Monday, March 31, 2014

:: KureSya di interview ::


trimas kepada pihak yang terlibat.
Trimas Fiqa
Trimas Robin + Dila sebab teman...hahahaha




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Need to earn more each month? Let's do this together::

Let's get extra income together! CLICK HERE




Anda mengalami masalah kewangan..tengah bulan asyik xcukup duit..kini ada penyelesaiannya..hanya perlu click link dibwah dan 25dollar ditangan anda..ini bukan mlm atau blm atau skim cpt kaya..hanya satu click dpt mengubah hidup anda..jgn lepaskan peluang keemasan ini..



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Saturday, March 29, 2014

:: Menanti MH370 ::



..bersama kita doakan yang terbaik


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, March 28, 2014

:: Good Night MH370 ::






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, March 27, 2014

:: MH370, di langit itu..... ::

Nukilan buat mereka & kita, jgn putuskan doamu..


**maaflah mood jiwa-jiwa datang menyerang~




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, March 26, 2014

:: Smallest Victim On MH370 ::

Mohen Wang


.................i have no words!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, March 25, 2014

:: Video - MH370 Berakhir Di Lautan Hindi ::





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, March 24, 2014

:: KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK - MH370 BERAKHIR ::



Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

ENDS



Friday, March 21, 2014

:: Misteri Kehilangan Pesawat Seluruh Dunia ::




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, March 20, 2014

:: Adakah MH370 yang dilihat terbang rendah di Maldives pada pagi 8 Mac? ::

Adakah MH370 yang dilihat terbang rendah di Maldives pada pagi 8 Mac?


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Maldives mula menyiasat dakwaan penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu yang dilaporkan melihat sebuah "pesawat terbang rendah" pada pagi hari yang sama pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Laman web berita Haveeru Online pada Selasa bagaimanapun melaporkan polis republik itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Laman web tersebut sebelum itu memetik saksi yang memberitahu mereka nampak sebuah pesawat berwarna putih dengan jalur merah -- warna badan pesawat Malaysia Airlines -- terbang menuju ke arah selatan Maldives.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.15 pagi pada 8 Mac lalu.

Maldives

Penduduk di pulau Kudahuvadhoo itu juga mendakwa mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.

"Saya tidak pernah lihat pesawat terbang begitu rendah di pulau ini. Kami pernah nampak kapal terbang tetapi yang ini bukan seperti yang selalu kami lihat," kata saksi itu, yang turut mendakwa ada saksi lain yang ikut melihat kejadian yang sama.

Kapal terbang kecil adalah antara  pengangkutan utama di Maldives.

Wartawan Haveeru, Ahmad Naif yang menulis laporan itu mendedahkan pihaknya mendapat maklumat berkenaan sejak 9 Mac lagi tetapi sangsi dengan kesahihan dakwaan tersebut.

"Kami kemudian mendapat banyak maklumat yang serupa dan barulah kami menghubungi penduduk berkenaan," katanya seperti dipetik oleh laman web berita Minivan News.

Seorang pakar penerbangan tempatan turut memberitahu Haveeru Online ada kemungkinan pesawat yang terbang rendah itu adalah MH370 kerana pada masa tersebut tidak ada pesawat yang dijadual terbang melintasi pulau berkenaan.

Laman web Minivan News pula melaporkan penerbangan dari sebuah lapangan terbang terdekat hanya dijadualkan pada pukul 7.20 pagi dan itupun menuju ke Male yang terletak ke arah timur laut.

Laman web yang sama bagaimanapun menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan saksi. Memetik jurucakap tentera, Minivan News melaporkan mustahil pesawat sebesar Boeing 777-200 boleh mendarat di landasan terpencil di pulau karang di sekitar Maldives.

"Jika saudara bertanya apakah ada landasan di luar lapangan terbang komersial, jawapannya tidak ada," kata Mejar Hussain Ali.

Jurucakap Maldives Airport Company Limited (MACL) juga meragui dakwaan penduduk di Kudahuvadhoo kerana "tidak ada maklumat sahih tentang pesawat berkenaan daripada radar atau penglihatan."

"Ada terlalu banyak teori konspirasi. Kami tidak ada maklumat pesawat itu datang ke sini," kata jurucakap MACL, Hassan Areef kepada Minivan News.

Laman web itu juga memetik beberapa orang penduduk yang enggan atau tidak dapat merumuskan dengan yakin bahawa pesawat yang mereka lihat pada pagi 8 Mac lalu adalah jenis Boeing 777-200.

Usaha mengesan pesawat MAS itu yang masuk hari ke-12 kini digerakkan di kawasan yang meliputi keluasan 2.24 juta batu nautika. Ia menganjur di dua jalur -- di sebelah utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan di sebelah selatan dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Dua jalur itu diunjurkan daripada data satelit yang mengesan lokasi akhir pesawat MH370 pada pukul 8.11 pagi pada 8 Mac lepas.

Maldives terletak di Lautan Hindi, kira-kira 400 kilometer di barat daya India. Namun republik itu tidak tersenarai di kalangan 26 negara yang diminta bantuan oleh Malaysia dalam operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun laporan Berita Harian pada Selasa meletakkan Maldives dalam radar. Laporan itu memetik sumber polis mengatakan siasatan ke atas simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah menemui rekod lima lapangan terbang di Lautan Hindi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir di Male adalah satu daripadanya selain tiga lapangan terbang di India dan Sri Lanka serta pangkalan udara milik Amerika Syarikat di Diego Garcia.

Kapten Zaharie memandu pesawat penerbangan MH370 yang gagal mendarat di Beijing mengikut jadual pada pukul 6 pagi 8 Mac yang lalu setelah berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi hari yang sama.

Siasatan setakat ini mendapati pesawat itu telah dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal. Sistem komunikasi pesawat itu juga didapati dimatikan dengan sengaja. Pendedahan itu menimbulkan spekulasi pesawat berkenaan mungkin dirampas namun siasatan masih meneroka pelbagai kemungkinan lain.



sumber : Astro Awani



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, March 19, 2014

:: Make Up By Syahoney ::



Bila ku jadi MUA bidan terjun.....hahhahaha (gelakkan diri sendiri)



sedang mencuba je......hehehehe





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, March 17, 2014

:: Al-Fatihah buat Tok Wan Mat Sariff ::

15/03/2014

adik-beradik..anak dan cucu




menunggu



Salam akhir buat tok wan....semoga tok wan di letakkan di kalangan golongan orang yang beriman...amin







Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Saturday, March 15, 2014

:: Foto terakhir 9M-MRO pada pagi 8 Mac 2014 ::

Livery baru tu....





Pulanglah~



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, March 14, 2014

: D.I.Y Bunga Telur Kertas A4 ::

Baru-baru ni ai organize satu activity buat/DIY bunga telur menggunakan kertas A4....
tak sangka...kertas A4 pun senang je nak buat bunga telur kalau kita kreatif!! Jimat....................

Dah la participant ramai lelaki..!
Tak sangka uolls!!






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, March 12, 2014

:: Still Praying for MH370 Passengers ::





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, March 11, 2014

:: Wise Word Well Said from Kapten Norudin Abd Majid ::

I think you nailed it Kapten!!!

"Disaat manusia taksub pada teknologi,sehingga melupakan Allah sebagai pencipta, yang Maha Berkuasa, megetahui segala apa yang berlaku..hilangnya MH370 sebagai peringatan untuk seluruh manusia.."










MHI 11/3/2014


TV3 menerumah Kapten Norudin Abd Majid.

Bukan calang-calang orang. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS.

Apabila ditanyakan pendapat beliau apakah yang berlaku ke atas MH370, beliau dengan penuh yakin berkata:

"HILANG! Benar-benar hilang!"

Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang.

Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon:

"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..

Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.

Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...