Friday, January 29, 2016

:: [KEMASKINI] Laporan Pengubahsuaian Bajet 2016 ::


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, mengikut keadaan ekonomi semasa berikutan kejatuhan harga minyak yang menganggu rancangan bajet diumumkan tiga bulan lalu, tengah hari ini.
Keputusan semakan semula Bajet 2016 itu dibuat berdasarkan unjuran harga minyak mentah yang jatuh mendadak mencecah kira-kira AS$30 setong berbanding AS$48 setong ketika pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015.
Kerajaan memperuntukkan RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan mengurus menyumbang RM215.2 bilion dan baki RM50 bilion dalam perbelanjaan pembangunan.
Ikuti perkembangan terkini pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Berikut adalah intipati tersebut:


12.50 pm: Pembangunan Fasiliti - 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar akan dibina.
12.50 pm: Projek utama MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High Speed Rail diteruskan.
12.48 pm: Kerajaan akan terus melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.
12.47 pm: Kadar hutang negara akan terus berkurang dan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK. Kerajaan juga tidak akan kenakan kawalan modal tambatan ringgit.
12. 45 pm: Semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada AS$ 30-35 setong. Kerajaan komited capai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.
12. 44 pm: PTPTN - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa.
Dan bagi memastikan pelaburan modal insan - Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan.
12.44 pm: Pendidikan - Kerajaan setuju teruskan 4 program tajaan JPA bagi 2016 seperti berikut;
- Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia.
- Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
- Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara.
- Pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberikan biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara.
12.42 pm: Kakitangan Awam - Tidak berhentikan penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak. Kenaikan Gaji Tahunan  kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016.
12.40 pm: BR1M - Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan.
12.40 pm: Sektor Pelancongan - Pelancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
12.30 pm: Najib umumkan 11 penstrukturan dan pengubahsuaian yang dianggarkan menjimatkan sehingga RM9 bilion perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Langkah tersebut adalah;
i. Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 - Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal.
ii. Kerajaan akan beri perlepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,00 sebulan dan kebawah untuk tahun taksiran 2015.
iii. Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan antaranya akan: liberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging. FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang menjual barangan makanan pada harga jualan 5 - 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran.
Untuk membela pesawah - sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih. Program MyBeras turut diperkenalkan.
iv. Berkuatkuasa serta merta, semua penjualan rumah berharga hingga RM300 ribu terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.Sementara, bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah
v. Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.
vi. Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.
vii. Kerajaan perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada dua kategori - tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksana program Pengajian dan Penempatan Semula PATI- beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
viii. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasionalisasikan pemberian geran.
ix. Perbelanjaan pembangunan akan memfokuskan kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
x. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.
xii. Pihak GLC disaran laksana inisiatif bagi mengurankan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dipantau oleh EPU.
12.24 pm:  Bagi 2016, ekonomi global dijangka lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan dan perdagangan dunia juga dijangka menyusut.
Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's, Standard dan Poor's dan Fitch terus yakin asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara.
12.22 pm: Harga minyak turun hingga Bajet 2015 perlu diubahsuai. Hasil negara daripada sumber berasakan minyak jatuh hampir RM14 bilion.
Kesemua langkah yg diambil berjaya mengurangkan kesan akibat daripada kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan ekonomi global
12.20 pm: Pada 2015, Malaysia diuji dengan pelbagai cabaran diluar kawalan negara. Harga minyak jatuh daripada  AS$100 kepada AS$48 setong.
Malah, kemiskinan tegar hampir disifarkan, 1.8 juta peluang pekerjaan berjaya diwujudkan serta memperkenalkan inisiatif dan program rakyat 1Malaysia.
12.15 pm: Negara menghadapi kegawatan ekonomi pada 2008-2009 akibat subprime kiris di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak dunia hingga mencecah  AS$130 setong, kata Najib.
12.10 pm: Najib berkata, langkah pengumuman Bajet 2016 adalah rumusan setelah mengambil kira pendapat dan pandangan menyeluruh melalui sesi perundingan dengan pelbagai pihak.
Pada 1997-98, negara telah mengalami kegawatan ekonomi hinggakan pertumbuhan KDNK direkodkan pada -7.4 peratus.
12.00 pm: Datuk Seri Najib memulakan ucapan bagi membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Menurut Najib, semakan bajet 2016 adalah mengambil kira dua aspek penting iaitu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan kedua; untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
11.50 am: Beberapa menteri Kabinet tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghadiri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016. Bernama melaporkan, antara yang telah tiba di PICC adalah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan); dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).


watermark

Thursday, January 28, 2016

:: Hello Kitty Run Malaysia! ::

Wahhhhhhhhhhhhhhh bestnya ada acara nih..siap leh dapat medal lagi.Mesti comel medalnya.....nak join tapi tu la ada anak kecik payah la pulak...huhuhuhuhu






Nak tau lebih lanjut pasal program ni....leh KLIK SINI

watermark

Wednesday, January 27, 2016

:: Wali Donut RM0.10 ::


Brader Muhammad Waliuddin Chia Chen (Wali) ni masih lagi muda. Umurnya dalam 24 tahun. Nama beliau tetiba menjadi viral bila menjual DONUT yang berharga RM0.10 ye dalam bahasa ejaannya SEPULUH SEN!



Kenapa beliau jual begitu murah sekali? Sebabnya beliau lebih prihatin terhadap kesusahan orang mendapatkan/membeli makanan, meletakkan harga yang tinggi untuk makanan adalah kurang wajar.

Kenapa donut? Sebabnya beliau suka DONUT!

Dimana tempat jualannya?
Carilah beliau sekitar atau berdekatan dengan Flat Taman Maluri, Cheras.

Semoga murah rezeki Wali ye....

p palang s : Aiolls yang jual sandwic sardin/telur+salad berkepak2 RM1.50 ni pun orang kata "jual tak nak untong ke?" - ai kata...ai nak bagi orang makan...biarlah~

watermark

Tuesday, January 26, 2016

:: Mengelak Kelahiran Pramatang ::

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :

·                     Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
·                     Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
·                     Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:

·                     Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
·                     Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
·                     Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Dan sebenarnya semuapun dalam ketetapan Allah..kita ni hanya merancang. Yang penting jaga kesihatan mental dan fizikal dan jaga diri. Serta bersedia lebih awal kerana bila kita mengandung apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Jadi to all mommies and mommies to be out there....TAKE CARE! =) xoxo


watermark

Monday, January 25, 2016

:: Bayi Pramatang - Penjagaan Khas ::


Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.

Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

·                     Mengawal suhu badan
o                  Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian/warmer
·                     Memeriksa tahap gula dalam badan
o                  Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
·                     Pembekalan Nutrisi
o                  Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
·                     Mengelakkan dari jangkitan
o                  Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi. Ini sangat penting sebabnya anda atau sesapa yang ingin menyentuhnya perlu berada dalam keadaan sentiasa bersih. Ciuman adalah dilarang sama sekali!

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :

·                     Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
·                     Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
·                     Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
·                     Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
·                     Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
·                     Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
·                     Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
·                     Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.


Baru-baru ini ai follow up Bidadari di HKL, ai sempat bertanya pada doctor yang bertugas tentang anak pramatang dan penerbangan. Menurut doctor seeloknya dielakkan sehingga Bidadari lebih dari 6 bulan. Enviroment airport/dalam kapal terbang mungkin tidak sesuai untuk anak seperti Bidadari. Kerana ada risiko terdedah pada mereka-mereka yang tidak sihat.


Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discaj nasihat berkaitan perlu diberikan:

·                     Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
·                     Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
·                     Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
·                     Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:

·                     Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
·                     Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:

·                     Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.

·                     Pendidikan khas

watermark

Friday, January 22, 2016

:: Bayi Pramatang - Tingkah laku & komplikasi ::


Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

·                     Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
·                     Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu. Dalam kes Bidadari ai pula dia mempunyai berat yang kurang sejak dari dalam kandungan menurut doctor KKIA & HKL, bahkan doctor HSJ sendiri rasa macam pelik kerana beratnya tak sekata dengan usianya pada 34minggu 5hari iaitu 1.18kg.
·                     Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
·                     Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.

Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:

·                     Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
·                     Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
·                     Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
·                     Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
·                     Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
·                     Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
·                     Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
·                     Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
·                     Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :

·                     Serebral palsi
·                     Kecacatan otak
·                     Sawan (Epilepsy)
·                     Buta
·                     Pekak
·                     Ketidakupayaan Untuk Belajar
·                     Perkembangan Lambat
·                     Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.


Pada ai bimbang itu perlu dan tetap aka nada pada parents yg mempunyai anak pramatang, tetapi jangan terlalu bimbang, lain anak lain ragamnya dan tak semua bayi pramatang tidak ada harapan untuk hidup.

watermark

Thursday, January 21, 2016

:: Bayi Pramatang ::

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang. Tetapi mengikut pengalaman ai sewaktu berada di HSJ, bayi pramatang ramai juga jumlahnya. 

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Tiada jawapan konkrit untuk menjelaskan kenapa kes ini berlaku. Punca mungkin juga boleh disebabkan oleh pecahan pada lapisan amonion yang terjadi lebih awal (premature rupture of membrane) dan kontraksi otot rahim (uterine contraction), bahagian servik yang tidak kuat (cervical incompetence), Pengidap darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia), placenta praevia, uri terkoyak dari dinding rahim (abruptio placenta) dan menyebabkan pendarahan. Mungkin juga antara sebab di bawah :



·                     Pecah ketuban awal
·                     Pernah melahirkan anak pramatang.
·                     Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
·                     Uterus dan serviks yang luar biasa.
·                     Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
·                     Kurang sokongan sosial.
·                     Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
·                     Jangkitan pada salur kencing.
·                     Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.


Kalau macam dalam kes yang ai sendiri alami, yang mana ai sendiri pun tak pasti sebab musabab utamanya, adakah sebab fibroid yang doctor kata ada pada Rahim ai? Atau sebab ai terlalu letih dan selalu stress? Yang mana ada antara sebab-sebab ini menyebabkan air ketuban ai pecah??


Wednesday, January 20, 2016

:: Trending - Big Cup Coffee ::


Skang ni busy trending Big Cup Coffee yg so called 'hispter' ....



Kalau korang dapat perisa yang macam gambar kat bawah ni untuk coffee hispter korang.....nak yang mana?



bila adik ai tak de kije......katanya BIG CUP flavor terkini!



watermark

Tuesday, January 19, 2016

:: Happy Birthday Najwa! ::




watermark

Monday, January 18, 2016

:: Doa buat Arwah Abang Iwan ::







Al-Fatihah~
Tak sangka keceriaan abang Iwan akhir-akhir ni berakhir dengan tragedi. Apabila beliau meninggal sewaktu dalam perjalanan ke Machang. Beliau dan kawan beliau berangkat ke Machang pada tengah malam Sabtu lepas, tugasnya membawa/towing lori sawit yang rosak. Sampai di pertengahan jalan, towing beliau pula rosak, jadi beliau cuba membaiki sendiri lori beliau sementara kawan beliau tadi menjaga bahagian belakang lori. Malang tidak berbau bila ada satu treler datang dan merempuh mereka semua. Abang Iwan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kaki dan kepala. Kawan abang Iwan pula cedera parah.

Terkejut kami sekeluarga mendengar berita itu pagi Sabtu lepas. Abang Iwan minggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Amin~

watermark

Saturday, January 16, 2016

:: Siapa Rashid? ::





watermark

Friday, January 15, 2016

:: Bilik Hello Kitty Syahoney Vol 1 ::



Orang yang tak kenal ai mungkin tak berapa nak percaya..tapi percayalahlah ai memang sangat minat dengan Hello Kitty, dan memang la belum mampu nak beli semua barang belum mampu nak pegi tempat yang bertemakan Hello Kitty yang super mahal. Tapi....ai tetap mengumpul serta membeli yang mana termampu.


Gambar yang ai akan hidangkan kat uolls kali ni adalah bilik ai BUKAN bilik anak ai...hehehehehe! *wink*wink



//ignore barang2 atas katil tu..masa ni untuk photoshoot//




watermark

Thursday, January 14, 2016

:: Lirik Lagu Janam Janam - Dilwale ::

Ai bukan peminat filem hindi...tapi tetiba hari ni dok terngiang lagu ni lepas dengar kat radio pagi tadi. Ke sebab melodinya sampai ke hati dan ayatnya rasa macam indah je.....hurmmmm


Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aha ha ha...

Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida..

Teri baahon mein hai mere dono jahaan
Tu rahe jidhar meri jannat wahin
Jal rahi agan hai jo ye do tarfa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri aarzu, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi

Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha banke ghulna yunhi
Meri mohabbat ka karna tu haq ye adaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho, tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aa... alvida..
O... na na..



//Maksud Liriknya//

Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran

Sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini

Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu

setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

kaulah pagiku dan kaulah senjaku

Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku

hanya inilah suara yang bergema dari doa- doaku

setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

dalam pelukanmu terletak dua duniaku

di mana kau berada, di sanalah surgaku

api asmara yang membara di kedua sisi

tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini

kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu

kau adalah syairku, aku adalah musikmu

aku hanya menginginkan dirimu seorang

aku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini

kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku

setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

jangan pernah ucapkan selamat tinggal

selamat tinggal




watermark

Monday, January 11, 2016

:: Amran Fans VS Breastfeeding Mommies ::






Ai tak tau nak kata apa....BF memang hak setiap mommies dan ai sendiri BF anak kat public.
Tapi dalam isu ni..mereka yang memaki hamun cakap tak senonoh cakap cerca sana sini lebih teruk dari Amran mahupun Sis yang BF selfie tu....mind your language people.... T_T

dan ai sedar ni bukan isu BF tu sendiri tapi isu berselfie waktu BF dan up dalam internet....tapi tuan punya page pun yang p screenshot tanpa cover muka sis tu dan viralkan kenapa? hadeyh laaaaaaaaaaaaaaaa.....





watermark

Friday, January 8, 2016

:: Dapur Hello Kitty Syahoney Vol 1 ::


Antara yang ada..belum siap sepenuhnya banyak lagi nak tambah tolak....dalam pencarian wallpaper kabinet yang berkenan di hatiku ini.....




watermark

Thursday, January 7, 2016

:: #2Kerja ::





Ni bukan 2 kerja ni banyak kerja!


watermark

:: Kumpul Helmet ::



Minat ai selain dari Hello Kitty
Kalau ada separuh perempuan minat kumpul handbag berjenama sebabnya handbag mahal dan berjenama tu harganya boleh meningkat, sama la dengan helmet..Arai, Shoei, Bell most of them yg limited serta rare bakal meningkat harga...so kumpul dan jual beli lain je la kerjanya...hehehehhe



watermark

Wednesday, January 6, 2016

:: Cara Kangaroo Care Mother (KMC) ::



Kangaroo care atau teknik penjagaan kanggaru ialah satu teknik sentuhan kulit ke kulit di mana bayi akan di letakkan di dada ibu malah ayah juga. Kangaroo care ini sangat popular terutama untuk bayi pramatang di NICU kerana kajian membuktikan kesan yang sangat baik untuk bayi-bayi ini.



Penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles", menyatakan bahawa KC banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara.

1. Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselarsakan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.

2. Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan merapatkan hubungan ibu dan anak.

3. Meningkatkan berat badan - membolehkan bayi tidur dengan lena dan cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Menang sangat terbukti kerana semasa ai KC dengan bidadari berat Bidadari pernah naik lebih dari 400 gram sehari.

Kangaroo Care sangat 'power' dan kesannya sangat hebat dari membiarkan bayi duduk di dalam inkubator sahaja.







[Pakaian dan posisi]

1. Seeloknya bayi dan ibu tidak berpakaian. Tapi bagi la bayi pakai pampers takut terkencing atau terberak pulak nanti. Si Ibu pulak pakailah baju berkancing atau 'tube'

2. Letakkan bayi di dada ibu. Peluklah bayi erat-erat....bukan sahaja menenangkan bayi malah menenangkan ibu sekali. Dengan posisi tegak dekatkan bayi ke kulit ibu (dalam dakapan), bayi mestilah berada dalam dalam “frog position” kepala dan dada bayi terletak di dada ibu



3· Lepas ibu dan bayi dah detach to each other, nak selimut pun boleh lagi 'warm' dan selesa.

Masa ai dalam NICU buat KMC dekat bidadari sekali ai try pakai baju besar dan letak bidadari dalam baju, kemudian ai cuba wrap Bidadari dengan long large pashmina, selepas tu disebabkan tak ada bilik khas untuk KMC ai peluk Bidadari macam biasa je..still resultnya tak menghampakan..berat tetap naik dengan jayanya dan Bidadari tetap tidur lena.....

 sampai sekarang Bidadari memang suka KC nih....

watermark

Tuesday, January 5, 2016

:: Kalender Kuda 2016 ::




Terlewat sikit..tapi leh la korang buat rujukan... hehehe







































watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...