Wednesday, September 30, 2015

:: KureSya the Hello Kitty Car did it again! ::

Ini cerita ahad baru-baru ni..
berbekalkan semangat yang masih kejap lekat dalam hati,walaupun jasad tiada di tempat kejadian....tapi ai tetap suh KureSya pegi berjuang untuk ai.

trimas Incik Pinky yg tolong layan jiwa isterimu ini.
trimas penganjur dan semua yang terlibat.

rancang lain jadi lain......syukur alhamdulillah..rezeki kami masih ada. trimas!

Tuesday, September 29, 2015

:: Takdir Allah itu pasti ::

Assalamualaikum...Hi!
Punya bz 'bercuti' masih tak sempat nak update apa-apa.

Banyak jugak la cerita menarik nak dikongsi. Nanti bila dah ada masa ai up entry. Buat masa ni masih diperantauan. PC pun tak da susah nak upadate.

Minta doakan ai cekal hati jauh diperantauan dari keluarga dan suami terutamanya.....xoxo

Thursday, September 24, 2015

:: Salam Aidiladha ::



...maaf zahir batin. Semoga ibadah kita akan diberkati Allah hendaknya. Amin~

watermark

Wednesday, September 23, 2015

:: WW - SushiDay ::



Just like her Mama...



watermark

Tuesday, September 22, 2015

:: Review - PixaJoy Photobook ::


Pada satu pagi Isnin yang nan-hado mood nak membuat kerja, tetiba datang seorang hamba Allah dari Skynet



Tersenyum sekejap sebab dah tau apa isinya.






Trimas so much PIXAJOY for the lovely SUPER CHEAP photobook!


Quality : Good
Price : Great - Dalam RM10 je termasuk postage
Kertas glossy dan tebal
Memang puas hati. Waktu buat sendiri susun atur gambar dalam software yang didownload terasa macam tak habis-habis gambar. Sebab memula terasa macam kecik dan sikit. tapi bila tengah buat sampai tak tau nak letak gambar apa sebenarnya.

Definitely will repeat order masa akan datang kalau ada lagi promo semurah ini.


sekali lagi Trimas PIXAJOY!



watermark

Monday, September 21, 2015

:: Caj Rawatan/Bersalin Wad Hospital Besar Kuala Lumpur ::


Ini yang terkini setakat September 2015. Harap Maklum







watermark

Friday, September 18, 2015

:: Pengalaman suntikan DEXA - Mematangkan Paru-Paru Bayi::


33 minggu mengikut perkiraan doktor di Klinik Kesihatan Ibu Anak. Walaupun kalau diikutkan tarikh last period EDD sepatutnya tengah bulan November. Tapi selepas discan buat kali pertama haritu derang percepatkan pulak tarikh ke 1 November.

Setelah berminggu-minggu menjalani rutin pemeriksaan kat KKIA dan sekali sekala di HKL, akhirnya ai sekali lagi diarahkan ke MFM HKL (Maternal Fetal Medicine). Tak tau kenapa tiap kali check up kat MFM darah ni mesti tinggi tetiba. Sebab lama menunggu ke nervous ke apa ke tah la. Hahahahahaha.

Dekat MFM ni Doktor Kamarul yang handle kes ai so far. Seorang doktor yang positif dan suka memberi harapan pada pesakitnya. Semalam Dr. Kamarul buat detail scan lagi. Katanya baby kecik so far berat baby dalam 1.4kg. Dia tanya Mimi dulupun kecikkan? YES. Lahir normal kan? - YES. Lama jugak dia berhenti berfikir then dia cakap "Kalau ikut i memang i nak hold on to you lagi nih..kita ada masa. Tapi diantara masa tu takut jugak kalau ada apa-apa complication since u ada fibroid & baby pun masih melintang & kecik".

Bila ai tanya fibroid tu masih dikedudukan sama ke? Dia cakap dah berganjak sedikit ke kiri. Dalam hati ni berdoalah agar fibroid tu terus ke tempat lain supaya mudahlah nak bersalin normal nanti. Amin..amin. Dalam masa yang sama ai no dok memujuk baby supaya turunkan kepala kat bawah, sebab masa minggu 29 macam tu kepala dia dah kat bawah, tetiba dia nak tidur melintang pulak. T_T



Dr Kamarul teruskan detail scan, buat ukuran segala. Memang agak kecil baby kali ni. Tapi berat ai naik je. Lepas habis scan, berbincang dengan partner dia. Walaupun ada keluhan kecil dari Dr Kamarul dia pun cakap "Kita bagi u DEXa ye..untuk matangkan paru-paru baby". Ok..time ni terus jadi BLUR. "Boleh jadi saya bersalin awal ke apa nih doktor?" terus tertanya.
Partner dia tolong jawapkan "Awak kena standby la dari sekarang paling awal pun maybe dalam 36 weeks" - FINE! I'm not ready.......arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Stress kejap.

Pujuk hati berzikir...zikir..zikir...
Redha. Berdoa dan berharap baby sihat,kuat dan boleh naik berat badan dengan segera yang mungkin dapat berat macam mimi pun tak pe la..even Mimi pun IUGR tapi 2kg+ jugak la.



Ai pun diarahkan untuk tunggu sekejap. Dalam 30 minit lepas tu nurse panggil. Masuk bilik rawatan. Dia terangkan sikit suntikan DEXA ni nak kena cucuk kat mana dan sebagainya la. Nurse ni ada pengalaman rasanya dia siap cakap, "sakit jugaklah DEXA ni puan. nanti lepas saya tarik jarum keluar puan rehat sampai puan dah tak rasa sakit. Nak tidur pun tak pe..." - ai memang jenis tahan sakit tapi sebelum tu akan membayangkan sakit tu sakit yang macamana.




Serius masa cucuk memang rasa sakit macam biasa je. Lepas tarik keluar jarum je...datang nyutttttttt nyutttttttt nyuttttttttt dia kejap ada kejap tak de. Agak sakit jugak la tapi masih leh tahan. Hati pulak jadik sayu tetiba mengenangkan baby yang tengah menendang tak berenti dalam perut. Pahit ke DEXA tu? Pujuk baby...cakap kat baby "u r tuff like me...u are superstrong like me, we can do this together. Apa ada hal kita pernah climb mountain sesama..diving segala. hari-hari2 jalan 1km++. C'mon..this is small matter" zikir dan zikir lagi.

Dalam 15 minit ai dok baring. Layan je denyut kat bontot. Daripada nak mintak timeslip terus dapat MC. Nurse cakap 12 jam lepas suntikan pertama kena datang untuk lengkapkan dos. Makanya, 1245 pagilah ai kena pegi HKL amik suntikan ke dua.





Suntikan kedua nyata lagi menyakitkan dari yang pertama, mungkin sebab nurse yang attend tu main cocok je kat bontot ai ni. Nurse yang siang siap bahagi 4 kawasan bontot tu n baru cocok. Pagi ni terasa macam sakit pinggang pulak. T_T

So itulah kisah pengalaman ai dengan suntikan DEXA. Memang takkan lupa. Sebab masa Mimi dulu memang tak kena. Doakan baby sehat,kuat dan menggemok sementara nak 40weeks ni ye semua. Trimas....


Kat bawah ni ai cerita sikit pasal apa itu suntikan DEXA

Apakah Itu Suntikan Dexa?
Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?
Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.

Apa Kegunaan Suntikan Dexa?
Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan.

Berapa Lamakah Suntikan Ini Perlu Diambil?
Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.




watermark

Tuesday, September 15, 2015

:: Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup 15/9/2015 ::


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan IPU 207.


Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.



sumber : ASTRO AWANI

P palang s : Pagi ni pun kat umah ai IPU dah sampai 198. Ai pun dah start selsema, sakit kepala n perit tekak. Mimi dah batuk-batuk..... T_T

watermark

Monday, September 14, 2015

:: Jerebu September 2015 ::

Rasanya kali ni jerebu teruk dari sebelum ni.
Mimi pun dah start batuk-batuk. Kesian kat dia...ai ni pulak muka start gatal,hidung berair..dah la preggy nih. Tapi nak buat cenggane? Minum air banyak-banyak je la. Dok rumah pun tak bukak tingkap segala....bahaya!





watermark

Friday, September 11, 2015

:: Hello Kitty Malaysia Gila Sales ::

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!









Grab Your Calender Now
watermark

Thursday, September 10, 2015

:: Parenting - Cerita Klinik Pakar Mata (Oftalmologi) Kanak-kanak, HKL ::

Assalamualaikum/Hi
Lama jugak cari masa cari idea cari ayat yang paling sesuai nak menulis entry yang satu nih. Bukan apa entry ini akan melibatkan atau akan bercakap a.k.a mengadu domba Hospital Besar Kuala Lumpur. Ai akui HKL dah banyak improve tapi ada certain perkara jugak yang masih belum improve.

Ceritanya bermula bila ai di arahkan oleh doktor untuk membawa Mimi ke Klinik Pakar, Jabatan Oftalmologi, HKL (klinik pakar mata). Mimi tak sakit mata, tak rabun pun cumanya Mimi memang ada file ngan pediatrik dari kecik so doktor nak follow up macam-macam dari tanda lahir cafe au lit, hearing test sampai la ke mata pulak.

So ai bertemankan incik pinky pergi la ke Klinik Pakar seawal kul 0800. Dapat number giliran berselang 24 orang di hadapan. Kami pun tunggu. Haaaa....dekat proses yang pertama ni pun rasa macam dah kena 'TIPU' sebabnya number giliran tu di panggil pada jam 1130 pagi oi! Rupanya number yang pertama kami dapat tu HANYA untuk urusan pembayaran di kaunter je. Dah berapa jam wasted kat situ? Urusan bayaran pun punya lama nak panggil..the hell sangat!

Lepas bayar, kaunter bagi lagi 2 number giliran berasingan. Kena tunggu lagi. Number giliran pertama di panggil selepas 30 minit menunggu. Oklah..masuk la bilik 15, berjumpa dengan doktor pakar visual (macam ditulis kat pintu). Mimi pulak adalah seorang kanak-kanak yang kalau dia tak kenal memang dia akan susah nak bagi kerjasama dan dia memang fobia terhadap doktor beruniform dan jugak peralatan perubatan. Doktor ni dok suluh-suluh mata dia. Skill memujuk budak? 4.5/10. So fefaham la akan kerjasama yang mimi bagi. Tetiba doktor tu datang ngan sebotol ubat titis mata.

"Mak...ubat ni pedih sikit tau. Kita kena titis dalam mata dia nak tengok dia rabun ke tak" makanya meronta-rontalah mimi. T_T
Ujian tak dilakukan sebaik selepas ubat kena titis. Dah kena tunggu lagi. Kali ni masa menunggu 40 minit!

Kami masuk sekali lagi bilik yang sama lepas 40 minit. Kali ni doktor bawak alat macam teropong untuk Mimi tengok dalam alat tu. Lastly doktor cakap : ANAK PUAN TAK DE RABUN JAUH ATAU DEKAT, CUMA SILAU JE. TAPI TETAP KENA BUAT SPEK MATA.

Dia pun dok tanya member sebelah dia istilah kedoktoran. Dan keluarkan result sebelah 170 sebelah dalam 250 tahap kesilauannya.

Dah habis satu perkara, sekarang kena tunggu satu lagi number giliran di panggil. Inilah kemuncak cerita ai nih. Number di panggil lepas lebih kurang 30 minit jugak. Masuk je bilik tu ai tengok memang ramai orang parents dan budak kecik. Ada 2 orang doktor pakar dan beberapa doktor biasa,muda ala-ala baru grad.

Sorang doktor wanita india panggil nama Mimi. Tanya itu ini yang TAK BERKAITAN dengan mata. Padahal waktu tu sebenarnya Mimi dah terlelap ni sebab bosan dan penat menunggu agaknya. Dan doktor ini juga TIADA SKILL memujuk kanak-kanak kecik langsung. Itu termasuklah nurse yang membantu ye. Mimi tengah tido, ai nak kejutkan tak bagi terus diselaknya mata Mimi, mana tak ngamuk budak tu? Dah sekali lagi Mimi tak nak bagi kerjasama. Menangis la dia. Dah menangis p suluh lampu suluh yang agak tajam cahayanya. Tak cukup tu, datang nurse titis pulak mata Mimi dengan ubat titis - YES...sekali lagi kali ni 2 jenis ubat!!!!!!! Meraung-raung kepedihan la Mimi. Dah tu sekali lagi kena tunggu. Another 30 min BURNed!

Namapun dipanggil sekali lagi. Doktor kali ni pakai alat dekat kelapa dia pulak nak tengok ke dalam mata Mimi. Mimi memang dah jadi takut sebenarnya dengan doktor tu sebab doktor ni agak kasar berbanding yang mula-mula tadi, nurse pun macam bonzer. SKILL PUJUK TETAP TIADA. Bila derang tak dapat nak tgk mata Mimi doktor pun cakap : PUAN MASUK BILIK 24 ye. KITA KENA CHECK ANAK PUAN DEKAT SANA.


Ai pun pegi la masuk bilik tu, dalam bilik tu ada pelbagai jenis mesin dan sebuah komputer yang dekat skrinnya ada paparan seperti dalam mata. Mungkin tu mesin scan dalam mata la. Doktor pun datang bersama seorang nurse. Nurse suruh baringkan Mimi atas katil. Dia cakap dia nak kena bedung Mimi - ok fine la. Bedungla asal tak sakitkan Mimi. Lepas bedung Mimi senyap lagi mungkin sebab ai p bisik kat dia jangan takut mama ada mama peluk mimi k.

Tup tup sangkaan ai meleset sama sekali bila ai dan incik pinky di suruh keluar dari bilik tu. Tak sampai 30 saat tetiba ai dengan suara Mimi meraung sekuat-kuatnya macam sakit teramat sangat. Bilik tu kedap bunyi k..suara mimi jelas dengar sampai luar. Incik Pinky dah nak p terajang pintu ai dah kecut perut. Kalau ai tak tahan Incik Pinky mau pintu tu dah diterajangnya. Tapi serius ai sangat takut dengan Mimi menangis menjerit-jerit macam tu. Ai saspek doktor dah nurse berkasar dengan Mimi sebab tak nak bagi kerjasama. Sorang doktor 2 nurse dalam bilik tu.



Rasanya dalam 2 or 3 minit ai tak berapa pasti ai dengar Mimi meraung. Pintu terbukak je terus ai berlari masuk. Ai tengok atas katil yang mimi baring ada BESI penahan mata berkelip dan swab. Berderau darah. Patutla Mimi menjerit mesti derang paksa secara kasar nak letak besi penahan tu kat mata mimi. Ai pandang doktor. "Anak puan TAK RABUN" - mujur dalam hati ni dok tak henti selawat sebab tak nak bagi naik amarah. Dah doktor memula tadi pun cakap tak rabun so perlu ke sakitkan Mimi lagi untuk pastikan dia rabun ke tak? Incik Pinky diam je sebab ai tau dalam hati dia marah. Ai terus jadi BLUR dan tak boleh nak berfikir sangat. Dalam kepala otak ni dok terngiang tangisan Mimi yang tak berhenti nangis lagi ai dok fokus pujuk Mimi je.

Doktor suh tunggu kat luar bilik. Ai peluk Mimi kuat-kuat. Dah tak teringat ai ni pregnant dan tengah dukung Mimi yang dekat 15kg tu. Takut .....serius takut. Kalau mata Mimi cedera waktu dia meronta? Kalau jadi apa-apa? ARghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Lepas 15 minit menunggu, doktor datang bagi surat next appointment yang mana hati ai dah berbelah bagi nak pegi lagi. Dan tetiab doktor tu just MELAUNG dari jauh. "Jangan lupa buat spek ye puan!" - sungguh professional!

Ai amik appointment date dia tulis RA/RV. Memang ai dah tak tau nak pegi lagi atau tak sebab ai tak nak Mimi sakit lagi. TAK NAK!

So itulah cerita yang agak mengerikan kat Klinik Pakar JABATAN Oftalmologi HKL. Bagi ai KESEMUA DOKTOR, NURSE dan lain-lain yang bekerja kat jabatan tu terutama mereka yang terlibat bawah label PEDIATRIK OFTALMOLOGI kena ada skill pujuk kanak-kanak tak kisah tahap mana pun kesusahan nak handle seorang budak tu.



Tak mencederakan tak pe...andai kata satu hari nanti ada yang tercedera? Macamana?

so apa pendapat korang, patut ke ai pegi lagi?

p palang s : Ubat-ubatan yang dititis kedalam mata pesakit, doktor tak ada bagi penerangan jelas dan terperinci ubat apakah itu.



watermark

Wednesday, September 9, 2015

:: WW - Peek-a-Boo Kabinet Dapur ::


Sebenarnya ai ada benda lain nak cerita .....tapi tengah cari idea/ayat paling sopan nak bercerita....sementara tu ai hidangkan mata uolls dengan sedikit intaian ke dalam kabinet dapur ai...muahahahahhaha




gambar tak berapa nak latest...macam tak tersusun pun ada nih...belasah je la ek!
KBAI!


watermark

Friday, September 4, 2015

:: GIVEAWAY: MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM ::

Nak tau cenggana korang leh menang hadiah HELLO KITTY??




Sila SCROLL ke bawah..














































contoh hadiah kemenangan.. sebuah kereta bertemakan HELLO KITTY!!






eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


mana ada gurau je! Hehehehhee

// gambar di atas sekadar hiasan. Ehsan : KureSya ::


2. WAJIB follow blog Mommy's Diary of Life & INSTAGRAM  : https://instagram.com/myapilot
3. Follow FB:
Lil HDAE Closet
Homemade Food For HDAE
Idea Susun Atur Dan Dekorasi

dan


//gambar diatas sekadar hiasan. Ehsan : Bilikku hehehehe ::


p palang s : kalau uolls rajin skodeng entry2 iolls dalam blog ni. uolls akan tau sebetapa sukanya ai (termasuk hubby ai) terhadap hello kitty!


Jom join reramai!!
HEHEHHEHE
Good luck!


watermark

:: Misteri - Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ::




Hari Ahad lepas ribut kuat sangat disertakan dengan hujan yang lebat. Tak sangka pulak pokok kelapa belakang rumah adik ai nak tumbang. Habis ranap sebahagian dapur. Dia pun balik rumah parents kitaorang amik gergaji nak pokok.

Kerja nak bersihkan pokok pun bermulalah - hari dah Maghrib sebenarnya tapi terpaksa teruskan jugak takkan nak biar pokok dalam rumah. Yang buat kerja masa tu my brotha ngan adik yang last. Selesai je potong pokok tadi. Derang pun nak pegi la kat area stor tempat simpanan bumbung xtra. Sambil suluh dalam kesuraman Maghrib tu derang ternampak sorang nenek terbongkok-bongkok jalan. So buat tak tau sebab belakang stor tu pun memang jalan menghala ke rumah orang lain.

Nenek tu berpakaian serba putih katanya termasuk la selendang beliau. Nenek tu berhenti seketika belakang stor. Derang pun jalan la sampai je kat stor tu....EH?!!!! Nenek tu dah tak de? Mana pulak pegi orang tua tu? Tadi ada..suluh keliling tak nampak pulak.

Lekas-lekas derang masuk rumah balik. Sampai dalam rumah adik yang last tanya "Nampak tak tadi?"
My brotha jawap "Nampak la...ko nampak ke?" adik yang last angguk.

//gambar:google//

Lepas je derang cakap tu...sekali nenek tu jalan slow melintas belakang pintu rumah. Adik yang last nak la pegi tengok....tup2 orang tua tu 'hilang' lagi. Derang pun tak tunggu dah cepat-cepat habiskan acara mengganti bumbung yang rosak. Tutup pintu.

Siapakah nenek tadi? Sebenarnya dah lama nenek tu tak munculkan diri. Tetiba ada balik...kenapa? Tak pasti.


watermark

Thursday, September 3, 2015

:: Kisah Panda - Live Update Sambutan Hari Lahir Fu Wa & Feng Yi Ke-9 ::


Sedikit LIVE update dari my brotha di Panda Center, Zoo Negara, Malaysia sempena sambutan utama hari lahir Fu Wa & Feng Yi pada hari ini 3 September 2015.


Untuk pengetahuan korang hari ini, 3 September 2015, Zoo Negara Malaysia sekali lagi akan menyambut hari lahir Fu Wa dan Feng Yi secara besar-besaran.
Tap[i hanya Fu Wa yang akan di pamerkan sementara Feng Yi dan anaknya masih lagi dalam 'pantang'.


Cuppies panda


Yang ni pulak KEK berbentuk PANDA - boleh di makan ye. Kata my brotha akan di jamu kepada pengunjung yang datang pada hari ini.


Ini pulak adalah acara menyiapkan kek untuk Panda of the day...


Dah 9 tahun umur Fu Wa & Feng Yi



Comel tak lilin yang diperbuat dari carrot n buluh nih?
Yang mangkuk belakang tu pulak Kek Panda antara makanan ruji panda-panda di Zoo Negara.
Leh KLIK sini kalau nak tau cerita pembuatannya.





besar kan kek tu


katanya ini kek panda terbesar yang pernah ada..masuk book of record kata my brotha..tah ye tak tidak dia kadang2 suka sangat loyar buruk. Hahahahahaha..

anyway..congrats!


Trimas my brotha for the picca!



p palang s : Sesapa yang lahir pada 28 Ogos masuk percuma hari ni!




watermark

Wednesday, September 2, 2015

:: Kisah Panda - Perkembangan Terkini Anak Panda Malaysia ::

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu jugak la umur anak panda Zoo negara dilahirkan. Masa my brotha balik rumah semalam ai mintak tengok gambar latest anak panda tu..comelnyaaaaaaaaaaa lahaiii!!! walaupun mengempeng je ngan mama dia....tapi dia tetap comel. Dah ada tompok hitam kat telinga badan n tangan..geram lak tengok!!

So far berat si kecik tu dah 350gram (hasil timbang 1/9/2015). Dia sihat dan aktif dan fully BF! Hehehehehe.....Feng Yi/Liang Liang pun sihat sejahtera.

Pada 3 September 2015 adalah acara sambutan birthday utama. Walaupun hari tu masa Ogos dah sambut bday, tapi acara official dan gemilangnya adalah bertarikh 3 September 2015. Katanya Sultan Selangor akan membuat lawatan khas ke Panda Center nanti.





Maaflah ai tak dapat nak publish gambar kat dalam blog ai sebab 'private and confidential' hanya untuk tontonan internal sahaja gambar2 itu. Terpaksalah kita sama-sama tunggu lepas 2 bulan nanti untuk amik gambar anak Feng Yi dan Fu Wa tu nanti ye.



Hopefully pihak zoo bermurah hati nak jemput ahli keluarga untuk pra tonton baby panda nanti..leh la ai share ngan uolls! Hehehehhee..

Sampai itu sahaja berita panda kali ini. Jumpa lagi!





watermark

:: Show Off Hari Merdeka - Dataran Putrajaya ::







watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...