, kalau buat cheesekut pun pakai nih


Sila pukul sampai kembang, kalau nak senang..biarkan seketika cream cheese tu kat suhu bilik nnt senang pukul.



5) Pukul whipped cream sampai kembang dan ringan. Ketepikan




Lagi kembang lagi ringan lagi bagus...





Acara Kemuncak :
Sekarang masukkan adunan biskut ke dalam bekas yang anda suka. Selepas biskut, lapiskan pula adunan dengan nutella cream tadi.



Akhir sekali jadikan krim putar sebagai lapisan paling atas. Anda boleh hias dengan serbuk coklat, coklat rice, strawberries atau m&m untuk buat ia lebih menarik.



Opppppppppppppp! Jangan makan dulu! Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Sedap woooo!

Nampak tak? tak yah bakar dan setanding dengan secret recipe choco indulgence tu!
Kalau ada yang tak suka nutella leh ganti dengan spread coklat yang lain macam hersey's. Amount bahan sebenarnya bergantung pada uolls kalau suka tebal n banyak, tambah lagi amount bahan sambil putar/pukul sambil rasa sampai puas hati sebab ai memang campak aje.
















So..sekian buat masa ni! Kbai!





watermark

Tuesday, April 26, 2016

:: Bidadari Kini 7 Bulan ::



Ini Bidadari, sekejap je masa berlalu dah 7 bulan.
Bidadari pun dah start solid food memang seorang yang suka MAKAN! Hehehehe
Bila teringat balik kisah 7 bulan lepas, memang tak sangka nak bersalin dalam keadaan macam tu.
Dekat bilik air dalam rumah cousin pulak tu.
Jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari Kuala Lumpur.
Dalam keadaan Bidadari keluar secara songsang/breech.
Memang nurse tak percaya bila ai sebut breech sebab ai sendiri tak sangka sebab sehari sebelum tu nurse kat KKIA Taiping cakap kepala baby dalam keadaan sepatutnya.

Dan ai sendiri tak pasti apa punca ai terbersalin awal, sebab ai kuat berjalan naik turun tangga hari-hari ke, sebab terlampau stress kerja ke, makan salah ke..Allah je yang tau sebabnya.

Apa-apa pun alhamdulillah, semuanya selamat dan sihat tanpa komplikasi.
Bidadari pun baru 1st time demam hari nih.

Jom la kita THROWBACK dekat sini. Kisah ai bersalin di rumah dalam bilik air secara tiba-tiba.

SINI TAU





P palang S : Kalau uolls pregnant atau isteri pregnant bila masuk 26 weeks je sila la bersiap sedia segala kelengkapan juga ilmu di dada. Kita tak tau what might happen esok or lusa. Mental fizikal kena kuat dan tabah sekiranya ditakdirkan bersalin awal dalam apa cara sekalipun.




watermark

Friday, April 22, 2016

:: Blog di Malaysia Perlu di daftarkan dengan Kerajaan! ::




KUALA LUMPUR — The Malaysian Communications and Multimedia Ministry has sent proposed legal amendments that will force news portals and blogs to register with the government to the Attorney-General’s (AG) Chambers.

However, Communications and Multimedia Minister Salleh Said Keruak said yesterday that his ministry will work to ensure that the amendments do not infringe on the rights of non-political bloggers.

“So we have sent it to the AG to look at the amendments … we are looking at all considerations. But you must remember some blogs are not political, they may be involved in fashion, there are many other blogs,” he said yesterday. “When registering online newspapers, there must be set criteria … We have to see if it will burden the ordinary citizen, because sometimes they have a blog of their own, we have to take it into consideration.”

He said requiring news portals to register with the government was not intended to quell dissent, but part of Putrajaya’s bid to ensure that existing laws are current with the times.

“What we want to educate the public is to please use the Internet to uplift the economy not to increase your social networking. There’s freedom of speech but no freedom to destroy the nation,” he added.

Last week, Malay Mail Online reported Malaysian Deputy Home Minister Nur Jazlan Mohamed as saying Putrajaya has begun preliminary discussions on possibly making news portals and blogs register with the government, as part of the move to regulate online news outlets in the same manner as print media.

Journalists with online news outlets must already register with Putrajaya in order to cover official events, although the organisations themselves are not currently subject to specific rules or regulations beyond those applicable to the general public.

News about the government’s plan for compulsory registration for online publications first emerged when Mr Nur Jazlan said the Home Ministry wanted bloggers to register with the Malaysian Communication and Multimedia Commission in order for authorities to be able to monitor comments and articles which are defamatory in nature.

The proposal would be a further step back from Putrajaya’s original pledge to leave Internet access in Malaysia uncensored, which it made in the 1990s. The guarantee has since been broken and the government sporadically blocks sites deemed unsuitable, such as pornographic sites, or those considered to have violated local laws. THE MALAY MAIL ONLINE


p palang s : Lepas ni tak tau la apa lak kena register

watermark

Wednesday, April 20, 2016

:: Nutella Cheese Cake ::




Share gambar dulu..nanti ai share recipe ai ok!




watermark

Monday, April 18, 2016

:: Review - Mr. Os Chalet, Kuala Kangsar ::


Sebelum kita mula mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mr. Os dan doakan arwah ye.





Plan untuk menginap di Mr. Os Chalet ni tak di plan langsung sebab main terjah aje atas ajakan kakak ipar ai. Makanya kami sekeluarga bergegas la ke Mr. Os Chalet.


Tempat Penginapan : Mr. Os ChaletAlamat : Kuala Kangsar, Perak


Sesampai aje kami sekeluarga di chalet ini, kami dihidangkan dengan pemandangan menghijau kawasan kampung. Dari jalan besar untuk ke sini lebih kurang 200meter.

Parking memang luas. Jangan risau sesuai jugak tempat ni untuk buat family day. Ada kolam renang, ada tempat bersantai/pondok untuk santai dan tempat bbq.


Ni opis chalet Mr. Os, untuk tempahan leh telefon nombor yg ada kat cermin tingkap tu.

Ni la pondok santai yang ai mentioned awal tadi, sebelah ngan swimming pool aje. 

Jalan masuk ke Mr. Os Chalet, start dari tempat korang nampak motor tu dah ada deretan rumah/chalet untuk diinapi/tempah/duduk

Kami sekeluarga menyewa kat blok hijau kuning tu ada 4 pintu di situ. Parking pun luas sangat.




Entrance masuk swimming pool.
Untuk pengetahuan korang setiap pintu/kawasan dalam Mr. Os chalet nih ada nama tersendiri, katanya berdasarkan nama adik beradik Mr. Os katanya.



Bilik kami namanya "Idris" luas juga, ada satu katil queen, satu single dan leh bentang toto lagi kalau nak dok ramai. Kira Selesa la.


Jangan risau....ada TV uolls!



Haaaa....mungkin masalah besar bagi sesetengah orang tapi pada ai masalah kecik je ni tapi agak mengganggu sebab ai ada anak kecik. Semut/bugs sentiasa ada walau dah sapu berkali-kali. Mungkin sebab rumah ini duduk dalam kawasan kampung dan ada dusun dan ada banyak pokok kat kawasan sekeliling.


Ini pemandangan dari atas rumah kami.







Pemandangan dari dalam bilik kami


Ada balkoni, memang best lepak2 sambil tgk orang mandi kat bawah


Kawasan belakang rumah, nampak tak apa maksud ai dari mana datangnya bugs n kengkawan. hehehehehehe


Overall ai berpuas hati la dok kat sini. Bilik ada kipas and aircond. Bilik air ok walaupun tak la besar mana tapi memang ok. Kalau korang sewa banglo yg kami sewa ni bilik leh connect to each other..so senang la tinggal sefamily besar.

Berbaloi dengan harganya serendah RM80.00
Boleh datang lagi in the future. Nyamuk? Tak de..semut ada bawak la 'tools' yg perlu kalau korang nak menginap kat sini sebab semut tu naik pai atas katil. Berhati-hatilah takut masuk telinga.


Maklumat tempahan :

Chalet Manager - En. Sabki

HP : 012 635 0897
        019 457 0897

E-mail : oschalet@gmail.com 


watermark

Thursday, April 14, 2016

:: Batasan Seorang Isteri Dengan Kawan Lelaki ::


Bingkasan ini adalah untuk peringatan bersama. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat, Yes, i'm not perfect and i'm trying my level best to be one. I'm surrounded by people that i  love and yet sometimes i come across sort of things yang ai sendiri takut melihat dan mendengarnya. Semoga Allah mendengar doa-doa ai..semoga kita semua dirahmatiNya 



Inilah Batasan Isteri Berinteraksi dengan Kawan Lelaki yang perlu diperhatikan:

1. Tidak bertabarruj

”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (QS. Al-Ahzab: 33)

Jangan kerana kita ada BFF lelaki, kita jadi lalai dan malah melakukan tabarruj. Sebagai wanita kita tetap perlu menutup aurat, tidak mengenakan pakaian yang ketat, tidak menggunakan pakaian menjolok mata, dan juga tidak berdandan berlebihan.

2. Tidak mendayu-dayukan suara

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.” (Al-Ahzab: 32)

Suara mendayu, mendesah, dan yang boleh menyebabkan "rangsangan" atau berahi bagi orang yang memiliki "penyakit" di hatinya. Maka ketika sedang berbicara, baik bercakap dalam nada yang sepatutnya dan sentiasa beringat dalam lontaran atau intonasi suara. Senang kata la jangan cakap secara menggedik atau manja-manja sedar atau tanpa sedar.

3. Selalu minta izin suami bila nak keluar rumah.

Ramai yang mulai lupa, bahawasanya meminta izin suami untuk keluar rumah atau menjemput masuk tetamu ke dalam rumah adalah penting, meskipun untuk kawan sendiri yang sudah sering berkunjung.

"Tidak halal bagi seorang wanita untuk mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya, tanpa persetujan suaminya." (H.R. Bukhari)

4. Tidak berkhalwat, baik di dunia nyata maupun dunia maya

Haaa..ni sangat bahaya, kadang-kadang ada orang TAK SEDAR kita melakukannya. KAlau boleh hindarkanlah perkara-perkara  yang boleh menjerumuskan kita ke arah khalwat, contohnya : Naik motor berduaan, berchatting dalam whatsapp/wechat dan segala mak nenek jenis interaksi zaman sekarang secara berduaan, dan hal yang menyebabkan timbulnya fitnah.

5. Tidak bercerita mengenai masalah rumah tangga

Bercerita mengenai masalah rumah tangga pada pihak ketiga yang berlainan jantina sama sekali bukan benda yang bagus. Never ever!

watermark

Thursday, April 7, 2016

:: Seram - Sesat!! ::

Oh ya. Kejadian ni masih lagi baru. Waktu kejadian malam awal lagi dalam pukul 2100. Ai teman adik ai cuci kipas bilik dia dekat garaj depan rumah. Mimi pun ada sama main-main kat garaj.

Angin tak de sunyi je malam tu. Tetiba tengah syok-syok adik ai membebel sambil cuci bilah kipasnya, dia terdiam. Pandang ai. Ai pandang dia balik. Senyum. Dia bangun. Terus cakap, "Mimi dah main, jom masuk!"
Mimi lak menjawap, " No!" cepat-cepat dia lari main kat tepi kolam ikan pulak.
Masa tu tetiba rasa bola roma naik. Tah kenapa. Adik ai letak kipas dalam rumah n terus tarik Mimi masuk rumah cepat-cepat. Tutup pintu. Masuk bilik tak cakap sepatah haram pun.

Esoknya, adik ai tetiba tanya.
"Akak, malam tadi akak ada cuba nak bukak pintu bilik ke?"
"Tak de..kenapa?"
"Pukul berapa tak tetibe dengar tombol pintu kena gegar2 macam ada orang nak masuk,"
FYI, pintu ngan katil adik ai sebelah-sebelah je. Hujung katil dia kat pintu. Tapi dia suka tidur kepala membelakangkan pintu tu.

Dia pun bukak la cerita balik. Dia cakap time dia ngah cuci tingkap tu tetiba dia terbau wangi. Tu yang dia cepat-cepat habiskan kerja dia n ajak masuk. Masa dia laung nama mimi tu katanya lepas habis ayat je, dia dengar ada suara mengajuk balik tapi sayup je macam dekat belakang pokok-pokok bunga dekat luar garaj tu.

Terus malam tu rasa nak demam membawak ke esoknya. Pastu dia cakap kat opis dia ada sorang dak lelaki ni jenis hijab mata terbukak. Dia tegur pagi tu tanya kat adik ai. "Tak sihat ke?" "Ada 'benda' sesat kat rumah" katanya.

Terus ai teringat, malam tu ai ada terjaga dalam kul 3 lebih. Ai keluar nak p amik pampers bidadari. Memang rasa seram lak tetiba bila dengar bunyi 'flap ..flap flapp' rama-rama besar terbang dari atas bilik ai n berlegar kat ruang tamu. Besar macam kelawar!

Tapi ai tak fikir apa, ai selesaikan tugas n masuk bilik balik walaupun sebenarnya malam tu ai ngan bidadari tidur2 ayam je.

Benda apa lagi la sesat kat rumah ai tu..hopefully dia dah balik rumah dia.



watermark

Tuesday, April 5, 2016

:: MI Fans Festival ::



Sempena pelancaran Xiaomi Redmi Note 3





ada sale!!! Jom click SINI

watermark

Friday, April 1, 2016

:: Harga Minyak Malaysia April 2016 ::





watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...