Thursday, October 29, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 33 ::

Alhamdulillah.... bidadari dah turun cot biasa, warmer pun dah off. Day 33 adalah hari menunggu masa untuk bidadari 'menggemuk'.

doktor lye bgtau siang tadi if berat bidadari naik ke 1.7 kami boleh balik. akan ku tuntut janji doktor lye itu!

khamis adalah hari timbang berat...harapnya boleh la discharge. korang doakan kami dapat balik kl ye......

Tuesday, October 27, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 31 & 32 ::

Syukur alhamdulillah.....akhirnya selepas TIGA kali timbang termasuk sekali reset alat penimbang akhirnya bidadari diturunkan ke cot biasa with warmer.

Doktor tak percaya berat bidadari begitu cepat naik ke 1.64kg dalam satu malam! Tq for the doa, semua.

Skang misi menggemukkan bidadari secepat mungkin bermula......

Monday, October 26, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 28 to 30 ::

Sekejap je masa berlalu. Siang malam sampai tarikh pun dah tak ingat lagi.

Tau-tau je sampai masa Incik Pinky datang melawat kami dua beranak. Bila Incik Pinky datang ai mesti ajak dia keluar, tak tahan duduk dalam ni lama-lama tak tengok dunia luar.

Bidadari....alhamdulillah sihat. No more daily weight, Isnin n Khamis je. Makanya on day 30 at 3 am, nurse timbang Bidadari..dan keputusannya? 1.58kg!!

Wah!!!! sonok bila tau....pagi ni dok tunggu doktor tapi tak sampai-sampai pulak...berdoa agar doktor kembalikan daily weight dan off kan incubator dan pindahkan Bidadari ke dalam cot biasa  dan seterusnya discharge......

tolong doakan ye kawan-kawan.
tq...xoxo

Friday, October 23, 2015

:: 17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan ::

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.



watermark

Thursday, October 22, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 25 to 27 ::

So far berat bidadari dah cecah 1.46kg ... i request for 35ml ebm top up plus HMF with one scoop of carborie.

kena target at least 0.024 weigh gain a day. Mental ni kadang-kadang ok kadang-kadang tak duduk kat hsj ni. Dengan fikir pasal Mimi. Fikir nak balik KL. fikir kat sini makan pun ala kadar...susu pun tak berapa meriah mcm zaman mimi dulu mungkin sebab letih,stress n tak cukup makan.

Mana tak letih every 3 hours kena p feed. pastu nak 'menoreh' lebih kurang sejam dapat pun dalam 60ml je. Ai ni jenis rehat or tido kena lebih dari empat jam. kalau tak mula la dtg migrain dsb.

Kanggaroo care pulak kena buat dalam wad. tak leh bawak bidadari balik bilik dah kena duduk dlm wad 2-3 jam. Jadi jgn marah if ai tido mati akibat keletihan teramat..tak dgr bunyi phone call or tak balas whatsapp. I'm too tired already after 27 days.....

Wednesday, October 21, 2015

:: WW - Mandi Sintok ::

Orang bandar kebanyakkan mesti tak tau apekejadah mandi 'sintok' tu kan?

Sintok pun confirm tak pernah dengar.

Meh ai belanja gambar...yang macam ranting melingkar kat limau tu la sintok.

Ia digunakan oleh bidan kampung untuk buat air mandian untuk ibu dalam pantang.

sekian.

Tuesday, October 20, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 19 to 24 ::

Day 19-24
Dah bosan dok sini menghitung hari. Tapi gagahkan hati. mommies n babies silih berganti.
Lepas mengurut hari tu badan dah rasa ringan dan sedap sikit.
Alhamdulillah....bidadari beratnya menaik walaupun julatnya tak banyak tapi syukur ada peningkatan.
Hari ni doktor Angeline tegur ai..dia ckp dia tengok ai makin susut, dia tanya ai makan tak? ai cakap ai makan je..tapi makan apa yg ada je la. *sedih* dia suh makan banyak lagi...ye la doktor.nanti ai geget-geget tiang katil ni buat ulam. pastu order mcd, pizza, kfc ye. huhuhu.....
Sesi feeding kul 0200 mengundang air mata bila tetiba misi tanya 'akak sejak bersalin tak ada balik kl la ni' ai geleng
'kesian kat akak...saya ada jugak call hkl untuk akak tapi derang pun cakap derang full..kami ada jugak sembang-sembang pasal akak, ye la pantang pun dah mcm nak pantang sangat. kalau akak nak apa-apa nak mintak tolong kami beli cakapla' -.tersenyum kelat.
p palang s: Bidadari tak memberak lagi dari 18 october...skang dah 20 oktober. misi dah asyik tanya ni

Monday, October 19, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 17 & 18 ::

Day 17 - ai rasa macam ada seswatu yg tak kena dengan badan ai, rasa macam ada benda nak terkeluar dari 'situ' tapi 'stuck'. ai call my mum mintak pendapat,nasihat dan cara.
ai bagitau my mum kemungkinan peranakan ai jatuh. mum cakap ye la tu sebabnya rahem tak kecut sepenuhnya dan belum berada di 'tempat yang sepatutnya' sebab tak berurut. Tambah lagi ai banyak berjalan dan berdiri.
My mum suh ai try 'angkat' sendiri peranakan ai. Dia suruh ai baring dalam posisi bersalin dan urut dari ari-ari ke pusat. Ai pun buat...alhamdulillah dah tak ada rasa nak 'terkeluar' tu.
dalam masa yang sama, ai mintak tolong incik pinky carikan ai bidan mengurut. ai kena jugak urut tak nak apa-apa jadi kang ai sakit sapa nak bagi bidadari susu? kan?
syukur sekali lagi...jumpa jugak bidan tapi kat sungai duri.

Day 18- incik pinky bawak ai p mengurut. rasa macam kejutan budaya sekejap bila dapat tengok dunia luar. rindu nak pijak pedal kereta. hahaha
sampai kat rumah bidan yang dikenali sebagai mak Day 17 - ai rasa macam ada seswatu yg tak kena dengan badan ai, rasa macam ada benda nak terkeluar dari 'situ' tapi 'stuck'. ai call my mum mintak pendapat,nasihat dan cara.
ai bagitau my mum kemungkinan peranakan ai jatuh. mum cakap ye la tu sebabnya rahem tak kecut sepenuhnya dan belum berada di 'tempat yang sepatutnya' sebab tak berurut. Tambah lagi ai banyak berjalan dan berdiri.
My mum suh ai try 'angkat' sendiri peranakan ai. Dia suruh ai baring dalam posisi bersalin dan urut dari ari-ari ke pusat. Ai pun buat...alhamdulillah dah tak ada rasa nak 'terkeluar' tu.
dalam masa yang sama, ai mintak tolong incik pinky carikan ai bidan mengurut. ai kena jugak urut tak nak apa-apa jadi kang ai sakit sapa nak bagi bidadari susu? kan?
syukur sekali lagi...jumpa jugak bidan tapi kat sungai duri.
Day 18- incik pinky bawak ai p mengurut. rasa macam kejutan budaya sekejap bila dapat tengok dunia luar. rindu nak pijak pedal kereta. hahaha
sampai kat rumah bidan yang dikenali sebagai mak ngah ai pun mengurut. ai bgtau mak ngah apa yang ai rasa, mak ngah kata ai duduk lama sangat tu antara punca peranak boleh turun. wuhuhuhu....mana nak tau, kadang-kadang sekali sesi bf leh cecah 2 jam plus dan ai penah duduk sampai 7 jam pun! tak boleh nak elak, kadang-kadang bidadari tak nak tido makanya terpaksa ai duduk berteleku kat dalam wad tu.

Saturday, October 17, 2015

:: Syukur Allah Menduga Kita ::

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Duduk dalam Bilik Teratai kat wad 12, HSJ ni kadang-kadang hari ngan tarikh pun dah tak tau. Yang tau sampai masa bagi susu kat anak.
Terima kasih kepada semua yg sudi menjenguk ai walaupun baby masih lagi dalam 'balang', jutaan trimas pada yang tak jemu membantu...Allah je yang dapat balas budi uolls.
Saban hari mommies dalam bilik teratai ni silih berganti. Ai je yang tak keluar-keluar dah hampir sebulan ni. Tapi yang bagusnya since day 1 ai check in, most of mommies kat sini support each other.
Masing-masing ada cerita sendiri. Dan sepatutnya kita bersyukur dengan dugaan yang Allah beri. Ada anak-anak dalam wad 12 ni yang keadaannya tak tertanggung kita melihatnya.
Zana,Ba'e, Dik Not, Kak Aien, Adik Ee n Fadh, Wawa, Scha, Reen, Ajim n Min, Pidah n Baien, Una n Hubby dan semua yang curi-curi masa datang n bantu ai selama ai kat sini trimas sangat.

nota kaki - Cik....tq datang tadi. tapi maaf sgt  tak dapat nak keluar jumpa Cik. Bidadari tak nak duk diam pulak hari ni....huuu~
p palang s: ingat! Allah takkan duga kita kalau kita tak mampu laluinya.

Friday, October 16, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 13 to 16 ::

Day 13-16 - Hari-hari terus berlalu berat bidadari asyik turun naik dari :

1.18>1.19>1.25>1.17>1.19>1.22>1.22>1.22>1.19>1.23

jenuh wooo nak bagi berat bidadari naik. Dah la kuat berak, macmana nak naik rapidly?

Doktor siap suh bagi Appeton Multivitamin Infant Drop untuk increase berat dan selera makan dia.

Hari-hari ini juga menyaksikan stok ebm ai makin merosot. Samada ai stress atau penat punca penyusutan bekalan makanan untuk bidadari. Ai siap mintak Domperidone dari doktor, so far macam tak berkesan...haih!

segala mak nenek horlicks,kopi, frisomum, milo, ai minum..tapi paling banyak setiap kali marmet jatuh dari 40ml ke 20ml  pernah ai dapat 5ml je taw! oh.....sedihnya.

Thursday, October 15, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 6 to 12 ::

Day 6,7,8,9 - Sekejap je masa berlalu, bidadari dah seminggu dilahirkan. Berat sedikit menginjak. Bidadari seorang yg kuat macam mama dia, tabah je duduk dalam incubator. Mama pula emosi bercampur baur. Kalau misi tanya soalan yang agak sensitif seperti 'puan tak blk rumah ke?' ... 'puan blk la rumah, rehat' ... 'minta suami puan bawak perkara ni esok,' ...haaaa..mula hati dilanda hujan ribut. tumpah air mata depan misi.
Day 10 - Hari ni amat bermakna bila doktor bagitau yang ai dah leh peluk cium bidadari dan direct feed dia. oh! gumbiranya. walaupun ni kali kedua sentuh bidadari tapi rasa mcm kali pertama pulak. ye la, lepas bidadari diambil misi masa bersalin, mana ada peluang sentuh dia.
Day 12-  hari ni jugaklah hari hujan lebat...ai tergelincir masa nak hantar ebm disebabkan koridor tak ada lampu dan rupanya lantai dibasahi air ai tak nampak dah la tengah malam. Cepat-cepat malam tu ai urut sendiri apa yang patut, tidur tak beralas bantal. Alhamdulillah...mujur tak ada apa-apa yang serius.
Dan pada hari kedua belas ini tali pusat bidadari luruh waktu ai nak tukarkan pampers dia.

Wednesday, October 14, 2015

:: 1437 Hijrah ::

Salam 1437 Hijrah. Semoga tahun ini membawa lebih keberkatan.

1437.....ai masih di sini.

Tuesday, October 13, 2015

:: Maafkan Mama, Mimi ::

Siang tadi sembang-sembang dgn mak kat phone. Tanya pasal Mimi. Lalu hati tertouching.
''Mimi tido lewat sangat semalam. Mcm tak boleh tido pun ada. Dari tengok tv pai dah tak tau nak tengok apa. Main tab pulak sampai tak tau dah nak tekan apa'' antara ayat mak.
''Mimi pulangkan tab kat mak, dia tanya mama mana? Mak kata mama kat hospital. terus dia tunduk diam mcm tak tau nak kata apa. dia tanya lagi, papa mana? papa p hospital tgk mama...dia diam lagi. terus p baring kat tilam''
terus berderai air mata ai ni.
Mimi...mama mintak maaf.HUWAAAAAAA.....!

Monday, October 12, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 4&5 ::

Day 4- Doktor terpaksa 'puasa'kan bidadari sebab dia muntah 2 kali pada 2 sesi minum susu hari ni. menurut  doktor, mereka perlu xray untuk pastikan tiada sebarang masalah.

btw, doktor baru naikkan sukatan susu dr 1ml ke 2ml. 'puasa' susu tapi doktor tambah 1 beg ekstrak zat makanan, dimana ianya dimasukkan melalui darah.

oklah...yang penting walaupun puasa, bidadari tetap aktif.

sementara tu ai tetap menoreh walaupun susu tak berapa meriah. kat hospital ni tak ada pam susu yang boleh dipinjamkan. makanya terus marmet je la.

Day 5- Bidadari dah boleh minum susu semula .sukatan masih 2ml/sesi.

alhamdulillah...susu pun semakin bertambah. yang tak menokok tambah adalah kekebalan hati. fragile sangat rasanya tanpa incik pinky di sisi.

tadi baru lepas p tengok bidadari. doktor dah remove pulse machine,tapi diganti dgn apneoa respirator monitor. tak sempat jumpa doc hari ni nak tanya derang ada detact AOP kat bidadari ke?

hurm....rindunya kat family kat kl.tak tau la nak taip apa dah. Rasa nak nangis je ni....huuuu

Saturday, October 10, 2015

:: Cuti Umum 2016::

pada yang nak nikah, berkenduri, bercuti leh dah plan dari sekarang

Friday, October 9, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 3 ::

Day 3 - Bidadari baru je 3 hari. doktor pulak keep asking kenapa kecik sgt bidadari ni? yang pastinya ai sendiri tak ada jawapan.

ai try nego-nego dgn doc mintak bidadari dipindahkan ke nicu hkl. malangnya buat masa ni tak ada available bed mahupun incubator.

sedikit down disitu. yang menambah rasa down adalah bila memikirkan diri bakal sendirian di bumi seberang jaya ni.

dah la mula rindu kat mimi. serius tak dapat tahan air mata.....(termasuk time tulis entry ni).

kali ni dikira berpantang sendiri. tak ada air tangan mak..tak ada tungku..tak ada urut...tak ada bengkung. tersentuh taw hati kecik ai ni.

tapi ai korban je la...demi bidadari. janji ai tak minum ais...tak salah makan. moga ada hikmah disebalik semua ni.

gigih ai suh incik pinky dapatkan akar belimbing buluh - ini adalah persediaan andai kata ai tersalah makan.

suruh incik pinky belikan asam keping buat cuci luka. belikan minyak afiat buat sapu badan lepas mandi. Alhamdulillah...semua dapat.
berpantang cara sendiri kat spital.
maka bermulalah juga episod

Thursday, October 8, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 2 ::

Day 2 -
doktor pakar datang buat round waktu pagi dan ai dibenarkan keluar. tapi ai kalau keluar pun ai nak ke mana? bukan ada keluarga rapat berdekatan bukan ada rumah.

hati dah sayu...dah nak runtuh air mata. tanya nurse boleh tak  ai tumpang duduk kat hospital. katanya 'p tanya kat wad 12'.
ai pun p la wad 12 bertanya kalau ada tempat tinggal untuk ai....alhamdulillah ada katil kosong dalam dorm ibu. ai pun n la apa yg patut ke dalam bilik. selesa juga biliknya.

dan untuk pertama kalinya lepas berpisah seketika ai dapat tgk bidadari ai. dalam incubator. keadaannya stabil dan aktif.

geram nak peluk cium tapi tak boleh. yang boleh hanyalah tengok je....sedih tapi redha.

waktu ni bidadari ai masih lg dalam mode 'puasa'. tapi ai dah disuruh buat stok susu.

maka gigihla ai marmet akibat ketiadaan kelengkapan 'menoreh'. alhamdulillah...adalah jugak walaupun tak meriah.

nurse bgtau ai, untuk permulaan bidadari akan diberi 1ml setiap sesi. mujur cukup. so bermula hari ni ai set untuk ada dan mesti ada progress untuk setiap sesi menoreh bukan hanya cukup makan.

minta jasa baik uolls kat luar sana untuk doakan bidadari sihat dan cepat naik berat ye. nak kena achieve at least 1.7kg ni. trimas!

Wednesday, October 7, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 1::

Day 1 - ai n my bidadari dipindahkan dari hospital sungai bakap ke hospital seberang jaya.

sampai sahaja, bidadari terus dibawa ke nicu, ai pula ke labour room.

labour room di HSJ  hanyalah sekadar dipisahkan langsir antara katil. HKL dah ada room. ok sambung balik. ai disuruh baring atas katil. sekali datang doktor lelaki berbangsa cina....dalam hati tak ada doktor perempuan muslim ke???? dengan hati berat serah je la diri patuh ngan arahan doktor walaupun hati tak rela. kesudahannya...bukan setakat check jahitan, kena seluk lagi!

lepas check, katanya ok...ai pun di bawa ke wad 9, wad o&g untuk ibu-ibu. oklah wad tu walaupun agak packed.

bidadari pula tak tau apa cerita sebab tak ada doc bawak berita. yang dtg pun doc o&g interview...terkejut dgr cerita ai. takdir tu...musti mari!!!

day 1 ai dikunjungi seluruh keluarga..semua reunion d HSJ je.

Tuesday, October 6, 2015

:: Bersalin Dalam Bilik Air - Sebuah kisah benar ::

Tajuk bukan gimik drama atau novel, ia adalah sebuah pengalaman SEBENAR penulis.
Mana nak mula ye? Hurm.....

26/09/2015

Cerita bermula asalnya ai n my lil' family balik beraya di Taiping. Sambut raya macam biasa tak ada tanda-tanda nak jadi atau nak terjadi suprise.

My parents pun kebetulan nak beraya kat  utara tahun ni..Cuma derang gerak hari Sabtu dari KL.
Hari Jumaat, lepas solat jumaat ai ngan family mertua ke rumah pak ngah Incik Pinky ada kenduri korban...kat sana tetibe ai nampak pokok ni...tak tau pokok apa. tapi berbuah lebat nampak mcm lazat je. Incik Pinky p petikkan sebab ai paksa dia p amek jugak sbb ai teringin sgt tgk buah tu. oh...sedap mcm epal hijau! Lepas kenduri kami balik Sungai Bakap, Incik Pinky nak tido umah cuzn dia....hati ai berbelah bagi. Ai mcm nak balik Taiping tapi Incik Pinky berkeras jugak nak tido Sg Bakap so ikut je la.


Subuh ai dikejutkan dgn bunyi sayup takbir raya.
Tetibe rasa nak membuang...so p la membuat urusan. Mata dah segar. Dan-dan  lepas tu perut ni rasa mcm sakit-sakit manja. Untuk makluman, ai dah 34 minggu. sekali sekala'mengeras' dalam 10 saat. Tak kerap. Lagipun baru 34weeks, mungkin braxton hicks aje.

Dalam kul 0830 ai terasa nak muntah pulak. P muntah. Mimi ngah syok main kat laman. Incik Pinky ngah pomen keta dia. Ai pulak dok melayan sakit perut manja kat ruang tamu. Lastly ai nak ilangkan fokus ai nak p mandi. Mcm biasa la proses nak mandi.  Buang apa yg patut....tapi kali ni jadi lain. Bila ai bangun, ai dah tak leh berdiri tegak!!!


Ai pun melututla berpaut kat kolah....TUM!!!! hamek... AIR KETUBAN PECAH!
Right away ai nampak kaki kecik pucat terjojol keluar sambil tergedik-gedik bergerak. Mengucap ai dalam hati. Pintu bilik air berkunci, dalam rumah tak ada siapa.

Ai tarik nafas dalam-dalam...ingat segala ilmu yang ada tentang melahirkan. Tarik nafas...tahan....teran. Nampak bontot kecik...tarik nafas..tahan...teran...Allah....terasa bahu tersangkut...tengok bawah...kaki kecik tu  bergerak-gerak pucat kebiruan...tarik nafas dalam-dalam..tahan...teran sekuatnya! pop! bahu keluar....kali ni terasa mcm ada batu bulat 'disitu'. kaki kecik  tu seakan menendang kali ni....ok zikir dalam hati...tarik nafas paling dalam...pesan pada diri 'sekali je....sekali je' ...tahan..teran!!!!!! POP!
maka lahirlah seorang lagi hamba Allah...zuriat ai yang kedua.

cepat-cepat ai angkat n peluk dia...kami sama kesejukan. tapi tak pe anak lagi penting. ai peluk dia erat-erat sgt. nampak dia mcm memcuri nafas. 'eh.nak kena bua cpr ke?' detik hati. Ai tampar-tampar muka dia..cuit dagu dia. Alhamdulillah..menangis.

Tetiba ai dgr ada org datang dapur...ai pun laung 'Zana....zana!! telefon ambulance'
'kenapa hunny?'
'baby dah keluar ni'
'apa????!!!'
'baby dah keluar!'

dan-dan tu dgr zana berlari sambil laung nama incik pinky. leh dengar kekecohan kat luar umah.
kejap je tetiba dgr incik pinky panggil 'hunny!! hunny!!!' nampak kepala dia mengintai dr alang bilik air.
'ya Allah.....apa dah jadi?' haa....antara kelemahan lakiku -kalut+panik
ai pun mengesot ke pintu..mujur selak tak tinggi. tak sempat incik pinky nak pecahkan pintu. incik pinky datang -blur.

ai ckp kat dia ai nak tuala..nak selimut.
lepas tu ai terasa sesuatu terkeluar...alhamdulillah. complete uri keluar,cumanya ai tak ada ilmu nak potong tali pusat.

sementara tunggu ambulance ai dakap je baby...kecik..halus...bersih. maintain cool yg penting.
dalam 20 minit baru ambulance sampai. nurse sampai je terus ambik baby. penting ok! ai serah je.
incik pinky dukung ai letak atas strecther. sebelum masuk ambulance nurse bg ai injection.
panjang tak citer kali ni? belum habis tau....panjang lagi ni.

so begitulah cerita ai bersalin kali ni. agak adventure. dah la bukan kat tempat sendiri..jauh dari semua. nanti ai sambung lg.


p palang s : ai tak galakkan pemberanakkan kat rumah ye...if ..if only doktor cakap ok or ada sesapa bidan perawat membantu..tak pe la kot.. :)

Monday, October 5, 2015

:: Mengidam makan buah epal kecik::

34 minggu........
Mana nak mula ye? Hurm.....
Cerita bermula asalnya ai n my lil' family balik beraya di Taiping. Sambut raya macam biasa tak ada tanda-tanda nak jadi atau nak terjadi suprise.
My parents pun kebetulan nak beraya kat  utara tahun ni..Cuma derang gerak hari Sabtu dari KL.
Hari Jumaat, lepas solat jumaat ai ngan family mertua ke rumah pak ngah Incik Pinky ada kenduri korban...kat sana tetibe ai nampak pokok ni...tak tau pokok apa. tapi berbuah lebat nampak mcm lazat je.
Incik Pinky p petikkan sebab ai paksa dia p amek jugak sbb ai teringin sgt tgk buah tu. oh...sedap mcm epal hijau! Lepas kenduri kami balik Sungai Bakap, Incik Pinky nak tido umah cuzn dia....hati ai berbelah bagi. Ai mcm nak balik Taiping tapi Incik Pinky berkeras jugak nak tido Sg Bakap so ikut je la.
Subuh ai dikejutkan dgn bunyi sayup takbir raya. Tetibe rasa nak membuang...so p la membuat urusan.
Mata dah segar. Dan-dan  lepas tu perut ni rasa mcm sakit-sakit manja. Untuk makluman, ai dah 34 minggu. sekali sekala 'mengeras'.
Ai meneruskan je la kehidupan pagi ai mcm biasa sehinggalah.....

Sunday, October 4, 2015

:: Batu Muda catat IPU SANGAT tidak sihat ::

Ini adalah catatan IPU terkini pada
4 Oktober 2015.

bimbangnya hati ni....teruk ipu kawasan rumah ai.

Saturday, October 3, 2015

:: Vincci warehouse sale CANCELLED ::

Dasyat betul sampai panjat tembok pagar bagai! dah macam rusuhan pun ada...elok la cancelled pun.

Haih!

Friday, October 2, 2015

:: Selawat Syifa' ::

Jom kita amalkan......

Thursday, October 1, 2015

:: A September Suprise ::

Rasa macam nak repeat September. In deed a special month n loads of suprises!

Pai suprise tahap paling heart attack pun ada.

Trimas hubbybi for making this September meaningful. Love u n mimi.

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...