Saturday, May 31, 2014

:: Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty Bermula!! ::

Maka bermulalah GA 3rd Wedding Anniversary Syahoney Kitty!


Syarat :

1) Malaysian
4) Copy Banner dan buat satu entry tajuk "Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty " dan backlink ke entry ini.
5) Tinggalkan komen di entry ini juga
6) Hebahkan pada kawan-kawan jika boleh



p palang s  : Pemenang akan di pilih berdasarkan cabutan bertuah oleh anak buah saya. Trimas




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, May 30, 2014

:: Blog Ini Akan DiTutup! ::

Sekali lagi tajuk nak buat ramai! Hahahhahah takkan nak tutup kot....nehiiiiiiiiiiiiii~



yang sebenarnya..................
















Blog ini bakal 'bercuti' sehingga 04/06/2014
Selebihnya autopost.





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, May 29, 2014

:: Cara Mengaktifkan Kad ATM Cimb Untuk Kegunaan Di Luar Negara ::

Salam & Hi all!
Hari ni ai nak ajar uolls tentang cara mengaktifkan kat ATM CIMB korang untuk kegunaan overseas.

Senang je. Kalau zaman dahulu kita kena call service center bagai. Tapi sekarang ONLINE pun boleh buat ok! Janji korang ada CIMB CLICKS!


Step 1 : 
Mula-mula sila LOGIN di SINI






Step 2 : 
Selepas Login, masukkan ID dan Password, sila perhatikan bahagian KIRI dan klik SETTING.
Kemudian pilih : ATM/Debit Card Services
Selepas itu lihat pada bahagian tengah KLIK "Link Account"




Step 3:

Sila pilih "Overseas ATM Usage"




Step 4 :

Selepas memilih kategori yang betul, sila pastikan number kad ATM and dan statusnya adalah DEACTIVED. Dan selepas itu sila KLIK pada nombor kad ATM anda.

Step 5 :

Apabila anda KLIK pada nombor akaun anda seperti Step 4, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.
Semak semula details anda.
Pilih "Chage Status To" mengikut keperluan/kehendak anda sama ada Permanent/Temporart/etc
Sekiranya anda memilih "Temporary" sila nyatakan tarikh mula dan akhir kegunaan ATM kad anda di luar negara.
Klik "Submit"


Step 6 :

Selepas anda klik Submit, anda akan dibawa ke skrin seterusnya di mana anda di minta untuk membuat TAC request. Pastikan nombor telefon anda BETUL.

Selepas mendapat TAC number, masukkan ke ruang yang betul dan KLIK Confirm.



Step 7 :

Ok. Seperti yang anda dapat lihat di bawah. Status permohonan "Successful"
Semak semula tarikh pengunaan, number kad atm dan status penggunaan.


Berkenaan dengan caj menggunakan kad ATM di luar negara, sekiranya anda menggunakan kad ATM CIMB di cawangan CIMB luar negara TIADA caj akan dikenakan. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Cirus etc, RM10 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.

Ok!
Itu sahaja! Mudah bukan?
Selamat berbelanja!
Kbai!

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Preparing KureSya The Hello Kitty Car ::



Persediaan saat-saat akhir KureSya. Doakan perjalanan yang selamat serta dipermudahkan urusan.


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, May 28, 2014

:: Cerita Panda ~ Sejarah - Kenapa Warna Panda Hitam & Putih Part 1 ::



ada sorang member buat lawak kat saya dengan mengirimkan imej di atas kepada saya.
Kononya kejadian PANDA itu hitam putih dek kerana seperti yang anda dapat lihat dalam gambarajah terbabit.
Saya membalas "Nope. you're wrong"
Kenapa Panda berwarna hitam putih ada sejarah dan lagendanya yang tersendiri.
Saya akan bercerita lebih lanjut dalam entry saya yang akan datang tentang Lagenda Panda ini.
Kisahnya sangat menarik dan mungkin kebanyakkan kita sendiri tak tahu bahawa Panda ini adalah haiwan yang sangat disayangi oleh orang China.

Nantikan................................part 2

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Review Ekspo Barangan Bayi Antarabangsa @ Menara TM ::

Bertempat di ruang legar LG Menara Rebung, berlangsung Ekspo Bayi Antarabangsa.
Tarikh? 26-30 Mei 2014.

Pandangan saya mengenai ekspo ini? 1.5/5 bintang.

Teruk sangat ke? Nak kata teruk tu tak tahu lah. Tapi tak banyak barang yang ada. Baju-baju murah2 tu adalah jugak tapi 'AS IT IS' concept. Ada jugak yang elok. **Maaf kuality gambar cap ayam sebab pakai kamera phone murah je**





Mainan murah pun ada....ni je la yg murah pun heheheh


Pampers Mamy Poko memang ada tapi juga menggunakan konsep 'AS IT IS' dan harganya MAHAL Ya Rabbi!

 






Set bersalin apa tah n breast pump










Stroller - Mahal.


Barang Avent tak sampai 10 set - Mahal.



Barut baby dan bengkung mama - Mahal.



Barang BabyLove pun Mahal.




Pegion punya barang pun macam lebih baik beli kat Giant je.


Overall - lagi baik tak payah buat. Or tukar nama jadi Ekspo Bayi Hujung Bulan TM.
Tu je. Sekian. So up to uolls nak pegi ke tidak.. =)


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, May 27, 2014

:: Dr. Pakar Sakit Puan : Dr. Muhammad Shazril bin Shaharuddin...Siapa Dia? ::


Kalaulah doktor yang attend korang waktu nak bersalin se'lesung pipit' begini....suka tak?
Muahehehehehhehe




Siapa dia?
Nama : Muhammad Shazril bin Shaharuddin
Tempat Bertugas : Hospital Serdang

Bukan sahaja seorang doktor malah seorang 'model' dah banyak feature dalam majalah. Hebat doktor nih! Good luck doc! Sesapa yang bersalin-salinan kat hospital serdang tu...kem salam kat dokto Shazril ni ek!






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, May 26, 2014

:: Happening Now! Ekspo Bayi Antarabangsa @ Menara TM ::




p palang s : Tunggu full review ai esok sebab hari ni ai tak bawak camera.

update 1400 : So far? Tak berapa nak best pun expo nih. Better di panggil jualan hujung bulan instead of EXPO. Sebabnya tak banyak vendor yg join.
Baju baby murah la. Mamy Poko? Mahal nak mati! Lepas tu stok terhad.

Kbai


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Kesan Minum Air Berlebihan By Kevin Zahri ::

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air
Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
sumber : Kevin Zahri
Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, May 23, 2014

Thursday, May 22, 2014

Produk Make Up Online!



Alat solek dan wanita memang tidak dapat dipisahkan!
Ini kerana ianya begitu sinonim dengan kaum Hawa. Alat solek bukan sekadar digunakan untuk menyerlahkan kecantikan tetapi ramai yang mengganggap ianya cukup penting untuk menutup ‘kelemahan’ dan sebaliknya tampil menawan dengan solekan yang menarik.

Malah sebenarnya walaupun wanita sangat obsess dengan kecantikan untuk tampak jelita adalah lebih baik untuk invest wang anda ke atas make up products berbanding dengan pembedahan kecantikan.

Ini kerana jika anda memilih untuk meletakkan wajah anda di bawah pisau pembedahan anda hendaklah tahu kesannya akan kekal untuk tempoh masa yang cukup lama malahan mungkin selama-lamanya!


Buat apa tanggung risiko dan membayar ribuan ringgit untuk membayar kos pembedahan yang tidak diketahui apakah keputusannya akan jadi?

Sayangi lah diri anda dan elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan implikasi yang akan ditanggung kelak.

Sebaliknya, pilih jalan yang lebih mudah dan lebih murah iaitu gunakan wang anda untuk produk kecantikan dan alatan
make up for women yang sesuai dengan kulit wajah anda. 



Dalam memilih barangan make up apa yang paling penting sekali ialah untuk pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan sesekali pakai produk tanpa mengetahui kandungannya ini bagi mengelakkan kesan alahan kulit bagi sesetengah orang.

Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk dapatkan khidmat nasihat daripada pembantu jualan atau tanya rakan-rakan yang pernah menggunakannya.

Namun yang paling mudah sekali ialah anda boleh sahaja cari maklumat dan buat research di internet, Google sahaja review produk kecantikan yang anda pernah gunakan itu dan baca dengan teliti.


Seiring dengan trend online shopping yang semakin popular di negara ini, website online shopping Malaysia yang terkemuka iaitu Zalora menawarkan pelbagai jenis make up products for women online daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. 

Apa yang lebih menarik ialah anda boleh dapatkan semua produk ini dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Rasai pengalaman online shopping terbaik hanya di Zalora hari ini juga!





So...apa lagi?




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Imej Di Langit ::

TAauk tak nak kalah! Hahahha

Indah sungguh langit Allah........ai memang suka 'menembak' langit.
Sebab ia cantik dan menyedarkan kita ini kerdil sahaja.


Date : 13/05/2014
Place : Titiwangsa







Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty



Top Post