Wednesday, December 30, 2015

Tuesday, December 29, 2015

:: CikCT the Moderno K-Style ::


Disebabkan tak tau sangat dah nak cerita apa sebab otak tepu beberapa ketika ini...so layan entry bergambar je la ek...




This is CikCT ...hub's ride.... L2Moderno 'qu puteh qu puteh muah!'
watermark

Thursday, December 24, 2015

:: Salam Maulidur Rasul ::






watermark

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015
watermark

Friday, December 18, 2015

:: Kulepaskan dirimu dengan Bismillah...::


AMARAN : Entry agak kejiwa-jiwaan


Mungkin ini jalan yang terbaik, terkesan di relung hati. Terpalit di dada waktu. Pergi, tinggalkan aku untuk sesuatu yang baru.

Hari ini pertama kali aku menyebut namamu di dalam doaku. Agar semua baik-baik sahaja. Agar tidak ada hati yang terluka. Agar Allah merahmati kita, persaudaraan yang pernah tercipta.

Untukmu Sahabat,
Ku doakan yang baik-baik sahaja. Maaf andai pernah terlanjur kata terkasar gurauan kita. Ketahuilah dalam relung hati ini kau tak pernah jauh, kau saudara.

InsyaAllah..semua akan baik-baik sahaja - ku tetap pujuk hati.

watermark

Tuesday, December 8, 2015

:: Seram - Hantu Bukit Merah ::

Assalamualaikum & Hi,
Rasanya sejak kebelakangan ni tak berapa nak konsisten update blog. Bukan apa sejak jadi 'mak anak 2' ni punyalah busy. Kan best kalau blog ni boleh auto update dari apa yg terlintas kat kepala otak ni kan?

Kisah yang ai nak cerita ni sememangnya dah dekat 70 hari berlalu. Ye la sesungguhnya tak de masa nak menaip. Ianya berlaku pada hari bidadari dilahirkan, memang bukan ai la yang alaminya sebaliknya my family.

Selepas my family ziarah ai kat HSJ, derang pun amik keputusan nak jalan penang sekejap dan bermalam di Bukit Merah. Ceritanya pun bermula....

Seperti selalu tak kirala cucu yang mana pun ayah ai adalah orang yang akan bertanggung jawap menanam URI. Kali ni kononnya URI bidadari nak disemadikan di tanah peninggalan arwah nenek di Bukit Merah. Malang sekali URI tertinggal dalam kereta dekat sebuah hotel kat bukit merah. *sigh*

Dekat bukit merah tu ada rumah arwah Tok Long, rumah arwah nenek dah tak ada lagi dah. So,alang-alang dah ke sana, the whole family plan untuk ziarah keluarga Tok Long (Tok Long pun dah lama meninggal yang ada anak-anak beliau). Masa sampai tu la ayah ai sedar yang URI tertinggal dalam kereta lagi satu (sebabnya my family naik 2 kereta ke penang, p rumah tok long naik kereta my brother).

Selesai menziarah hari dah hampir tengah malam, so beransur pulang la ke hotel. Dalam perjalanan balik ke hotel, kalau sesiapa yang fimiliar dengan jalan bukit merah ni tau la jalan dalam tu kecik aje lalu tepi tasik yang besar tu. Kereta my bro diikuti oleh sebuah kereta dengan jarak dekat. Kadang-kadang dia cucuk angin, kadang-kadang macam nak potong tapi tak jadi. Lama-lama my bro, panas hati dia terus berhenti tepi jalan nak kasik ruang kat kereta belakang tu. Berhenti je...tup tup kereta tu tak ada (ada ke tak kereta tu sebenarnya?). Tak ada lorong ke kiri atau ke kanan pun kat situ. Masing-masing dah berpandangan sesama sendiri. Tak nak fikir panjang, terus je blah dari situ.

Sampai hotel, ayah ai pegi amik uri dalam kereta bawak masuk hotel simpan dalam peti ais bilik. Malam tu dengarlah bunyi cakar-cakar kat pintu, tingkap. Bunyi orang lalu lalang depan bilik, bunyi mendengus, mengilai. Adik lelaki ai tido dekat ngan tingkap...memang bertuah badan dia nampak 'benda' dok ngintai dalam bilik. Menurut my mom katanya hotel tu pun ada blok yang macam dah tak guna lagi. Takkan la hotel yang gah tu ada blok yg tak utilized? Hurmm........

Esok paginya adik ai tanya kat ayah ai, ayah ai cakap memang benda tu ikut sebabnya masa ayah ai pegi amik uri dia memang dah tunggu dekat kereta. Well.......

Akhirnya uri bidadari disemadi dekat KL, jauh perjalanan URI tu. Apa-apa pun yang penting selamat semuanya.

Bila tanya my brother pasal hal ni dia cakap "tak yah panjang cerita" - ceh! Kedekut cerita dia tu! Mesti dia tau/nampak sesuatu tapi tak nak cakap. Blah la!


Ok..habis! Hehehehehe



watermark

Monday, December 7, 2015

:: Jeans Wanita Terbaru ::


Jeans adalah popular di kalangan semua golongan usia, tak kiralah golongan wanita, lelaki mahupun si kecil. Berilah apa  sekalipun namun seluar jeans tetap akan menjadi pilihan ramai. Mengapa? Jika dilihat kepada sejarahnya, seluar jeans telah mencipta satu jenis revolusi dalam industri pakaian. Perlahan-lahan ianya mengorak langkah menjadi satu jenis seluar yang akhirnya kini menjadi idaman setiap orang. Dan pastinya setiap antara kita sekurang-kurangnya mempunyai sepasang jeans di dalam almari. Ianya seperti 'must have' item.





Jeans boleh dipadankan dengan hampir kebanyakkan pakaian dan aksesori. Fenomena yang dicetuskan oleh jeans diperluaskan dengan kesedaran orang ramai terhadap seluar ini yang menampilkan gaya berpakaian yang cukup moden. Kalau dahulu seluar biasa atau seluar hitam adalah mungkin pilihan yang ada namun ianya pilihan yang cukup terhad dan agak membosankan. Untuk dipakai ke tempat kerja atau hal-hal rasmi mungkin okay. Namun untuk digayakan sewaktu melakukan aktiviti santai pastinya tidak kena. Kemunculan jeans memberikan lebih banyak ruang untuk kita bergaya.






Seluar jeans akan terus unggul dalam industri fesyen kerana sifatnya yang cukup versatile. Padankan dengan hampir apa sahaja pun akan tetap nampak menarik. Bagi mereka yang mahu mendapatkan gaya smart casual, padankan sahaja seluar jeans wanita terbaru anda dengan blouse dan sepasang kasut tumit tinggi untuk gaya yang lebih "chic". 




Namun untuk mereka yang gemar berpenampilan santai namun kemas gayakan seluar jeans anda bersama t-shirt biasa, sunglasses dan sepasang sneakers. 



Dengan gaya sebegini pastinya penampilan anda akan menarik perhatian ramai ketika anda keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu!


 

Jika anda mencari jeans wanita terkini yang sesuai dengan harga yang murah dan berpatutan, apa kata buat pembelian anda secara atas talian (online). Kini terdapat banyak butik fesyen online Malaysia yang menawarkan koleksi seluar jeans wanita online dengan pilihan yang menarik bersama diskaun yang hebat!




watermark

Tuesday, December 1, 2015

:: Mereka mungkin penjenayah ::








Yes..memang serius perkara mcmni skang...bukan apa. Macam last week (ahad 29 november 2015) masa adik i ngah duduk kat buaian kat luar umah ngan bidadari..tetiba ada sebijik keta berhenti kat laman rumah. sorang lelaki datang approach adik i n tanya macam-macam pasal bidadari...lagaknya sgt mencurigakan. bila adik i tak nak layan n i tetiba sergah bertanya kat pintu pagar cepat-cepat dia lari pergi kat kereta yg dalamnya ada berbaki lagi 3 org lelaki dan terus kereta tu pecut laju blah dari laman rumah, bila check num plat kenderaan tu..rupanya bukan plat dia pun plat motor orang kat kelantan nun.....dan rupanya dia pun ada approach jiran depan rumah..katanya pegawai kesihatan sia nak tunjuk barang dalam kotak tapi bila jiran kata nak tengok dia bagi syarat pulak 'kalau mak cik nak tgk barang kena bagi kami masuk rumah dulu' ...ehhhh boleh pulak macam tu...yg menakutkan adalah dia cakap kat adik ai 'nanti saya datang balik tau' .....so berhati-hatilah semua. bukan nak suruh bersangka buruk dengan orang tapi dunia dah tak selamat lagi dah


so mereka yang berada di setapak,gombak serta sentul dan kawasan sekitar..kalau ada 4 orang lelaki muda...memandu Pesona (tak salah mata ai la) berwarna kelabu. Bernumber pendaftaran WCL **** berhati-hatilah. Orangnya yang saya nampak jelas hanya 2 orang pemandu berkulit putih dalam lingkungan 20an berat mungkin 70-80kg. Lelaki yang tegur adik ai tu dalam lingkugan 20an jugak kulit sawo matang kurus orangnya tinggi lebih kurang 175cm.
watermark

Top Post