Thursday, February 26, 2015

:: Di tengah laut ::

Morning........around 0912 over here...
On our 3 hour trip....






watermark

Wednesday, February 25, 2015

:: Off for holiday! ::


Hi olls,
Ai mungkin akan OFF untuk seminggu....berholiday bersama family.
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ye....







Kemana?
Ke bawah nih!


Hallo beautiful island!
watermark

Tuesday, February 24, 2015

:: Misteri - Cermin Antik ::



Hari ni ai nak cerita seram-seram kuku ngan korang. Cerita ni pun ai dah simpan dalam 2 minggu jugak la sebab kenapa ai selalu delay cerita misteri ai sebabnya ai nak redakan fefeeling seram tuh.


Cenggini time kejadian belum berlaku beberapa jam, ai balik lambat malam tu, melepak dataran dengan member-member kcar sekalian alam. Hehehehehe. Ai pun sampai rumah keadaan macam biasa la, adik ai yang last belum tidur tengok TV.

Ai pun lepak la tengok tv dengan dia skali. Movie best lak tu memang tak tidur la kitaorang. Haaa..ready ye for the seram part.

Sambil tengok movie sambil sembang. Tetiba..........."pintu" cermin dekat ruang tamu terkuak dengan sendirinya. Pandang n buat tak tau. Nak kata angin kuat memang tak de nak kata ada orang bukak, memang tak de. Cermin tu jenis yang ada "pintu" yang leh bukak-tutup-kunci. Cermin tu berkunci pintunya. Siapa pulak yang bukak?




(lebih kurang cenggini la cermin tu)


Kitaorang pun buat dek je la....terus tengok TV. Adik ai pulak berani p dekat cermin tu..intai2 dalam cermin. N tutup balik.

Sekali lagi lepas tu....cermin tu terbukak balik.
Ai pun cakap kat adik ai..dah la kita tgk TV. Jom tido..dia punya time pulak kot nak bermain2 kat ruang tamu nih.

So, kitaorang off TV. Kipas. n masuk tidur. Esoknya cerita kat my dad. My dad dengan releksnya jawap "ala...... tak de benda la..jin tu"

kfine.  kbai!

watermark

Monday, February 23, 2015

:: Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor & Kereta Hello Kittyku ::







Berdebar-debar time ni..siap dok  jauh-jauh lagi takut kena soal.
Hehehehehehehe..
Trimas Datuk Seri meninjau kereta iolls.

:P
watermark

Wednesday, February 18, 2015

:: KureSya @ Autoshow Putrajaya ::






watermark

Tuesday, February 17, 2015

:: Review - Lunch @ Sri Ayutthaya ::






Kali ni ai nak buat review Restoran Sri Ayutthaya Damansara.
Yes, ini bukan kali pertama ai merasa masakan di Sri Ayutthaya. Tapi ini pertama kali ai merasa suasana Ayutthaya Damansara dan juga makan masakan tengahari.

Overall...
Location : 4/5
Parking : 3.5/5
Service : 3.5/5
Food : 4.5/5


















Paling sedap kerabu mangga dan butter prawn!
Service agak slow berbanding dengan branch Wangsa Maju
Parking juga tak luas dan berbayar. Kalau di Wangsa Maju suasana memang superb dan parking juga banyak.

Short review cukuplah ye tak banyak idea nak cerita.
Jumlah hangus buncit haritu adalah RM320 lebih kurang untuk 5 orang makan.

Harga berbaloi untuk makanan yang sedap.
Sekian!


watermark

Monday, February 16, 2015

:: Zalora Bagi Angpau.. Huat aaaaaaaaaaaaaaaa ::


Tetibe dapat sampul dari Zalora.
Padahal tak de beli apa-apa pun...dok fikir amenda la aku beli ni sebabnya sampul tu agak berat beberapa gram.


bukak sampul...sampul tu sendiri berisi sampul merah!
Huat aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Huat aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
























Trimas Zalora and Gong Xi Fa Cai!
Huat aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
watermark

Saturday, February 14, 2015

:: Pesta Lampu Dataran Merdeka ::






kalau ada masa sila la datang memeriahkan suasana...
Ai dan KureSya akan ada di Dataran Merdeka untuk acara ini.
Jumpa di sana ye...kalau nampak tu tegur2 lah....
Hehehehhehehehe



watermark

Friday, February 13, 2015

:: Al-Fatihah buat Adik Zharif ::


Ai baru je mendapat berita yang menyedihkan.
Adik Muhammad Zharif Al Hafiz bin Mohd Zulfazrul telahpun di jemput Allah kembali ke syurga.
Tenanglah dirimu adik, di sana.
Al-Fatihah~







watermark

:: Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan kita semua ::



SEmoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan mereka yang soleh...amin~


Bagi sesiapa yang merancang & berpeluang utk menziarahi arwah TGNA ni ada sedikit info.. Harap membantu...
Makluman terkini jam 11.55 malam:
1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal.
Mohon sebarkan

watermark

Thursday, February 12, 2015

:: Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia - hilangnya pengulas lagenda ::


KUALA LUMPUR: Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twit terbarunya meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai 'Suara Sukan Malaysia'.



Allahyarham merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Allahyarham mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Ramai yang berpendapat, Allahyarham memiliki  tonesuara yang mempunyai weight tersendiri.

Allahyarham yang dilahirkan 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak, memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 RTM selain pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Ketika mengulas perlawanan bolasepak, Allahyarham mempunyai gaya yang tersendiri, beliau akan menyebut asal pemain yang sedang beraksi, apa kegemaran pemain tersebut dan siapa mencungkil bakat pemain itu.

Penonton bukan hanya sekadar melihat aksi pemain itu dan mendengar celoteh pengulas tetapi dapat juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang bintang sukan yang mereka minati.

Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah Awang yang mungkin sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.


sumber : Astro Awani



Beliau juga merupakan one of the most talented dubbers dalam Malaysia...
Al-Fatihah~

watermark

:: KureSya's interior - Hello Kitty Car ::





watermark

Wednesday, February 11, 2015

:: Beranak Di Tepi Tingkap::

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tajuk kena la boom melatop!!!
Ceritanya cenggini... last week balik rumah ai sambil kemas..nak p la lap tingkap sekali ternampak seekor burung TEKUKUR buat sarang kat hujung tingkap tu.

Eh!!!
Boleh pulak...tak nak la kacau ke apa ke...biarkan je dia..
Intai punya intai sekali tengok.. ADA TELUR!
2 biji pulak tu...... comel je lagi kecik dari telur burung puyuh.

ai pun kesian takut mama Tekukur tak makan...ai pun carik2 la roti sikit letak dalam sarang tu.














Last weekend ai balik rumah...terus p kat tingkap nak tengok Mama Tekukur...tapi kali ni dia jadi macam garang sikit apsal tah....sampai malam dia duduk je kat situ. Tak lapar ke dia...entah la






Tengahari nextday..ai pun tinjau lagi. Mama Tekukur tak tau p mana.....
nak tau apa ai nampak?


























Baby Tekukur!!
Comel sangat............... kali ni sampai malam ai tunggu Mama Tekukur, tapi tak balik2....risau nya hati ni...dah la tak tau nak handle anak burung cenggane..ayat Incik Pinky menambahkan kerisauan hati "jangan la ada org bunuh mak dia ke...langgar mak dia ke....."
rasa nak nangis je mengenangkan baby tekukur tu............



ni dah banyak hari tak balik rumah...dok terfikir dia je....hopefully dia sihat..mama dia pun balik bagi makan.
Sebabnya ai tanya my brotha dia cakap kena bagi pallet..rendam dalam air n suapkan...mana reti!!
Dia ada pengalaman 12 tahun leh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



watermark

Monday, February 9, 2015

:: PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ::

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI
SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA

Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM .Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Anatara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit,Marid & Nasnas)yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
_________________________________________________________________________________

‘IFRIT

Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia.Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

______________________________________________________

MARID


Bangsa paling bertamadun
Memiliki raut seiras Manusia
Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis

Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia

Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia

______________________________________________________

NASNAS


Bangsa ketiga terbesar
Mendiami dasar laut terdalam.
Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin.
Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam.
Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya

_____________________________________________________

GHUL



Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja.

Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia.

Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat.

Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.
_______________________________________________________________________________

HINN

Mempunyai fizikal besar, dan bersayap

Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya, 

Hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain

Antara yang terawal mendiami bumi

____________________________________________________

JANN



Makhluk Gergasi dan bersayap
Mampu menyemburkan api
Musuh kepada Bangsa Hinn
Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi
Antara yang terawal mendiami bumi
________________________________________________________________________________
PALIS



Hidup secara bersendirian
 Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan.
Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia 
Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya

______________________________________________________

SHAITAN


Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit
Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula.
Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer

______________________________________________________

SHIQQ



Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar 
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat

Gemar melakukan kerosakan
Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain

_________________________________________________________________________________

SI’LAT



Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah, dan menyamar sebagai manusia, 
Sering menonjolkan diri seperti pusaran angin.
Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan.
Musuh kepada makhluk Ghul.

______________________________________________________

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH

DAN
SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA

WALLAHUALAM

sumber : Google, gambar ilustrasi penulis artikel asal
watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...