Tuesday, May 26, 2015

:: Seram - Semalam di Hotel Berhantu, Cameron Highlands ::


Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha..
ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaaa..makin kerap pulak jadik skang ni. Tapi terpaksa buat tak tau je la.

Jom iolls cerita kat uolls cerita terbaru yang baru berlaku pada 23/5/2015 baru2 nih. Ia bermula bila i telah diarahkan oleh doktor untuk berehat merehatkan minda yang letih. So, hubby iolls pun ajak la bercuti sambil ikut dia bekerja. 

Lokasi : Cameron Highlands

Hubby iolls kena masuk site kat area Ringlet 23/5/2015. Jadi i pun cakap kat hubby kita stay brinchang je la sebab tak nak balik hari. So, hubby pun hantar i dulu kat hotel yang kitaorg nak check in tu. Hotel ni i kira antara hotel yang menjadi pilihan jugakla kalau orang bercuti kat CH sebab walking distance to night market.

I masuk bilik awal sebabnya hubby habis kije kat site dalam kul 1630 macam tu. Panjang pulak rasanya intro....hehehehehe so malam pun menjelma p shopping kat night market segala sampai bilik balik lebih kurang kul 2100. Hubby i padam awal, i dalam kul 2330 baru lelap. Anak i dekat kul 0100 baru nak tidur. 

Tengah lena, tingkap i tutup ye sebab level kitaorang stay tak tinggi. Dan ini first time sebenarnya kitaorg stay kat hotel tu, selama ni kitaorang kalau tiap kali p CH mesti stay hotel yang sama. Kali ni je gatal nak check in hotel lain. Bilik ni ada kipas so tak de la panas. I tidur dekat ngan toilet kononya kalau nak terkucil tengah malam senang nak pegi.  Tetiba i rasa sejuk sangat macam ada angin luar masuk, padahal tingkap mmg tutup rapat. Tak semena-mena hati berdebar, tapi mata tak larat nak bukak. Kemudian i dengar bunyi pili air diputar dan bunyi air kat singki. I bukak mata sikit tengok hubby tido, anak tido. Ahhh...sudahhhhhhh...
elok je terdetik perkataan tu dalam hati, terus dengar bunyi toilet kena flush.


I ni jenis orang yang kalau ada benda pelik or terasa pelik kadang2 datang berani memang nak sangat tau. So, i beranikan bukak mata sikit....i nampak hubby i berdiri depan pintu bilik air. Tapi.....bila i kuis-kuis kaki dia...dia mmg tengah tido lagi. Terus i tutup mata rapat-rapat. Berzikir dalam hati tak berhenti sampai terlelap.

Tapi i tak berani nak cerita kat hubby i sebab dia jenis tak berani. Hehehhehehehe..so i diamkan aje menjadi rahsia i.

So itu ajelah ceritanya. Seram tak seram jugak la....sekian


watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...