Tuesday, June 29, 2010

:: dengan JUJUR nya ai nak cakap...::

Aku ada sorang kawan yang sangat sayangkan kawan kawan dia...!
aku bangga ada kawan cenggitu...tapi bila niat kawan aku ni disalah erti..aku jadik kesian. GERAM pon ada...sebabnya pehak yang satu lagi tu sangat tegar tak nak dengar nasehat..
tak pe la belom kene lagik......dah kene nanti jangan geget jari sudah!!
aku tulis saje saje...jangan sape sape terasa sudah...kalau terasa...jentik3 la pusat sendiri ye......
just nak bagi peringatan sebelom pokok pisang tu berbuah berbanyak banyak kali!!!!!!
dah tentu tentu ada jugak makhluk halus yang ada buat reporting pasal NOTe ni...tapi aku tak kesah...!
aku citer benda betul....pikir la sendiri ye!!!!

1) Dia sangat berani .. cakap je suh buat ape..mesti dia buat punya!
2) Dia janji slash cabar....nikah je dulu tarak hal punyo!!
3) Dia suh top up...buleh jadik hari2 pon kene topup kan!
4) Dia tak kije...ada kije tapi macam tak kije tapi kije....lebeh kurang cenggitu la
5) berapa banyak kat ATM orang lain yg bukan milik dia dalam wallet dia?
6) cuba carik kat mana dia sorok barang kemas yang bukan milik dia?
7) tanya dia penah tak dia pakai kedit card?
8) dia suh buat pinjaman bank sebab ALONG dok kejar dia
9) dia akan ulang banyak kali perkataan nih "awak lagi tua dari saya tapi kenapa awak berperangai macam budak-budak" --> ni bila kita cakap kita jelous
10) seberapa kerap kereta anda berjalan berbanding dia?
11) seberapa kerap kereta dia berjalan tapi minyak anda yang tuangkan?
12) seberapa kerap duit tol anda bayar?
13) seberapa kerap makan kat kedai anda yg hulur duit dulu?
14) seberapa kerap dia cakap dia lapar nak makan pun tak de duit..dok kat umah je, lepas tu anda kesian sanggup datang jauh2 semata mata nak bagi dia makan?
15) ada tak dia cakap dia tak penah naik LRT/PUTRA/KOMUTER/KAPAL TERBANG????
16) dia akan cakap dia teringin nak pergi bercuti tapi...tak de duit...
17) ada tak dia cakap dia anak angkat?? --> cube pegi screen skit muka mak bapak dia ngan so called adik2 angkat dia........lepas tu bak datang cakap sama ke tak?
18) dia cakap pompuan3 lain tu semua perasan!
19) dia cakap semua benda pasal sejarah lepas dia....sebab ape nak tau? sebab dia bangga dan dia nak tunjuk konon dia leh berubah..hahahhahahahha
20) dia bagi tak tengok2 henpon dia?!
21) pegi la tanya kat housemate lama dia apa dia buat kat umah?
22) cuba tanya tokei bengkel kat umah dia berapa kali dia utang
23) pegi tanya mana mana budak yang kenal dia berapa kali dia dah tukar pompuan?
24) cuba selidik..penah tak dia berubah setiap kali dia cakap dia nak berubah dari zaman dia form 3 lagi?
25) serban ngan jubah tu????? ini teater dia je......!
26) tikar merah kuning tu aku punya haaaa..!!!!
27) banyak lagik ni kalau nak taip......dah malas dah sambung nanti...mak buyung ajak aku p makana cendol nih!


babai!


NOTA KAKI : dia akan cakap aku dengki kat dia sebab aku tak dapat dia....konon mmg aku dah banyak tolong dia...tapi aku paksa dia terima aku....wak lu!!!!! tettttttttttttttttttttttttt



Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Wednesday, June 23, 2010

:: Happy Bday D!! ::






Tuesday, June 15, 2010

:: Apa yang berlaku pada Kitti ku?? ::










Wednesday, June 9, 2010

:: Bisnes!!! Bisnes!!! ::

Rejeki anak anak agaknya.....sepanjang musim cuti sekolah ni ade gak side income aku....trimas to client client aku yg mempercayai aku di dunia pengacaraan ini....ekekekekek...
so kalo korang3 ada kawan3 yg nak kawen ke ape ke yg memerlukan pengacara yg bersuara lunak gemersik macam aku nih...sila3 la contact aku...rege sebis leh NEGO!!!
Trimas!!

Monday, June 7, 2010

:: Misteri Nusantara - Cerita Seram Lebuhraya Behrang bahagian 1 ::

hujung minggu aku sangat adventure....dari cerita paranormal tayar kereta aku meletup...sampailah citer aku menangis tengok citer lagenda budak setan!
mari kita mula bercerita.......
tepat pada jam 0500 aku bertolak dari kuala lumpur menuju ke taiping.
aku bawak kereta rilex je 80-90km/j palig top pon mungkin 100km/j ...ye la bawak keta otoshow mana leh bawak laju laju.
Sambil melayan jiwa dengan lagu lagu rock tangkap leleh......seperti lagu CRK,LESTARI,DATA .....
aku melewati signboard 'Ladang Bikan 38km' pada jam lebih kurang hampir pukul 0600....tiba tiba aku terasa kereta bergegar.....aku makin slowl a..pasang niat nak berhenti kat ladang bikam nak check
kereta sebab aku tak nak berhenti kat situ jugak sebab jalan terlampau gelap dan sunyi.
Belum sempat aku buat apa apa....kereta aku dah terhoyong hayang ke kiri dan kanan....
aku pun tak tekan minyak. Biarkan kereta aku slide ke tepi jalan ke lorong kecemasan.
Sebaik sahaja berhenti.....aku terus keluar..
bukak satu pintu belah kiri....bukak bonet belakang dan pasang hazard light.
Hmm......aku nampak tayar belakang sebelah kiri kereta terkeluar dawainya....bunga tayar hilang semua!!!!!!!
Aku pelik...hmm..tak fikir panjang, aku keluarkan woofer aku...punggah tempat tayar spare. Amik jack n tayar rim tong.
Malang sekali aku tak berapa nak berkudrat membukak nat rim yg sangat ketat awlaupon aku dah lompat2 atas spanar T aku tuh..HAIH!!!
Aku terus telepon careline lebuhraya PLUS.
Aku bercakap ngan seorang mamat bernama RIZAL.
Aku bagitau dia kereta aku tersadai tepi jalan kat 380.6 berhampiran behrang dan ladang bikam.
Aku tanya dia bila leh dampai dia cakap 30-40 minit...oklah aku tak kesah sangat pon...tapi berkali dia suh aku dok diam diam dalam kereta.
MAMPOS!! sampai ke sudah aku dok luar...!!!
Tapi yg beshnya tak sampai 30minit peronda PLUS dah sampai....
yg lagi best bila kereta peronda tu suluh kereta aku...
"ADIK!! APA dah jadi ni??" pak cik tu tanya aku
aku katalah "jadik ape? tayar saya pecah la..."
tup tup dia tunjuk BUMPER,LAMPU ngan BONET ..BARAI!!!!!
bumper pecah....bonet kemek..lampoo pecah!!
watta?!!!!!!!!!!!
dulu penah skali jugak jadik cenggitu tapio tak de la pai barai!!!
Hmm.....lepas incik Nizam dan incik Mat tolong aku...aku pon sambung perjalanan.
Berhenti kat tapah untuk pam angin tayar spare.
Lepas tu aku benti tepi jalan. Dok mencangkung belek kereta aku....
Hmmm...masih memikirkan mana logikanya kereta aku teruk macam kene langgar lori!
Hmm......aku pon main la facebook.
Semua org cakap aku kene langgar. Padahal tak.....Hmm....
Aku pon jalan la balik terus ke Taiping.
Sampai kat Taiping......tunang aku terus terajang keta tu....aiyookkk!!!!
Aku terkejut..takoottt....diam3 aku nanges.....takoot seyy!!
Aku tak penah tengok tunang aku cenggitu!!!!!!!!!!!
Aku pun pujuk2 dia......mak dia pon pujuk dia......hmm........
ada jugak orang kata...aku sebenarnya terlanggar seswatu yg mata kasar kita tak leh nampak...aku pon tak sure.....Wallahhu'alam......
haih.....dasat kan??????
nnt entry lepas ni aku taruk koleksi gambarnya ek...!
daa

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...